Kampung Batu 4 Sapintas
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
Bagaimana Kampung Batu 4 Sapintas mendapat nama, Batu 4, (4 Batu) merujuk kepada jarak kepekan terdekat iaitu Pekan Sabak Bernam.Kini, jarak sebenar adalah 7.5km Sapintas, atau Sepintas (ejaan baru) adalah terdiri dari 2 perkataan iaitu 'sa' yang bermaksud satu, dan 'pintas'. Walau bagaimanapun, menurut sejarah, perkataan asalnya adalah 'mentas' atau "naik ke darat" dalam bahasa Jawa. Jadi sa mentas atau satu tempat naik kedarat. Umum mengetahui, Sungai Bernam adalah diantara sungai paling dalam di Malaysia, yang juga menjadi sempadan fizikal antara dua negeri Selangor dan Perak, adalah amat penting dalam sistem perhubungan air zaman dahulu. Satu peta melayu lama telah memaparkan rangkaian atau jalinan 'jalan gajah' dari utara ke selatan semenanjung, telah memetakan tanjung sapintas sebagai satu 'point' atau titik yang memungkinkan adanya rakit atau perahu bagi melintasi sungai bernam. Sekalipun kampung Batu 4 Sapintas ini hanya mula didiami sekitar tahun 20an, namun 'kisah jalan naik kedarat' ini telah jauh lebih lama wujud mungkin ratusan tahun sebelumnya. Terdapat beberapa kubur lama atau lebih dikenali penduduk sebagai kubur panjang (merujuk kepada saiznya yang panjang berbanding kubur-kubur zaman sekarang) di sekitar tebing sungai dan di sepanjang alur atau anak sungai sapintas.
Kampung Batu 4 Sapintas, terletak di Daerah Sabak Bernam, Selangor. Kampung Batu 4 Sapitas bernaung dibawah Mukim Sungai Panjang. Diwakili Ahli Parlimen Sabak Bernam dan Ahli Dewan Udangan Negeri N02Sabak. Disebelah Utara,bersempadan dengan Negeri Perak dipisahkan oleh Sungai Bernam. Disebelah Tenggara dan Selatan dipisahkan oleh Pekan Bagan Terap oleh Estet atau Ladang Kelapa Sawit milik Gutrie. Disebelah Barat adalah Ladang Torkinton dulunya da kini adalah Ladang Gutrie. Melalui sebelah Barat, Jalan Sepintas atau N29 Jalan Negeri Sekendi- Bagan Terap, dihubungkan oleh Pekan Sabak dan Teluk Intan. Disebelah Timur boleh menghala ke Pekan Bagan Terap, Sungai Besar dan Tanjung Malim.