[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Konsonan malaran tak geser

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Konsonan aproksiman)
Cara artikulasi
Obstruen
Hentian
Letusan
Geseran
Sibilan
Sonoran
Sengau
Tamparan
Getaran
Aproksiman
Cecair
Vokal
Separuh vokal
Sisian
Arus udara
Ejektif
Implosif
Klik
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan]
sunting

Konsonan malaran tak geser, malaran tak bergeser atau aproksiman ialah bunyi sebutan yang boleh disifatkan sebagai perantara bunyi vokal dan konsonan "biasa". Ketika menyebut malaran tak geser, organ-organ penyebutan menyempitkan saluran suara, tetapi membuka ruang secukupnya untuk udara mengalir tanpa banyak gelora yang boleh didengar. Justeru, malaran tak geser lebib terbuka berbanding geseran. Golongan bunyi ini merangkumi malaran sisian seperti [l] (l dalam lama) dan malaran separuh vokal seperti [j] (y dalam ya) dan [w] (w dalam wau).

Vokal sepadan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebilangan malaran tak geser yang serupa dengan vokal, maka diberi istilah separuh vokal. (Separuh vokal ialah bunyi seakan-akan vokal bukan sukuan. Sesetengah ahli fonetik mengehadkan istilah tersebut untuk vokal bukan sukuan sejati yang membentuk diftong, manakala yang lain menyertakan subset malaran tak geser yang menyerupai vokal. Perbezaan dari segi fonetiknya ialah malaran tak geser ini lebih menghampiri berbanding vokal bukan sukuan yang sepadannya.)

Secara penyebutan dan diakronik, malaran tak geser lelangit berpadan dengan vokal depan, velar dengan vokal belakang, dan bibir dengan vokal bundar.

Malaran tak geser Vokal sepadan Daerah artikulasi
j i Lelangit
ɥ y Bibir-lelangit
ɰ ɯ Velar
w u Bibir-velar
ʕ̞ ɑ Farinks

Malaran tak geser tengah

[sunting | sunting sumber]

Malaran tak geser sisian

[sunting | sunting sumber]

Dalam malaran tak geser sisian, pusat lidah teguh menyentuh lelangit, tetapi anggota penentunya ialah tepi lidah yang hanya menghampiri gigi.

Malaran tak geser berartikulasi serentak dengan aksara IPA tersendiri

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]