Kemahiran belajar
Penampilan
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
Kemahiran belajar merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar.
Kepentingan kemahiran belajar
[sunting | sunting sumber]- Meningkatkan daya belajar dan daya intelek.
- Memupuk disiplin belajar.
- Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat.
- Meningkatkan daya ingatan.
- Pengurusan masa yang berkesan.
- Memantapkan pembelajaran individu.
- Mencapai cita-cita dan matlamat diri.
- Membina budaya belajar yang betul dan berkesan.
- Meningkatkan pencapaian individu.
Gangguan
[sunting | sunting sumber]- Tidak memberi tumpuan.
- Kurang berminat sesuatu mata pelajaran.
- Berbual-bual semasa pembelajaran berjalan.
- Membuat angapan negatif “Tajuk ini tidak menarik” “Tajuk ini mudah/membosankan”
- Sedang berkhayal.
- Emosi terganggu.
- Bunyi bising.
- Tidak cukup tidur.
- Sikap diri.
- Penyampaian guru kurang memuaskan.
Apa yang diperlukan bagi mendengar dengan berkesan
[sunting | sunting sumber]- Kawal tumpuan dan pemerhatian anda.
- Tingkatkan minat kepada semua mata pelajaran.
- Elakkan berbual-bual semasa guru menyampaikan maklumat.
- Jangan malu mengemukakan soalan apabila anda tidak faham.
- Berikan tumpuan sepenuhnya kepada tajuk yang sedang dibincangkan.
- Sentiasa berfikiran terbuka “open mind”.
- Jangan hiraukan / layan gangguan otak. Duduk dengan penuh minat.
- Anda perlu mendengar, bukan menilai.
- Membaca terlebih dahulu bahan yang hendak diajar oleh guru.
- Mencatat isi-isi penting menggunakan perkataan sendiri.