Krisis kepimpinan PPP
Krisis kepimpinan PPP berlaku sejak beberapa lama. Tetapi sejak 2007 krisis PPP semakin ketara , khususnya antara M Kayveas dengan T Murugiah. PPP merupakan parti komponen Barisan Nasional.
Siapa Presiden PPP?
[sunting | sunting sumber]Pada Ogos 2009, ROS memutuskan bahawa Datuk M. Kayveas sebagai Presiden PPP, bukan T Murugiah.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein memaklumkan bahawa pemilihan Anggota Majlis Tertinggi sesi 2005/2010 dalam perhimpunan Agung PPP pada 2 Okt 2005 digunakan oleh ROS.
Justeru itu, pelantikan Murugiah sebagai Presiden PPP melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) PPP pada 24 Mei 2009 tidak boleh diterima kerana tidak mematuhi Perlembagaan Parti. T Murugiah kemudian dipecat daripada parti pada 16 Mei 2009.
Pada 24 November 2009, T Murugiah memberi tempoh 2 minggu kepada Pendaftar Pertubuhan Datuk Md Alias Kalil untuk menentukan kesahihan pemecatan beliau dari PPP. Surat rayuan 15 muka surat itu, ROS diminta mengkaji semula keputusan pemecatan beliau dan status mesyuarat agung luar biasa (EGM) PPP pada Mei 2009 yang diputuskan sebagai tidak sah. Md Alias Kalil menyatakan bahawa siasatan ROS mendapati prosedur yang dilaksanakan PPP dalam pemecatan Murugiah adalah teratur dan EGM oleh penyokong Murugiah, tidak mengikut saluran parti dan ia diadakan dengan kumpulannya sahaja. Sepatutnya Setiausaha Agung PPP tahu perjalanan EGM PPP dan tahu tujuan EGM dijalankan.[1]
Logo PPP
[sunting | sunting sumber]Murugiah mendakwa logo PPP kini tidak sah kerana logo yang didaftarkan pada Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempunyai bintang enam bucu. Sedangkan Kayveas menggunakan logo 5 bucu bintang sahaja dan logo seperti itu tidak didaftarkan.[2]
Kayveas vs Murugiah
[sunting | sunting sumber]Pertelagahan antara Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas dengan bekas anggota majlis tertinggi PPP, Senator Datuk T Murugiah menarik perhatian ramai.
Senator T Murugiah mendesak Kayveas meletakkan jawatan sebagai Presiden PPP kerana sepanjang tempoh tujuh tahun, presiden parti itu dakwanya gagal mengemukakan sebarang penyata kewangan PPP dan rekod terkini parti selain gagal mengadakan perhimpunan agung parti setiap 12 bulan.
Pada 13 Disember 2009, M Kayveas membuat laporan polis terhadap T, Murigiah di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan palsu oleh Murugiah dan empat bekas anggota majlis tertinggi PPP, Dr N.A.Shanmuganathan, M.Jeyaratnam, S.G.Jothi dan R.Rajendran.
Beliau sebagai pegawai awam PPP, Presiden PPP, rakan kongsi firma guaman Tetuan Blanche & Kayveas dan orang perseorangan mahu namanya dibersihkan. Nama baik Isterinya Datin Blanche Olbery sebagai rakan kongsi Tetuan Blanche dan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Papua New Guinea dibersihkan.
Laporan kewangan PPP
[sunting | sunting sumber]Pada 23 Jun 2009 Shanmuganathan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keadanya unsur penyelewengan dalam penyata kewangan PPP. Penyata kewangan PPP yang dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan pada Mei 2009 mengelirukan dan tidak benar. Kemungkinan Kayveas telah mengambil wang parti untuk kegunaan firma guamannya.
Surat SPRM pada 25 November 2009 menyatakan penyelewengan itu tidak benar dan kes ditutup.
Murugiah sebagai timbalan menteri
[sunting | sunting sumber]M Kayveas mahu T Murugiah melepaskan jawatan menteri kerana dia telah disingkir dari parti PPP. Senator itu diberi tempoh 14 hari.
Pada 13 Disember 2009, T Murugiah menyatakan beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana tidak pernah menerima notis dari parti PPP atau dari M Kayveas sendiri. Beliau juga tidak akan menubuhkan parti baru. Sehingga kini, dia masih memegang jawatan Presiden PPP.[3]