Fumio Kishida
Fumio Kishida | |
---|---|
岸田 文雄 | |
Perdana Menteri Jepun | |
Dalam jawatan 4 Oktober 2021 – 1 Oktober 2024 | |
Raja | Naruhito |
Didahului oleh | Yoshihide Suga |
Digantikan oleh | Shigeru Ishiba |
Presiden Parti Demokratik Liberal | |
Dalam jawatan 29 September 2021 – 27 September 2024 | |
Naib Presiden | Tarō Asō |
Setiausaha Agung | Akira Amari Toshimitsu Motegi |
Didahului oleh | Yoshihide Suga |
Digantikan oleh | Shigeru Ishiba |
Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan 26 Disember 2012 – 3 Ogos 2017 | |
Perdana Menteri | Shinzō Abe |
Didahului oleh | Kōichirō Genba |
Digantikan oleh | Tarō Kōno |
Menteri Pertahanan Pemangku | |
Dalam jawatan 28 Julai 2017 – 3 Ogos 2017 | |
Perdana Menteri | Shinzō Abe |
Didahului oleh | Tomomi Inada |
Digantikan oleh | Itsunori Onodera |
Ahli Dewan Perwakilan | |
Menyandang jawatan 18 Julai 1993 | |
Kawasan pilihan raya | Hiroshima ke-1 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hiroshima, Jepun | 29 Julai 1957
Parti politik | Parti Demokratik Liberal |
Pasangan | Yuko Kishida (k. 1988) |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Waseda |
Tandatangan | |
Fumio Kishida (Bahasa Jepun: 岸田 文雄, Kishida Fumio, lahir 29 Julai 1957) ialah seorang ahli politik Jepun yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Jepun dan presiden Parti Demokratik Liberal dari 2021 hingga 2024. Beliau sebelumnya berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri Jepun dari 2012 hingga 2017. Beliau adalah ahli Dewan Perwakilan dan Parti Demokratik Liberal (LDP). Beliau bertugas di kabinet Yasuo Fukuda sebagai menteri negara untuk hal ehwal Okinawa.
Beliau memenangi pemilihan kepemimpinan LDP 2021, menggantikan Yoshihide Suga sebagai Perdana Menteri oleh Diet pada 4 Oktober 2021 yang kemudiannya akan memimpin parti LDP dalam pilihan raya umum Jepun 2021.[1]
Awal hayat dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Kishida dilahirkan dalam keluarga politik di Minami-ku, Hiroshima pada 29 Julai 1957.[2] Ayah dan datuknya adalah bekas ahli politik dalam Dewan Perwakilan, bekas perdana menteri Kiichi Miyazawa adalah saudara jauhnya; sepupunya Yoichi adalah menteri Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun .[3][4]
Beliau belajar undang-undang di Universiti Waseda dan lulus pada 1982.[2] Di Waseda, beliau berkawan dengan Takeshi Iwaya.[5]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Setelah bekerja di Long-Term Credit Bank of Japan yang sudah tidak wujud dan kemudian sebagai setiausaha kepada ahli Dewan Perwakilan, Kishida terpilih ke Dewan Perwakilan pada pilihan raya umum 1993, mewakili Daerah Hiroshima ke-1.[6]
Beliau dekat dengan pemimpin puak LDP Makoto Koga,[4] dan mengambil alih kawalan puak Koga pada Oktober 2012.[4]
Seperti Shinzō Abe dan kebanyakan ahli Kabinetnya, Kishida adalah ahli berkait dengan pertubuhan nasionalis terbuka Nippon Kaigi.[7]
Kishida berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Okinawa dari 2007 hingga 2008, pertama di Kabinet Abe dan kemudian di kabinet Fukuda.[8] Dia dilantik sebagai menteri negara yang menjaga hal ehwal pengguna dan keselamatan makanan di kabinet perdana menteri ketika itu Yasuo Fukuda pada tahun 2008.[4] Kishida juga merupakan menteri negara yang bertanggung jawab atas sains dan teknologi di kabinet Fukuda.[8]
Dalam Kabinet Abe
[sunting | sunting sumber]Berikutan kemenangan LDP pada pilihan raya 2012, Kishida dinobatkan sebagai menteri luar negeri dalam Kabinet Perdana Menteri Shinzō Abe pada 26 Disember 2012.[6][9] Kishida menjadi menteri luar negeri yang paling lama berkhidmat dalam sejarah pasca perang, mengalahkan ayah Abe, Shintaro Abe.[10] Beliau membantu mengatur lawatan bersejarah Presiden A.S. Barack Obama ke Hiroshima pada 2015, dan mendapat perhatian pada 2017 ketika beliau muncul bersama pelawak Piko Taro untuk mempromosikan program PBB.[5]
Pada 2017, Kishida meninggalkan barisan Kabinet untuk mengambil alih jawatan ketua Majlis Penyelidikan Dasar LDP, kedudukan yang secara tradisional dilihat sebagai batu loncatan untuk kepimpinan parti.[11] Beliau mencari kedudukan ini untuk meningkatkan peluangnya untuk menggantikan Abe, kerana jawatan menteri luar negeri memiliki pengaruh yang sedikit di dalam parti.[10]
