[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Fenomena optik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Halo 22° mengelilingi Bulan di Atherton, California

Fenomena optik adalah sesuatu yang dapat dicerap akibat cahaya berinteraksi dengan jirim. Logamaya ialah contoh fenomena optikal.

Semua fenomena optik ada kaitan dengan zarah kecil cahaya dan tenaga yang dipanggil kuantum.[1] Fenomena optik lazim biasanya disebabkan oleh cahaya dari matahari atau bulan berinteraksi dengan atmosfera, awan, air, habuk dan zarahan lain. Satu contoh ialah pelangi, apabila cahaya matahari terpantul dan dibiaskan oleh titisan air. Sesetengah fenomena, seperti kilat hijau, sangat jarang berlaku sehingga ia kadang-kadang dianggap sebagai mitos.[2] Lain-lain, seperti fatamorgana, adalah perkara biasa di lokasi yang sesuai.

Fenomena lain hanyalah aspek optik yang menarik, atau kesan optik. Sebagai contoh, warna-warna yang dihasilkan oleh prisma sering ditunjukkan dalam bilik darjah.

Fenomena optik ialah perkara-perkara yang berlaku kerana cara cahaya berinteraksi dengan atmosfera; alam semula jadi (fenomena lain); objek, sama ada semula jadi atau buatan manusia (kesan optik); dan mata kita (fenomena entoptik). Sesetengah fenomena ini masih tidak dapat dijelaskan yang boleh mempunyai penjelasan optik dan "ilusi optik" yang mana penjelasan optik telah dikecualikan.

Banyak fenomena terjadi kerana cahaya boleh bersifat seperti zarah atau gelombang. Ada antaranya yang agak halus dan boleh diperhatikan hanya dengan menggunakan alat-alat saintifik yang tepat. Satu contoh yang diketahui ramai ialah apabila cahaya bintang melentur sekeliling Matahari yang diperhatikan semasa gerhana matahari. Ini menunjukkan bahawa ruang bersifat melengkung, seperti yang diramalkan oleh teori relativiti.

Fenomena optik berkaitan dengan atmosfera

[sunting | sunting sumber]
Halo suria dilihat dari latitud 41° selatan
Sebuah arka zenit lilit di atas Grand Forks, North Dakota
Jalur Zuhrah di atas Balai Cerap Paranal di atas Cerro Paranal di Gurun Atacama, utara Chile
Sinar krepuskular semasa matahari terbit di Malibu, California
Pelangi berganda di Tasik Minsi, Pennsylvania
Fenomena optik atmosfera

Contoh-contoh fenomena optik atmosfera termasuk:

  • Teja
  • Teja udara
  • Jalur Alexander, kawasan gelap di antara dua pelangi berganda.***
  • Teja alp
  • Antelion, Tompok putih bercahaya yang kadang-kadang kelihatan pada bulatan perihelion 180o jauhnya di azimut
  • Sinar antiteja fajar senja/antikrepuskular
  • Aurora
  • Jalur Zuhrah
  • Busur Brocken, fenomenon belauan yang terjadi di suatu titik di hadapan pemerhati apabila matahari atau bulan berada betul-betul di belakangnya
  • Arka sirkumdatar
  • Arka zenit lilit
  • Penderrona awan
  • Sinaran teja fajar senja/krepuskular
  • Bayangan Bumi
  • Cahaya gempa
  • Gilang
  • Kilat hijau
  • Halo, matahari atau bulan, termasuk matahari maya atau parhelion
  • Jerebu
  • Heiligenschein atau kesan halo, sebahagiannya disebabkan oleh kesan pertentangan
  • Bilau ais atau kilau ais, kilauan keputihan di atas ufuk disebabkan pemantulan daripada lembaran ais.
  • Tonggak ais atau tonggak cahaya
  • Kilat
  • Logamaya (termasuk fatamorgana)
  • Pelangi monokrom
  • Bulan maya atau paraselen
  • Pelangi bulan
  • Awan nakreus/awan stratosfera kutub
  • Pelangi
  • Peperi (kilat)
  • Submatahari
  • Matahari maya
  • Arka tangen
  • Kesan Tyndall
  • Kilat ionosfera
  • Lelangit air, nampakan gelap di sisi bawah lapisan awan apabila ia berada atas dari suatu permukaan air terbuka, lazimnya di kawasan kutub

