[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kereta kebal Comet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta kebal kruiser, Comet I (A34)
JenisKereta kebal kruiser
Tempat asalUnited Kingdom
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatanDisember 1944 - 1958 (UK)
Digunakan olehlihat Pengendali
PerangPerang Dunia Kedua
Perang Korea
Sejarah pengeluaran
Direka1943
PengeluarLeyland Motors Ltd
DihasilkanSeptember 1944
Jumlah dibina1,186[1]
Spesifikasi
Berat32.7 tan panjang (berisi)
(33.53 tan)
Panjang21 kaki 6 inci (6.55 m) tidak termasuk meriam
Lebar10 kaki 1 inci (3.04 m)
Tinggi8 kaki 6 inci (2.67 m)
Krew5 (Komander, juru tembak, pemuat/operator, pemandu, penembak badan)

Armor4 inci (102 mm) maksima
Senjata
pertama
77 mm HV
61 biji
Senjata
kedua
2 x 7.92 mm mesingan Besa [note 1]
5,175 biji
EnjinRolls-Royce Meteor Mark III V12 petrol
600 hp (447 kW)
Kuasa/berat18 bhp/tan (18 hp/tan)
TransmisiMerrit-Brown Z5
Sistem ampaianChristie
Kelegaan bumi18 inci (0.5 m)
Kapasiti minyak116 Imperial galon
Jarak
operasi
155 batu (250 km)
Kelajuan32 mph (51 km/j)

Kereta kebal Kruiser Comet I (A34) merupakan kereta kebal kruiser British yang pertama kali digunakan pada akhir Perang Dunia Kedua. Ia direka bagi memberikan keupayaan anti-kereta kebal lebih baik bagi skuarden kereta kebal Cromwell. Ia dilengkapi dengan 77mm HV yang berkesan menentang kereta kebal Jerman akhir perang dan senjata yang lebih baik berbanding meriam 75mm pada Panther apabila menembak peluru APDS-armour-piercing discarding sabot.[2] Sebagai pembangunan bagi Cromwell, ia merupakan reka bentuk perantaraan sebelum kereta kebal Centurion.

Kereta kebal Comet terus digunakan selepas Perang Dunia Kedua semasa Perang Korea, dan kekal dalam perkhidmatan British sehingga 1958. Kereta kebal Comets yang dijual kepada negara lain kekal digunakan dalam sesetengah kes sehingga 1970-an.

Reka bentuk dan pembangunan

[sunting | sunting sumber]
Latarbelakang

Pengalaman tempur menentang Jerman dalam Kempen Gurun Barat menunjukkan kepada pihak British banyak kekurangan pada kereta kebal kruiser mereka. Dengan itu permohonan dibuat pada tahun 1941 kepada Nuffield Organisation dan Leyland Motors Ltd bagi kereta kebal kruiser berat yang baru yang mampu memiliki kelebihan tempur terhadap model kereta kebal Jerman. Disebabkan faktor ekonomi dan kecekapan, ia perlu menggunakan seberapa banyak komponen yang mungkin dari kereta kebal kruiser A15 Mk VI Crusader.

Reka bentuk awal yang dihantar adalah A24 Kereta kebal Kruiser Mk VII kereta kebal Cavalier dari Nuffield berenjin Nuffield-Liberty L-12 dan kereta kebal kruiser A27L Mk VII Centaur dari Leyland, yang juga menggunakan enjin Liberty L-12 tetapi turut mampu menggunakan enjin Rolls-Royce Meteor yang lebih berkuasa apabila ia ada.

Kereta kebal kruiser Mk VII (A27M) Cromwell merupakan pembangunan selari ketiga pada Cavalier dan Centaur. Enjin Meteor Cromwell terbukti amat tahan dan memberikan Cromwell pergerakan yang baik, tetapi beberapa masalah tetap muncul. Kereta kebal tersebut cenderung terlucut treknya sekiranya ketegangan trek tidak dikekalkan dengan sempurna atau ia berpusing pada kelajuan terlalu tinggi atau terlalu tajam. Terdapat juga masalah dengan dengan kerosakan sistem gantungan, sebahagiannya disebabkan kelajuan tinggi Cromwell.

