Kerajaan Bosnia
Kerajaan Beraja Bosnia Bosansko kraljevstvo | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1377–1463 | |||||||||
Jata | |||||||||
Ibu negara | Visoko Jajce Bobovac | ||||||||
Agama | Gereja Bosnia, Katolik Rom, Ortodoks Timur | ||||||||
Kerajaan | Monarki feudal | ||||||||
Raja | |||||||||
• 1377–1391 | Tvrtko I (pertama) | ||||||||
• 1461–1463 | Stephen Tomašević (terakhir) | ||||||||
Era Sejarah | Zaman Pertengahan | ||||||||
26 Oktober 1377 | |||||||||
• Penaklukan Uthmaniyyah | 5 Jun 1463 | ||||||||
Kod ISO 3166 | BA | ||||||||
|
Kerajaan Beraja Bosnia (Serbo-Croatia: Bosansko kraljevstvo, Босанско краљевство) adalah sebuah kerajaan pada Zaman Pertengahan yang bermula dengan Banate Bosnia (1154–1377). Bosnia menikmati kemerdekaan de facto sehingga kurun ke-13 dan ke-14 meskipun menjadi sebahagian daripada Wilayah Takhta Hungary. Keadaan muka bumi yang sukar dan terasing membolehkan penduduk Bosnia melepaskan diri daripada dua buah jirannya yang berkuasa iaitu Hungary dan Serbia. Beberapa para pemerintah yang berkaliber membenarkan Bosnia bermain peranan sebagai kuasa setempat untuk jangka masa yang pendek pada kurun ke-14. Selepas tahun 1290, Bosnia memperolehi kemerdekaan secara maya daripada Hungary dan memperolehi wilayah yang luas di Dalmatia daripada Serbia. Raja Tvrtko I (r. 1353–91) memperolehi sebahagian kawasan barat Serbia dan kebanyakan pantai Adriatic, di selatan sungai Neretva: pada waktu-waktu terakhir pemerintahan beliau. Bosnia menjadi kuasa terkuat buat waktu singkat di Semenanjung Balkan. Bagaimanapun, perpecahan kepada kuasa feudal berlaku di Bosnia, dan selepas kematian beliau, Bosnia hilang kepentingannya. Empayar Uthmaniyyah mengilhak sebahagian timur Bosnia pada tahun 1440-an dan 1450-an, dan terus berusaha untuk menakluk Herzegovina sehingga kubu pertahanan terakhir jatuh pada tahun 1481.[1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Banate Bosnia adalah sebuah kerajaan pada Zaman Pertengahan yang kemuncaknya terdiri daripada wilayah (kini) Bosnia dan Herzegovina, selain sebahagian daripada kawasan Dalmatia (kini di Croatia), Serbia dan Montenegro. Meskipun buat waktu singkat ia berada di bawah naungan Hungary, Bosnia merupakan sebuah negara merdeka de facto.[2][3] Banate Bosnia wujud sehingga tahun 1377, apabila ia menjadi sebuah kerajaan beraja dengan pertabalan Tvrtko I.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sehingga ke pertengahan abad ke-14, Bosnia mencapai kemuncaknya dibawah pemerintahan Ban Tvrtko I dari Rumah Kotromanic, yang secara rasminya ditabal pada 26 Oktober 1377. Dengan pertabalan tersebut, Tvrtko I menjadi pemerintah bagi Kerajaan Bosnia yang baru diistiharkan, sebuah negeri selepas Banate Bosnia. Pada masa kemuncak pemerintahannya, kerajaan Bosnia ini menjadi kerajaan paling berpengaruh dan kuat di Semenanjung Balkan sebelum ditawan oleh Empayar Ottoman.
Sepanjang Zaman Pertengahan, Herzegovina terdiri dari beberapa kuasa politik kecil; Zahumlje (Hum), terletak di tengah-tengah Bandar Blagaj dan Travunia, pusat bagi Bandar Trebinje. Negeri-negeri kecil ini diperintah oleh putera-putera separa merdeka, kebanyakannya dibawah kuasa untuk mengawal sebahagian daripada negeri lain di bawah Monarki Zaman Pertengahan Serbia. Jajahannya termasuk Herzegovina moden dan sebahagian daripada Montenegro dan selatan Dalmatia. Nama Herzegovina diambil sempena Stjepan Vukcic Kosaca, Duke St. Sava yang mendapatkan kemerdekaanny sekitar 1435 - 1438. Perhimpunan golongan bangsawan ini dikenali sebagai stanak dan agak berpengaruh.
