Kruiser Jerman Königsberg
Königsberg pada 1936
| |
Sejarah | |
---|---|
Jerman | |
Nama: | Königsberg |
Bersempena dengan: | Bandaraya Königsberg |
Pembina: | Reichsmarinewerft, Wilhelmshaven |
Dibaringkan: | 12 April 1926 |
Dilancarkan: | 26 Mac 1927 |
Ditauliah: | 17 April 1929 |
Takdir: | Karam 10 April 1940 di Bergen, Norway |
Ciri-ciri umum [a] | |
Kelas dan jenis: | Kruiser ringan kelas Königsberg |
Sesaran: | 7,700 long ton (7,800 t) |
Panjang: | 174 m (571 ka) |
Lunas: | 15.3 m (50 ka) |
Draft: | 6.28 m (20.6 ka) |
Installed power: |
|
Jana kuasa: |
|
Halaju: | 32 knot (59 km/j; 37 mph) |
Jarak: | 5,700 nmi (10,600 km; 6,600 bt) at 19 knot (35 km/j; 22 mph) |
Anak kapal: |
|
Persenjataan: |
|
Perisai: |
|
Königsberg adalah kruiser ringan Jerman yang beroperasi antara tahun 1929 dan April 1940, termasuk perkhidmatan dalam Perang Dunia II. Ia adalah kapal sulung dari kelasnya dan telah dikendalikan oleh dua tentera laut Jerman, iaitu Reichsmarine dan Kriegsmarine. Ia mempunyai dua kapal kembar, Karlsruhe dan Köln. Königsberg dibina oleh Kriegsmarinewerft di Wilhelmshaven; ia mula dibina pada 12 April 1926, dilancarkan pada Mac 1927, dan ditauliahkan kedalam Reichsmarine pada April 1929. Ia dipersenjatai dengan 9 meriam utama 15 sm SK C/25 dalam turet kembar tiga dan mempunyai kelajuan tertinggi 32 knot (59 km/j; 37 mph).
Königsberg berkhidmat sebagai kapal latihan bagi kadet laut pada 1930an, dan menyertai rondaan bukan-intervensi semasa Perang Saudara Sepanyol pada akhir 1930an. Selepas Perang Dunia II meletus pada September 1939, ia memasang ranjau defensif di Laut Utara dan kemudian mengambil bahagian dalam Operasi Weserübung, iaitu pencerobohan Norway pada April 1940. Semasa menyerang Bergen, ia dirosakkan dengan teruk oleh artileri pantai Norway, dan ditenggelamkan oleh pesawat pejuang pengebom Blackburn Skua dari Pasukan Udara Armada keesokan harinya di pelabuhan. Bangkai kapal itu akhirnya diangkat naik pada 1942 dan dipecah-pecahkan untuk sekerap pada tahun berikutnya.
Nota
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kruiser Jerman Königsberg |
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ These statistics are for the ship as completed; over the course of her career, armament, crew size, and other characteristics of the ship changed.
Petikan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Gardiner, Robert; Chesneau, Roger (1980). Conway's All the World's Fighting Ships, 1922–1946. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 0870219138.
- Gröner, Erich (1990). German Warships: 1815–1945. Vol. I: Major Surface Vessels. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-790-9.
|volume=
has extra text (bantuan) - Rohwer, Jürgen (2005). Chronology of the War at Sea 1939–1945: The Naval History of World War Two (ed. Third Revised). Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 1-59114-119-2.
- Smith, Peter C (1982). Dive Bomber!. Mechanicsburg: Stackpole Books. ISBN 978-0-8117-3454-7.
- Williamson, Gordon (2003). German Light Cruisers 1939–1945. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 1-84176-503-1.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kruiser Jerman Königsberg |
Templat:K class cruiser Koordinat: 60°24′N 05°19′E / 60.400°N 5.317°E