[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Keseimbangan selang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keseimbangan selang (bawah) terdiri daripada kestabilan morfologi dan perubahan evolusi cepat yang jarang.

Keseimbangan selang merupakan suatu teori dalam biologi evolusi yang mencadangkan bahawa kebanyakkan spesies hanya menunjukkan sedikit perubahan evolusi pada sebahagian besar sejarah geologi mereka dalam suatu keadaan yang panjang yang dipanggil sebagai stasis. Apabila perubahan evolusi yang ketara berlaku, teori ini menjelaskan bahawa perubahan tersebut terhad kepada peristiwa penspesiasan bercabang yang cepat dan jarang yang disebut sebagai kladogenesis. Kladogenesis adalah proses di mana suatu spesies berpecah kepada dua spesies berbeza dan bukannya satu spesies, dimana ia berubah secara beransur-ansur kepada spesies yang lain.[1]

Keseimbangan selang biasanya dianggap bertentangan dengan teori gradualisme filetik yang menyatakan bahawa evolusi secara umumnya terjadi secara seragam dan melalui perubahan yang tetap dan beransur-ansur (disebut anagenesis). Menurut pandangan ini, evolusi terjadi secara lancar dan berterusan. Pada 1972, ahli paleontologi Niles Eldredge dan Stephen Jay Gould menerbitkan karya ilmiah yang mengembangkan teori keseimbangan selang.[2] Karya mereka berdua dihasilkan berdasarkan teori penspesiesan geografi oleh Ernst Mayr,[3] teori homeostasis genetik dan perkembangan oleh I. Michael Lerner[4] serta penyelidikan empirik mereka sendiri.[5][6] Eldredge dan Gould mencadangkan bahawa gradualisme yang secara umumnya dikaitkan dengan Charles Darwin hampir tidak wujud dalam rekod fosil dan stasis itu menguasai sejarah kebanyakkan spesies fosil.

Keseimbangan selang bermula sebagai lanjutan logik daripada konsep Ernst Mayr mengenai evolusi genetik melalui penspesiesan alopatri dan secara khususnya peripatri sebagaimana yang terpakai bagi rekod fosil. Walaupun kerja-kerja asas teori tersebut telah dicadangkan dan dikenal pasti oleh Mayr pada 1954,[3] sejarawan sains secara umumnya mengiktiraf karya ilmiah Niles Eldredge dan Stephen Jay Gould sebagai pelopor program penyelidikan paleobiologi baharu.[7][8] Teori ini berbeza daripada hipotesis Mayr kerana Eldredge dan Gould lebih menekankan kepada konsep stasis, manakala Mayr lebih berkenan dengan ketakselanjaran morfologi (atau "lompatan mendadak")[9] yang dijumpai dalam rekod fosil.[7] Mayr kemudiannya memuji karya ilmiah milik Eldredge dan Gould dan menyatakan bahawa stasis evolusi adalah "tidak dijangka oleh sebahagian besar ahli biologi evolusi" dan keseimbangan selang "memberi kesan besar kepada paleontologi dan biologi evolusi".[7]

Setahun sebelum karya Eldredge dan Goulddi diterbitkan, Niles Eldredge menerbitkan karya ilmiah di dalam jurnal Evolution yang mencadangkan bahawa evolusi beransur jarang dilihat dalam rekod fosil dan berhujah bahawa mekanisme standard Ernst Mayr mengenai penspesiesan alopatri mungkin menjadi penyelesaiannya.[5]

  1. ^ Gould, Stephen Jay, & Eldredge, Niles (1977). "Punctuated equilibria: the tempo and mode of evolution reconsidered." Paleobiologi 3 (2): 115-151. (hlmn 145)
  2. ^ Eldredge, Niles and S. J. Gould (1972). "Punctuated equilibria: an alternative to phyletic gradualism" Dalam edisi T.J.M. Schopf, Model dalam Paleobiologi. San Francisco: Freeman Cooper. hlmn 82-115. Dicetak semula dalam N. Eldredge Time frames. Princeton: Princeton Univ. Press, 1985, hlmn 193-223 Diarkibkan 2009-04-22 di Wayback Machine.
  3. ^ a b Mayr, Ernst (1954). "Change of genetic environment and evolution" Dalam J. Huxley, A. C. Hardy dan E. B. Ford. Evolusi Sebagai Suatu Proses. London: Allen dan Unwin, hlmn 157-180.
  4. ^ Lerner, Israel Michael (1954). Genetic Homeostasis. New York: John Wiley.
  5. ^ a b Eldredge, Niles (1971). "The allopatric model and phylogeny in Paleozoic invertebrates" (PDF). Evolusi. 25 (1): 156–167. doi:10.2307/2406508. JSTOR 2406508. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-05-13. Dicapai pada 2013-11-26.
  6. ^ Gould, S. J. (1969). "An evolutionary microcosm: Pleistocene and Recent history of the land snail P. (Poecilozonites) in Bermuda". Bull. Mus. Comp. Zool. 138: 407–532.
  7. ^ a b c Mayr, Ernst (1992). "Speciational Evolution or Punctuated Equilibria." Dalam Albert Somit dan Steven Peterson Dinamik Evolusi. New York: Cornell University Press, hlmn 21-48
  8. ^ Shermer, Michael (2001). The Borderlands of Science. New York: Oxford University Press.
  9. ^ Schindewolf, Otto (1936). Paldontologie, Entwicklungslehre und Genetik. Berlin: Borntraeger.
Ralat petik: Tag <ref> yang ditentukan dalam <references> tiada atribut nama.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Pautan RP