Versi Cromwell 17 paun, kereta kebal A30 Cruiser Mk VIII Challenger, sedang dalam pembangunan. Bagi mengendalikan meriam besar, badan Cromwell perlu dipanjangkan dan turet besar diletakkan di atas. Akibat pengeluaran Challengers yang perlahan, penukaran Sherman Firefly (kereta kebal Sherman yang dipasangkan dengan meriam 17 paun) menerima sokongan rasmi. Sehingga terdapatnya Challenger, satu Firefly akan dibekalkan kepada setiap trup Cromwells (menjadikan tiga Cromwells dan satu Sherman Firefly); tetapi ini tidak memuaskan disebabkan keperluan penyelenggaraan yangberbeza dan kerumitan bekalan berkait dengan dua model kereta kebal, termasuk juga perbezaan prestasi antara kereta kebal Cromwell dan Sherman.

A34
Memuatkan amunisi 77mm HV kedalam kereta kebal Comet.

Dengan A34 (Spesifikasi General Staff), kemudiannya dinamakan Comet, pereka kereta kebal memilih bagi membetulkan sebahagian daripada kecacatan Cromwell (trek terlucut dan masalah kerosakan sistem gantungan) dan meningkatkan kekuatan utama Cromwell, yang rendah dan pantas. Pada asalnya, ia dijangka bahawa kereta kebal ini akan menggunakan meriam baru dari Vickers: "75mm Kelajuan Tinggi". Bagaimanapun, rekaan meriam tersebut tidak muat pada size turet yang ada. Dengan itu meriam ditukar dengan meriam yang lain, "77mm HV". Meriam ini menggunakan projektil (76.2 mm) kaliber yang sama seperti 17-paun tetapi kelonsong peluru adalah dari meriam anti pesawat QF 3 inci 20 cwt terdahulu dimuatkan bagi tekanan lebih tinggi. Peluru yang terhasil berbeza sepenuhnya berbanding amunisi 17-paun. Ia memiliki pecutan laras lebih rendah berbanding 17-paun tetapi amunisi adalah lebih padat dan lebih mudah disimpan dan dikendali dalam kereta kebal. Ini menjadikan ianya mungkin bagi memuatkan meriam pada cecincin turet lebih kecil - turet Challenger adalah lebih besar bagi membenarkan ruang bagi dua orang pemuat[note 2] - tanpa perlu menjadikan badan kereta kebal lebih besar.

Beberapa peningkatan dilakukan: perlindungan perisai ditingkatkan, badan dan turet dipetri[3] dengan pelindung meriam tuang, aminisi ditempatkan dalam kotak berperisai, sistem gantungan diperkukuhkan, penggolek balik ditambah dan turet digerak secara eletrik (ciri reka bentuk yang diambil dari kereta kebal Churchill), dengan generator dijana oleh enjin utama berbanding sistem hidrolik kereta kebal Cromwell.

Perisai pada Comet berbeza dari 32 mm sehingga 74 mm pada badan, sementara pada turet adalah antara 57 hingga 102 mm.

Kelajuan tertinggi kereta kebal Comet dihadkan lebih perlahan berbanding 40+ bsj kereta kebal Cromwell, tetapi masih laju pada 32 mph (51 km/j) bagi mengekalkan gantungan dan komponen enjin dan bagi mengurangkan kehausan trek.

Prototaip keluli lembut sedia pada Februari 1944 dan memulakan ujian. Sugguhpun kebimbangan terhadap jurutembak badan dan perisai lantai diketepikan (untuk mengelakkan reka bentuk semula), masih terdapat kelewatan mencukupi akibat perubahan kecil dan perubahan pada model pengeluaran tidak dikeluarkan sehingga September 1944. Bertujuan untuk mula berkhidmat menjelang Disember 1944, latihan krew dilewatkan akibat Serangan Ardennes Jerman. Menjelang akhir perang, 1,200 kereta kebal telah dihasilkan.

Comet dipasang dengan dua set radio: No. 19 Wireless, bagi komunikasi dengan regimen dan tentera, dan No. 38 Wireless bagi komunikasi dengan unit infantri. Sebagaimana kebanyakan kereta kebal British, ia turut memiliki set telefon di di belakangnya bagi membenarkan tentera infantri pengiring untuk bercakap dengan krew.

