[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kesatuan antara Sweden dan Norway

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negara Beraja Bersatu Sweden dan Norway
Förenade Konungarikena Sverige och Norge
De forenede Kongeriger Norge og Sverige[A]
Dei foreina Kongerike Noreg og Sverige[B]
1814–1905
Bendera Sweden dan Norway
Jata Sweden dan Norway
Tanda kesatuan dan
bendera diplomatik 1844–1905
Jata
Sweden–Norway pada 1904
Sweden–Norway pada 1904
StatusKesatuan peribadi
Ibu negaraStockholm dan Christiania[a]
Bahasa yang umum digunakanSweden, Denmark, Norway,[b] Sami
Agama
Lutheranisme
KerajaanRaja berperlembagaan
Raja 
• 1814–1818
Karl XIII/II
• 1818–1844
Karl XIV/III Johan
• 1844–1859
Oscar I
• 1859–1872
Charles XV/IV
• 1872–1905
Oscar II
Badan perundanganBadan perundangan:[d]
• Badan perundangan Sweden
Riksdag
• Badan perundangan Norway
Storting
Era Sejarahdi antara Perang Napoleon dan Perang Dunia Pertama
14 Januari 1814
• Karl XIII dari Sweden dipilih sebagai Raja Norway dan Perlembagaan Norway dipinda
4 November 1814
• Kesatuan monetari
16 Oktober 1875
• Kesatuan dibubarkan
26 Oktober 1905
Keluasan
1905774,184 km2 (298,914 bt2)
Populasi
• 1820
3550000[c]
• 1905
7560000[c]
Mata wangSweden:
Norway:
Didahului oleh
Diganti oleh
Sweden
Denmark–Norway
Sweden
Norway
Sekarang sebahagian dari Sweden
 Norway
  • a. ^ Raja bersemayam secara bergilir-gilir di Stockholm (kebanyakan) dan Christiania (biasanya beberapa bulan dalam setahun). Baginda menerima menteri-menteri daripada kedua-dua negara dalam majlis Kesatuan atau secara berasingan dalam majlis Sweden atai Norway. Majoriti menteri kabinet Norway bersidang di Christiania apabila raja tidak hadir.
  • b. ^ Bahasa bertulis Norway pupus pada separuh pertama kurun ke-16 dan digantikan dengan bahasa Denmark. Tulisan Denmark masih digunakan semasa dalam kesatuan dengan Sweden, tetapi dinorwaykan pada separuh kedua kurun ke-19. Pada tahun 1885, Storting menerima Landsmål sebagai bahasa tulisan rasmi setanding dengan bahasa Denmark.
  • c. ^ 1820: 2,585,000 di Sweden, dan 970,000 di Norway.[1]
  • 1905: 5,260,000 di Sweden, dan 2,300,000 di Norway.[2]
  • d. ^ Riksdag Sweden adalah satu diet yang terdiri daripada empat estet sehingga tahun 1866, apabila ia digantikan kepada badan perundangan dwidewan. Storting Norway adalah sebuah badan perundangan ekadewan, di mana kabinet memerlukan sokongan majoriti.
Rencana ini merupakan sebahagian
dari siri Scandinavia
Geografi
Zaman Viking
Entiti politikal
Sejarah
Lain-lain

Sweden dan Norway, Sweden–Norway (Bahasa Sweden: Svensk-norska unionen; Bahasa Norway: Den svensk-norske union), atau secara rasminya Negara Beraja Sweden dan Norway adalah satu kesatuan peribadi dua negara beraja berasingan Sweden dan Norway di bawah satu raja dan dasar luar sepunya yang berlanjutan dari tahun 1814 sehingga pembubaran secara aman berlaku pada 1905.

Dua negara tersebut mengekalkan kuasa berasingan dari segi perlembagaan, undang-undang, badan perundangan, pentadbiran, gereja negara, angkatan tentera dan mata wang; raja-raja kebanyakannya bersemayam di Stockholm, di mana para wakil diplomatik asing menetap. Kerajaan Norway diketuai oleh wizurai: Sweden sehingga 1829, Norway sehingga 1856. Jawatan tersebut kemudiannya kosong dan dimansuhkan pada tahun 1873. Dasar luar dikendalikan melalui kementerian luar Sweden sehingga pembubaran kesatuan berlaku.

Norway pernah berada dalam kesatuan yang rapat dengan Denmark, tetapi perikatan Denmark–Norway dengan Perancis Napoleon menyebabkan United Kingdom dan Rusia membenarkan pengilhakan kerajaan Sweden bagi sebagai pampasan untuk kehilangan Finland pada 1809 dan sebagai satu ganjaran kerana menyertai perikatan menentang Napoleon. Menurut Persetiaan Kiel 1814, raja Denmark–Norway telah dipaksa untuk menyerahkan Norway kepada raja Sweden, tetapi Norway enggan untuk menyerahkan peruntukan persetiaan, mengisytiharkan kemerdekaan, dan mengadakan perhimpunan juzuk di Eidsvoll pada awal tahun 1814.

Selepas penerimaan perlembagaan Norway yang baru pada 17 Mei 1814, Putera Christian Frederik dipilih sebagai raja. Perang Sweden–Norway yang sedang berlaku dan Konvensyen Moss memaksa raja Christian untuk turun takhta selepas memanggil satu sesi luar biasa Storting (Parlimen Norway) untuk menyemak semula Perlembagaan untuk membolehkan kesatuan peribadi dengan Sweden. Pada 4 November, Storting memilih Karl XIII sebagai raja Norway, lalu mengesahkan kesatuan tersebut. Perbezaan yang berterusan di antara dua kerajaan membawa kepada satu cubaan gagal untuk membentuk perkhidmatan konsular Norway yang berasingan dan kemudiannya pada 7 Jun 1905, membawa kepada pengisytiharan kemerdekaan sepihak oleh Storting. Sweden menerima pembubaran kesatuan pada 26 Oktober. Selepas satu ketentuansuara mengesahkan pemilihan Putera Carl dari Denmark sebagai raja Norway yang baru dan menggunakan nama diraja Haakon VII.

  1. ^ Dalam bahasa Denmark bertulis dan Riksmål, pendahulu Bokmål.
  2. ^ Dalam Landsmål daripada 1885, pendahulu Nynorsk.
  1. ^ "Skandinaviens befolkning". Tacitus.nu (dalam bahasa Sweden). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2012.
  2. ^ "SSB – 100 års ensomhet? Norge og Sverige 1905–2005" (dalam bahasa Norway). Statistik Norway. 1 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2014.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Stråth, Bo (2005): Union och demokrati: de förenade rikena Sverige och Norge 1814–1905. Nora, Nya Doxa. ISBN 91-578-0456-7 (edisi bahasa Sweden)
  • Stråth, Bo (2005): Union og demokrati: Dei sameinte rika Noreg-Sverige 1814–1905. Oslo, Pax Forlag. ISBN 82-530-2752-4 (edisi bahasa Norway)