Pemerintahan Tvrtko I
[sunting | sunting sumber]Bosnia mencapai kemuncaknya di bawah Ban Tvrtko I, seorang ahli dinasti Kotromanić, yang berkuasa pada tahun 1353. Pada tahun 1372, Tvrtko membentuk pakatan dengan Putera Lazar Hrebeljanović, salah seorang raja wilayah di wilayah Empayar Serbia yang hancur.[4] Pada tahun berikutnya, Tvrtko dan Lazar menyerang domain Nikola Altomanović, yang merupakan bangsawan Serbia yang paling berkuasa pada masa itu. Selepas mengalahkan Altomanović, mereka membahagikan tanahnya, kecuali daerah pesisir Dračevica, Konavle, dan Trebinje, yang telah dirampas oleh Đurađ I Balšić, Penguasa Zeta. Tvrtko menerima bahagian Zahumlje, hulu sungai Drina dan Lim, serta daerah Onogošt dan Gacko. Pengambilalihan ini termasuk biara Ortodoks Serbia yang penting di Mileševa (yang menyimpan peninggalan Saint Sava, Uskup Agung Serbia yang pertama).[5]
Pada tahun 1377, Tvrtko mengambil daerah pesisir dari Balšić. Pada tahun itu, pada 26 Oktober, beliau dinobatkan sebagai Raja 'Serbia, Bosnia, Primorje (Tepi Laut), dan tanah barat'.[6] Pengambilalihan wilayah Serbia, termasuk Biara Mileševa yang penting, digabungkan dengan fakta bahawa nenek Tvrtko telah menjadi ahli dinasti Nemanjić mendorong Tvrtko juga menobatkan dirinya sebagai 'Raja Serbia' sekali gus menegaskan kedudukannya sebagai takhta Serbia. Ini dimungkinkan oleh keturunan Nemanjić diraja setelah mati bersama Uroš pada tahun 1371.[5] Mahkota itu dihantar kepadanya oleh raja Hungary Louis dari Anjou. Mengikut kepelbagaian karya baru-baru ini, dalam pensejarahan yang diwakili oleh sarjana seperti Čošković, Anđelić, Lovrenović, Filipović, upacara itu sendiri telah dijalankan di Mile berhampiran Visoko di dalam gereja yang dibina pada zaman pemerintahan Stephen II Kotromanić, di mana beliau juga dikebumikan bersama bapa saudaranya Stjepan II.[7][8][9] Sebaliknya, beberapa ahli sejarah terdahulu, kebanyakannya diwakili oleh sarjana dari Serbia, menganggap bahawa beliau telah dinobatkan di Biara Ortodoks Mileševa,[10] oleh Metropolitan Mileševa.[7][5]
Walau bagaimanapun, selepas kekalahan Nikola Altomanović, Putera Lazar telah muncul sebagai tuan yang paling berkuasa di wilayah bekas Empayar Serbia.[11] Dia mahu menyatukan semula negara Serbia, dan Gereja Ortodoks Serbia melihat dia paling sesuai untuk menggantikan dinasti Nemanjić. Gereja, yang merupakan kuasa padu terkuat di kalangan orang Serb pada masa itu, tidak menyokong aspirasi Tvrtko dalam hal ini.[12]
Menjelang 1390, Tvrtko I meluaskan kerajaannya untuk merangkumi sebahagian daripada Croatia dan Dalmatia, dan mengembangkan gelarannya kepada Raja Rascia, Bosnia, Dalmatia, Croatia dan Littoral. Tajuk penuh Tvrtko menyenaraikan orang subjek dan tanggungan geografi, mengikut norma Byzantine. Pada puncak kekuasaannya, beliau adalah "Raja Bosnia, Serbia, Croatia, Hum, Usera, Soli, Dalmatia, Donji Kraji".
Kejatuhan
[sunting | sunting sumber]Selepas kematian Tvrtko I, kekuasaan dan pengaruh Bosnia jatuh perlahan-lahan. Empayar Uthmaniyah telah memulakan perluasan kuasa di Eropah dan memberi ancaman kepada Balkan sepanjang penggal pertama kurun ke-15. Akhirnya, semasa pemerintahan Raja Stjepan Tomašević, beliau telah dikhianati dan dibiarkan berseorangan untuk mempertahankan diri oleh kuasa-kuasa Eropah. Secara rasminya, Bosnia ditakluk pada tahun 1463 dan menjadi wilayah Empayar Uthmaniyyah paling jauh di barat. Wilayah Herzegovina jatuh kepada Uthmaniyah pada tahun 1482. Sekurun selepasnya, bahagian-bahagian barat Bosnia lainnya jatuh sepenuhnya kepada Uthmaniyah. Selepas kejatuhan kerajaan beraja ini, Catherine dari Bosnia melarikan diri ke Rom dengan menunggang kuda. Beliau memperdayakan Uthmaniyah dengan mengatakan beliau meninggalkan negara untuk melawat anak lelaki beliau atau melawat Holy See.
