Geseran epiglotis bersuara
Penampilan
(Dilencongkan daripada Malaran tak geser epiglotis)
Nombor AFA | 174 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | <\ | ||
|
Geseran epiglotis bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʢ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan <\ dalam X-SAMPA.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri geseran epiglotis bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
- Daerah artikulasinya adalah epiglotis, iaitu disebut dengan epiglotis menyentuh belakang farinks.
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Disebabkan disebut dengan kerongkong dan bukan lidah, maka tiada ertinya menentukan sama ada konsonan ini adalah konsonan tengah atau sisian.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
Arab | Loghat-loghat tertentu[1] | تَعَشَّى | [t̪ɑʢɑʃʃɐː] | 'bermakan larut malam' | Berpadanan dengan /ʕ/ (atau [ʔˤ]) dalam Bahasa Arab Baku atau loghat-loghat lain. Rujuk fonologi bahasa Arab |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ladefoged & Maddieson (1996:167-168)