[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

François Bozizé

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
François Bozizé
Bozizé pada 2007
Presiden Republik Afrika Tengah ke-4
Dalam jawatan
15 Mac 2003 – 24 Mac 2013
Perdana MenteriAbel Goumba
Célestin Gaombalet
Élie Doté
Faustin-Archange Touadéra
Nicolas Tiangaye
Naib PresidenAbel Goumba
Didahului olehAnge-Félix Patassé
Digantikan olehMichel Djotodia[1]
Maklumat peribadi
Lahir
François Bozizé Yangouvonda

(1946-10-14) 14 Oktober 1946 (umur 78)
Mouila, Afrika Khatulistiwa Perancis
(kini Mouila, Gabon)
Parti politikBebas
PasanganMonique Bozizé

François Bozizé Yangouvonda (lahir 14 Oktober 1946) ialah seorang ahli politik yang menjadi Presiden Republik Afrika Tengah dari 2003 hingga 2013.

Bermula sebagai tentera, Bozizé naik menjadi pegawai berpangkat tinggi pada 1970-an, semasa pemerintahan Jean-Bédel Bokassa. Selepas Bokassa digulingkan, Bozizé berkhidmat dalam kerajaan sebagai Menteri Pertahanan dari 1979 hingga 1981 dan kemudian Menteri Maklumat sehingga 1982. Beliau turut serta dalam cubaan gagal rampasan kuasa 1982 terhadap presiden André Kolingba dan terpaksa melarikan diri ke luar negara. Bertahun-tahun kemudian, selepas ditangkap dan dipenjarakan, beliau berkhidmat sebagai Ketua Turus Tentera Darat di bawah presiden Ange-Félix Patassé.

Namun pada 2001, beliau memulakan pemberontakan menentang Patassé. Angkatannya menawan ibu negara Bangui pada Mac 2003, ketika Presiden Ange-Félix Patassé berada di luar negara. Bozizé mengambil alih kuasa, membawa zaman peralihan kerajaan. Beliau memenangi pilihan raya presiden 2005 dalam dua pusingan, dan terpilih semula pada Januari 2011 dalam pusingan pertama.

Pada Disember 2012, Republik ini jatuh ke dalam kancah pemberontakan oleh pihak yang menuduh kerajaannya tidak menghormati perjanjian damai selepas Perang Belukar Republik Afrika Tengah pada 2007. Pada 24 Mac 2013, Bozizé melarikan diri ke Cameroon melalui Republik Demokratik Congo selepas angkatan pemberontak menyerang Bangui dan menguasai istana presiden.[2][3]

  1. ^ AU suspends Central Africa after rebels oust Bozize New Sabah Times. 26 Mac 2013.
  2. ^ Lydia Polgreen (25 Mac 2013). "Leader of Central African Republic Fled to Cameroon, Official Says". The New York Times.
  3. ^ Perbadanan Penyiaran British (24 Mac 2013). "Central African Republic: President Bozize flees Bangui". BBC.
Jawatan politik
Didahului oleh
Ange-Félix Patassé
Presiden Republik Afrika Tengah
2003–2013
Diikuti oleh:
Michel Djotodia

{{#switch:||Kategori=