Budaya
[sunting | sunting sumber]Agama bagi penduduk asal Bosnia dan Herzegovina bercampur-campur: terdapat Kristian Katolik dan Ortodoks, tetapi kebanyakan penduduk asli memanggil mereka secara ringkas sebagai orang Bosnia (atau "Bošnjani"),[13] tergolong dalam Gereja Bosnia.[14] Pengetahuan majoriti berkenaan akan gereja ini datangnya daripada sumber-sumber luar di mana asal sebenarnya masih menjadi perdebatan oleh para sarjana.
Para Ban dan raja Bosnia mengistiharkan mereka beragama Katolik semasa waktu pemerintahan mereka, kecuali untuk Stjepan Ostoja yang menunjukan minat pada Gereja Bosnia semasa beliau masih di atas takhta. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bangsawan penting yang beragama "Krstjani" (atau "Kristian"), seperti Hrvoje Vukčić, keluarga Radenović-Pavlović, Sandalj Hranić, Stjepan Vukčić, dan Paul Klešić. Ia menjadi kebiasaan bagi Holy See kepada para pemerintah Bosnia menolak sebarang hubungan dengan Gereja Bosnia atau keluar daripadanya sebagai balasan di atas sokongan yang diberikan.
Senarai pemerintah
[sunting | sunting sumber]- Stephen Tvrtko I
- Stephen Dabiša
- Jelena Gruba
- Stephen Ostoja
- Stephen Ostojić
- Stephen Tvrtko II
- Radivoj
- Stephen Thomas
- Stephen Tomašević
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Jean W Sedlar (1 March 2011). East Central Europe in the Middle Ages, 1000-1500. University of Washington Press. m/s. 23–. ISBN 978-0-295-80064-6.
- ^ Fine 1994, m/s. 44, 148.
- ^ Richard C. Frucht (2005). Eastern Europe: An Introduction to the People, Lands, and Culture. ABC-CLIO. m/s. 627–. ISBN 978-1-57607-800-6.
- ^ Fine 1994, m/s. 384.
- ^ a b c Fine 1994, m/s. 392–393.
- ^ Singleton, Frederick Bernard (1985). A Short History of the Yugoslav Peoples. Cambridge University Press. m/s. 20. ISBN 0-521-27485-0.
- ^ a b Velikonja 2003, m/s. 33.
- ^ Mile declared as national monument Diarkibkan 2008-02-03 di Wayback Machine. 2003.
- ^ Anđelić Pavao, Krunidbena i grobna crkva bosanskih vladara u Milima (Arnautovićima) kod Visokog. Glasnik Zemaljskog muzeja XXXIV/1979., Zemaljski muzej Bosne i Hercegovine, Sarajevo, 1980,183-247
- ^ Dr. Željko Fajfric: Kotromanići Diarkibkan 2013-10-23 di Wayback Machine.
- ^ Fine 1994, m/s. 387–389.
- ^ Mihaljčić, Rade (2001) [1984]. Лазар Хребељановић: историја, култ, предање (dalam bahasa Serbian). Belgrade: Srpska školska knjiga; Knowledge. m/s. 75. ISBN 86-83565-01-7.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Mark Pinson (1996). The Muslims of Bosnia-Herzegovina: Their Historic Development from the Middle Ages to the Dissolution of Yugoslavia. Harvard CMES. m/s. 4–. ISBN 978-0-932885-12-8.
- ^ Florin Curta (31 August 2006). Southeastern Europe in the Middle Ages, 500-1250. Cambridge University Press. m/s. 433–. ISBN 978-0-521-81539-0.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Fine, John Van Antwerp (1994). The Late Medieval Balkans: A Critical Survey from the Late Twelfth Century to the Ottoman Conquest. Michigan: University of Michigan Press. ISBN 0-472-08260-4.
- Bataković, Dušan T. (1996). The Serbs of Bosnia & Herzegovina: History and Politics. Dialogue Association.CS1 maint: ref=harv (link)
- Velkonija, Mitja (2003). Religious Separation and Political Intolerance in Bosnia-Herzegovina. Texas A&M University Press. ISBN 1-58544-226-7.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]