[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Flotila U-bot 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Flotila Kapal Selam Pertama
AktifDitubuhkan 1935, Dibubarkan 1944
Negara Jerman Nazi
CawanganKriegsmarine
JenisFlotila U-boot
PangkalanKiel, Brest
Nama samaranFlotila Weddigen
Komander
Komander
terkenal
Fregattenkapitän Karl Dönitz

Flotila U-bot 1 (Jerman 1. Unterseebootsflottille) juga dikenali sebagai Flotila Weddigen, merupakan unit operasi pertama U-boot dalam Kriegsmarine (tentera laut) Jerman Nazi. Ditubuhkan pada 27 September 1935 dibawah pemerintahan Fregattenkapitän Karl Dönitz,[1] ia dinamakan sempena Kapitänleutnant Otto Weddigen. Weddigen, seorang komander U-bot semasa Perang Dunia I, terkorban pada 18 Mac 1915 selepas kapal selamnya U-29 dirempuh oleh kapal tempur British HMS Dreadnought di Laut Utara.[2]

Flotila ini pada awalnya terdiri daripada U-9, sejenis kapal selam Kelas IIB yang ditauliahkan pada 21 Ogos 1935. Kemudian, kapal selam U-1 hingga U-12 dimasukkan kedalam flotila, tetapi U-1 hingga U-6 hanya digunakan sebagai kapal selam latihan dan dihantar ke maktab latihan U-bot di Neustadt.[3] Pada asalnya berpangkalan di Kiel dari September 1935-Mei 1941, ia kemudian dipindahkan ke Brest, Perancis pada Jun 1941. Pada September 1944, flotila ini dibubarkan dan kapal-kapal selamnya yang tinggal diagihkan ke flotila yang lain.

Para komander Flotila

[sunting | sunting sumber]
Tempoh Komander
September 1935 – Oktober 1936 Kpt. z. S. Karl Dönitz
Oktober 1936 – September 1937 Kpt. z. S. Otto Loycke
Oktober 1937 – September 1939 Kptlt. Hans-Güther Looff
September 1939 – Disember 1939 Kptlt. Hans Eckermann m.d.F.b.
Januari 1940 – Oktober 1940 K.Kapt. Hans Eckermann
November 1940 – Februari 1942 K.Kapt. Hans Cohausz
Februari 1942 – Julai 1942 Kptlt. Heinz Buchholz i.V.
Julai 1942 – September 1944 K.Kapt. Werner Winter

Nota dan rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ 1. Unterseebootsflottille Diarkibkan 16 Julai 2006 di Wayback Machine. Uboatnet.de. Retrieved 21 July 2006.
  2. ^ 1st Flotilla. Uboat.net. Retrieved 21 July 2006.
  3. ^ Gordon Williamson. Wolf Pack: The Story of the U-Boat in World War II, Osprey Publishing, 2005. ISBN 1-84176-872-3

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • uboat.net – comprehensive website dedicated to U-boat history.

Templat:Uboat