Kishida berhasrat mencalonkan dirinya dalam pemilihan presiden LDP 2018, tetapi dipujuk oleh Abe untuk tidak mencalonkan diri, dengan cadangan bahawa Abe kemudiannya akan menyokong Kishida sebagai penggantinya. Kishiada mengumumkan beliau akan bertanding dalam persaingan kepimpinan LDP pada 2020 selepas Shinzo Abe alami masalah kesihatan dan berhasrat untuk letak jawatan.[12] Namun beberapa ahli parlimen kanan LDP telah mengalihkan sokongan mereka dari Kishida kepada Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga. Timbalan Perdana Menteri Taro Aso menggangapnya sebagai "Kishida adalah untuk masa yang aman, bukan untuk masa yang bermasalah."[13] Salah satu faktor dalam pergeseran ini adalah cadangan yang tidak berjaya oleh Kishida untuk memberikan pembayaran rangsangan 300,000 yen kepada isi rumah semasa pandemik COVID-19.[14]
Sebagai Perdana Menteri (2021-2024)
[sunting | sunting sumber]Pada 29 September 2021, Kishida mengalahkan Taro Kono dalam pusingan akhir undian untuk menjadi pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) yang berkuasa dan menggantikan pemimpin parti yang akan meletakkan jawatan, Yoshihide Suga. Beliau mendapat sejumlah 257 undi, dari 249 ahli parlimen dan lapan ahli berpangkat, untuk menjadi Perdana Menteri Jepun yang seterusnya.[1] Kabinet Kishida dilaporkan mempunyai 13 ahli baharu yang juga disertai oleh ahli veteran seperti Toshimitsu Motegi dan Nobuo Kishi.[15]
Kurniaan kehormatan
[sunting | sunting sumber]- Belanda: Kesateria Salib Besar Darjah Oranye-Nassau (29 Oktober 2014)[16]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Fumio Kishida hampir pasti jadi PM Jepun baharu". Astro Awani. 30 September 2021. Dicapai pada 1 Oktober 2021.
- ^ a b "Fumio Kishida" (dalam bahasa Inggeris). Kante'. Dicapai pada 27 Disember 2012.
- ^ "Japan minister support staff 'put sex club on expenses'" [Kakitangan sokongan menteri Jepun 'meletakkan kelab seks dalam perbelanjaan'] (dalam bahasa Inggeris). BBC. 23 Oktober 2014. Dicapai pada 24 Oktober 2014.
- ^ a b c d "Profiles". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2013.
- ^ a b Reynolds, Isabel (20 Julai 2017). "Abe's Low-Key Foreign Minister Watched as Potential Rival" [Menteri Luar Negeri Berstatus Rendah Abe Dianggap sebagai Pesaing Potensi]. Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Ogos 2020.
- ^ a b "Profiles of key ministers in Abe's new Cabinet" [Profil menteri utama dalam Kabinet baru Abe]. The Asahi Shimbun (dalam bahasa Inggeris). 26 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2013. Dicapai pada 27 Disember 2012.
- ^ "Abe's reshuffle promotes right-wingers" (Korea Joongang Daily - 5 September 2014)
- ^ a b "Profile: Foreign Minister Kishida boasts background in Okinawa affairs" [Profil: Menteri Luar Negeri Kishida memiliki latar belakang dalam hal ehwal Okinawa]. House of Japan (dalam bahasa Inggeris). 27 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2013. Dicapai pada 3 Januari 2013.
- ^ "Abe elected premier, launches Cabinet" [Abe dipilih sebagai perdana menteri, melancarkan Kabinet]. Daily Yomuiru Online (dalam bahasa Inggeris). 26 Disember 2012. Dicapai pada 3 Januari 2013.
- ^ a b Bosack, Michael (9 Julai 2018). "Will Kishida Challenge Abe's Leadership?" [Adakah Kishida akan Mencabar Kepimpinan Abe?]. Tokyo Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Ogos 2020.
- ^ "Japanese Foreign Minister Kishida set to take key ruling party post: NHK" [Menteri Luar Negeri Jepun Kishida akan mengambil jawatan utama parti pemerintah: NHK]. Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2 Ogos 2017. Dicapai pada 29 Ogos 2020.
- ^ "Bekas Menteri Luar Jepun suara hasrat tanding jawatan ketua LDP". Tokyo: Bernama. 1 September 2020. Dicapai pada 4 September 2020.
- ^ "Doubts grow in LDP over Fumio Kishida's ability to succeed Abe" [Keraguan meningkat dalam LDP atas kemampuan Fumio Kishida untuk menggantikan Abe]. The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 20 Julai 2020. Dicapai pada 29 Ogos 2020.
- ^ Sakaguchi, Yukihiro (26 Jun 2020). "Race to replace Abe threatens stability of Japanese politics" [Persaingan untuk menggantikan Abe mengancam kestabilan politik Jepun]. Nikkei Asian Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Ogos 2020.
- ^ Lies, Elaine (3 Oktober 2021). "Many faces in Japan's new government belong to allies of PM Abe". Reuters (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Decoraties Staatsbezoeken Japan en Republiek Korea (dalam bahasa Belanda) Diarkibkan 4 November 2014 di Wayback Machine - laman sesawang Wangsa Diraja Belanda
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman sesawang rasmi (dalam bahasa Jepun)
- YouTube
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Kōichirō Genba |
Menteri Luar Negeri 2012–2017 |
Diikuti oleh: Tarō Kōno |
Didahului oleh Tomomi Inada |
Menteri Pertahanan Pemangku 2017 |
Diikuti oleh: Itsunori Onodera |