[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Hadsund

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hadsund
Gambar dari Hadsund
Gambar dari Hadsund
Mohor rasmi Hadsund
Jata Hadsund
Cogan kata: On the edge of the Northern Jutland
(Denmark: På kanten af Nordjylland)
NegaraDenmark
WilayahDenmark Utara (Nordjylland)
MunisipalitiMariagerfjord
Zon waktuWaktu Eropah Tengah
Laman sesawangwww.hadsundby.dk
Hadsund
Hadsund
Hadsund

Hadsund (ha̝ð̠ˠ̞ˈsɔ̟̝nˀ) merupakan bandar besar Himmerland dengan 4,913 penduduk pada tahun 2015.[1] Bandar ini terletak pada jalan lama di antara Kronjylland dan Himmerland. Jaraknya juga hampir dengan Mariager Fjord dan di sini juga terletaknya Jambatan Hadsund. Hadsund pada mulanya merupakan bandar kereta api, tetapi kini telah menjadi bandar perdagangan dan pusat perindustrian di Himmerland. Hadsund terletak pada bahagian timur Perbandaran Mariagerfjord yang termasuk dalam Wilayah Denmark Utara. Sehingga tahun 2007, Hadsund merupakan pusat pemerintahan utama bagi Perbandaran Hadsund yang sekarang telah digantikan dengan Perbandaran Mariagerfjord. Bandar ini juga merupakan bandar kedua terbesar di Perbandaran Mariagerfjord selepas Hobro.

Nama bandar ini boleh dijejaki semula pada tahun 1467, ketika itu bandar ini dipanggil sebagai Haddeswnth tetapi pada tahun 1700 ia telah bertukar kepada Hadsund.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]