Bendera: Perbezaan antara semakan
k Undid edits by 2001:D08:1396:9087:1C84:49FF:FEAC:DEF4 (talk) to last version by 2001:E68:5409:7763:ACA2:CBE4:33AE:D819 Teg-teg: Buat asal SWViewer [1.4] |
Nizam Alif (bincang | sumb.) →Lihat juga: Hsj Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 33: | Baris 33: | ||
* [[Senarai bendera]] |
* [[Senarai bendera]] |
||
* [[Senarai nama bendera]] |
* [[Senarai nama bendera]] |
||
* [[bendera Sus]] |
|||
==Rujukan== |
==Rujukan== |
Semakan pada 05:21, 7 Januari 2024
Bendera (disebut [bĕn.dé.ra], Jawi: بنديرا ; serapan Portugis: bandeira[1]) ialah sepotong kain yang dicorakkan pelbagai warna dan bentuk sebagai wahana untuk melambangkan pengenalan sebuah kelompok atau ataupun entiti seperti negara; bendera awal digunakan dalam penyelarasan tentera di medan tempur. Namun, pemakaian objek bendera turut boleh digunakan lanjut sebagai alat pengisyaratan, pengiklanan mahupun untuk tujuan hiasan.
Kajian mengenai perekaan bendera dari segi corak dan perlambangan disebut sebagai veksilologi.
Jenis bendera
Terdapat seberapa jenis bendera yang dicirikan penggunaan dan fungsinya:
- Bendera kebangsaan atau bendera nasional - melambangkan sebuah bangsa atau negara.
- Bendera awam atau bendera sivil - adaptasi bendera nasional yang diterbangkan oleh warga awam pada badan bukan pemerintah.
- Bendera perang - bendera unik diterbangkan oleh angkatan bersenjata mereka,
- Bendera antarabangsa atau bendera internasional - bendera melambangkan suatu badan antarabangsa seperti dalam bendera Perserikatan Bangsa-Bangsa, bendera Olimpik dan Paralimpik dan Kesatuan Eropah.
Rekaan dipakai
Perekaan yang tampil dalam bendera-bendera ini datangnya daripada mengikut tatacara pembuatan jata dipakai kesateria berperaturan tersendiri.
Perkaitan bendera yang dipakai sesebuah negara dengan suatu fahaman didokong atau diperjuangkan negara tersebut adakala turut menjadi inspirasi kepada bangsa, negara atau entiti subnasional yang menganggap diri seperjuangan. Antara beberapa contohn yang boleh diperhatikan:
- Bendera Denmark, bendera negara tertua yang masih digunakan sejak abad ke-13, telah menginspirasi banyak negara jirannya lagi-lagi dalam rantau Nordik mempunyai bentuk salib sama seperti di Norway, Sweden, Finland dan Iceland.
- Bendera Amerika Syarikat yang mempunyai jalur belang dan kanton bendera menonjol hasil perlambangan berkaitan Revolusi Amerika menginspirasi banyak negara yang sama perjuangan atau sefikiran seperti di Liberia, Chile, Malaysia dan Uruguay.
- Bendera Turki yang menggunakan rekaan terakhir dipakai Empayar Uthmaniyah menjadi simbol kekuatan Islam melalui bentuk bulan sabit dan bintang (ay-yıldız) dipakai sehingga tercermin pada bendera negara-negara Muslim lain seperti Algeria, Azerbaijan, Comoros, Malaysia, Mauritania, Pakistan dan Tunisia.
- Bendera triwarna Perancis direka pada 1794 telah dipakai oleh bangsa lain yang melihat ia sebagai pemula revolusi termasuk di Itali, Republik Ireland, Haiti, Romania, dan Mexico.
- Habsyah terlihat sebagai model dengan munculnya negara-negara Afrika tahun 1950-an dan 1960-an, sebagai salah satu negara merdeka tertua di Afrika. Oleh sebab itu, benderanya yang menjadi sumber warna Pan-Afrika, atau " warna Rasta ". Contoh: Togo, Senegal, Ghana, Mali.
- Warna-warna Pan-Arab, hijau, putih, merah dan hitam berasal dari bendera dipakai para pemberontakan Arab ciptaan Mark Sykes; unsur ini dikongsi banyak bendera negara Dunia Arab seperti di Jordan, Kuwait, Sudan, Syria, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Palestin.
- Bendera Kesatuan Soviet dengan simbol tukul dan sabit emas berlatar bidang merah menjadi inspirasi bagi bendera negara-negara komunis lain seperti Jerman Timur, Republik Rakyat China, Vietnam dan Angola.
- Bendera Venezuela kuning, biru dan merah diciptakan oleh Francisco de Miranda untuk mewakili gerakan kemerdekaan di Venezuela yang kemudian melahirkan entiti "Colombia Raya" menginspirasi bendera-bendera Kolombia dan Ecuador selain Venezuela sendiri.
- Bendera Argentina diciptakan oleh Manuel Belgrano selama perang kemerdekaan di sana menjadi inspirasi bagi negara sinambungan Wilayah Río de la Plata Syarikat (seperti Uruguay dan Paraguay) tetapi juga bendera Persekutuan Amerika Tengah (yakni duluan Guatemala, Honduras, El Salvador dan Nicaragua).
Lihat juga
Rujukan
- ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1988). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. New Delhi: Asian Educational Services. m/s. 37.