Sejarah perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]
Comet dipamerkan di Muzium Perang Imperial Duxford pandangan sisi
Perang Dunia Kedua

Division Perisai ke-11British merupakan formasi pertama yang menerima kereta kebal baru ini – penghantaran bermula pada Disember 1944 – dan satu-satunya divisen yang dilengkapi sepenuhnya menjelang akhir perang. Akibat kelewatan ketibaannya samasa perang di barat laut Eropah, kereta kebal Comet tidak mengambil bahagian dalam sebarang pertempuran utama, sungguhpun ia digunakan dalam pertempuran. Kereta kebal Comet terbabit dalam menyeberangi Sungai Rhine dan Perarakan Kemenangan Berlin pada Julai 1945. Kelajuan maksima kereta kebal Comet 32 miles per jam (51 km/j) digunakan dengan banyaknya di atas Autobahn Jerman.

Perang Dingin

Semasa Perang Korea berikutnya, kereta kebal Comet berkhidmat bersama kereta kebal Centurion yang lebih berat, kereta kebal pengganti yang diperkenalkan pada hari terakhir Perang Dunia Kedua sebagai ujian, tetapi terlalu lewat untuk terbabit dalam pertempuran. Kereta kebal Centurion diterima secara rasmi pada tahun 1949 dan sebahagiannya berdasarkan reka bentuk Comet. Kereta kebal Comet kekal dalam perkhidmatan British sehingga tahun 1958, apabila baki kereta kebal dijual kepada kerajaan asing; sehingga tahun 1980-an, ia digunakan oleh tentera pelbagai negara seperti Afrika Selatan.

41 kereta kebal Comet Mk I Model Bs turut digunakan oleh brigade berperisai Pasukan Pertahanan Finland sehingga tahun 1970. Kereta kebal tersebut disimpan sehingga 2007, apabila empat darinya dilelong.

Empat kereta kebal Comet dihantar kepada Tentera Irish pada tahun 1959 dan tambahan empat lagi [ada tahun 1960. Pemotongan belanjawan teruk menjejaskan hayat perkhidmatan kereta kebal Comet, kerana alat ganti tidak mencukupi dibeli. Kereta kebal Comet menarik bagi Tentera Irish kerana ia murah untuk dibeli dan digunakan, memiliki tekanan tanah rendah dan keupayaan anti kereta kebal yang baik. Bagaimanapun, fius rosak bererti pembatalan amunisi HE yang menghadkan peranan kereta keba; kepada kenderaan anti kereta kebal. Dengan simpanan amunisi 77 mm merosot pada tahun 1969, pihak tentera mula menguji bagi memanjangkan hayat kenderaan. Ia membabitkan penggantian turet dengan tenggekan terbuka dengan rifle tanpa anjal Bofors 90 mm Pv-1110. Projek itu dibatalkan kerana kekurangan dana. Tembakan kereta kebal Comet 77 mm adalah pada tahun 1973 dan kereta kebal itu ditarik balik tidak lama kemudian. Satu dikekalkan di Kem Curragh dan dua lagi selamat di berek yang lain.

Pengendali

[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal Comet digunakan sebagai asas bagi meriam anti kereta kebal FV4401 Contentious gerak sendiri ujian, menggunakan meriam 105mm L7 pada tenggekan terbuka pada badan Comet dipendekkan, dan menggunakan sistem gantungan hidrolik kenderaan bagi menyelaras dongakan, sama dengan kaedah yang digunakan pada S-Tank Sweden. Kenderaan itu bertujuan sebagai pengangkutan udara, tetapi reka bentuk itu dibatalkan dengan hanya satu atau dua dibina.[4]

Meriam 32-paun dipasang dalam tenggekan gerak terhad bantuan kuasa; berbanding dipasang pada bonggol trunnion tradisi, ia menonjol melalui tenggekan bebola besar di hadapan badan, dilindungi oleh perisai setebal 225 mm. Disebelah kirinya adalah mesingan Besa dalam tenggekan bebola berperisai. Tambahan dua mesingan Besa dipasang pada turet di sebelah atas ke kanan.

Notes
  1. ^ mesingan ringan Bren turut dibawa[perlu rujukan]
  2. ^ Saiz turet Challenger juga bererti bahawa perisai perlu lebih nipis bagi mengekalkan berat keseluruhan rendah
Citations
  1. ^ "Finnish Defence Forces sale of used equipment". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-14. Dicapai pada 2013-10-21.
  2. ^ John Stone (2000). The Tank Debate: Armour and the Anglo-American Military Tradition. Harwood Academic Publishers. m/s. 70. ISBN 9058230457.
  3. ^ some Cromwell production was welded
  4. ^ http://arcaneafvs.com/fv4401contentious.html

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]