Fenomena optik yang tidak berkaitan dengan atmosfera

[sunting | sunting sumber]
Kilat hijau muncul di atas suria selama kira-kira satu saat. Satu kejadian sedemikian ditangkap di Cerro Paranal.
  • Dikromatisme
  • Gegenschein
  • Pendarrona
  • Kesan pertentangan
  • Bayang-bayang
    • Teduh
    • Siluet
  • Sylvanshine, pokok berdaun berlilin yang dilitupi embun memantulkan semula pancaran cahaya
  • Cahaya zodiak

Kesan optik lain

[sunting | sunting sumber]
  • Asterisme atau pendar bintang, sinaran cahaya berbentuk bintang pada sesetengah hablur atau permata
  • Aura, fenomena apabila gas atau debu di sekeliling objek bercahaya ataupun memantulkan cahaya daripada objek itu
  • Aventuresens, juga dikenali sebagai kesan Schiller, kesan kelip-kelip pada permata seperti kuarza aventurin dan baiduri suria
  • Manik Baily, titik-titik cahaya matahari yang kelihatan semasa gerhana matahari penuh.
  • Kamera obskura
  • Katodpendarcahayaan
  • Kaustik
  • Merlip, permata jenis mata kucing seperti mata kucing krisoberil atau mata kucing akuamarin
  • Polarisasi kromatik
  • Belauan, lenturan dan penyebaran gelombang cahaya yang jelas apabila ia bertemu dengan halangan
  • Penyerakan
  • Pembiasan berganda atau dwibiasan dalam kalsit dan mineral-mineral lain
  • Percubaan celah ganda dua
  • Elektropendarcahaya
  • Gelombang evanesen
  • Pendarfluor, juga dipanggil pendarkilau atau fotopendarcahayaan
  • Penyerakan Mie (punca awan berwarna putih)
  • Metamerisme seperti dalam permata aleksandrit
  • Corak moiré
  • Cincin Newton
  • Pendarfosfor
  • Pleokroisme, yang menyebabkan permata atau hablur seolah-olah mempunyai "pelbagai warna"
  • Serakan Rayleigh (punca langit berwarna biru, matahari terbenam berwarna merah dan fenomena yang berkaitan)
  • Pantulan
  • Pembiasan
  • Sonopendarcahayaan, cahaya daripada buih yang meletup dalam cecair apabila diujakan oleh bunyi
    • Udangpendarcahayaan, sonopendarcahayaan daripada serangan udang mentadak
  • Sinaran sinkrotron
  • Pemisahan cahaya kepada banyak warna oleh prisma
  • Tribopendarcahaya, pendarcahaya yang dihasilkan oleh geseran
  • Serakan Thomson
  • Pantulan dalam penuh
  • Cahaya berpintal atau vorteks optik
  • Kesan Umov
  • Kesan Zeeman
  • Keupayaan cahaya untuk bergerak melalui ruang atau melalui vakum.

Fenomena entoptik

[sunting | sunting sumber]
  • Belauan cahaya melalui bulu mata
  • Berus Haidinger, bentuk kupu-kupu berwarna kuning kabur yang terhasil apabila melihat latar yang cerah dan sama warna seperti langit atau skrin komputer.
  • Diplopia monokular (atau poliplopia), penglihatan berganda dalam satu mata kerana ada pantulan di bahagian mata yang lain.
  • Fosfena daripada rangsangan selain daripada cahaya (cth., mekanikal, elektrik) terhadap sel batang dan kon mata atau neuron-neuron lain dalam sistem penglihatan
  • Imej Purkinje.

Ilusi optik

[sunting | sunting sumber]
  • Saiz Bulan yang lebih besar daripada biasa semasa ia terbit dan terbenam, ilusi Bulan
  • Bentuk langit, mangkuk langit.
  1. ^ Lahiri, A. (2016). "Electromagnetic Theory and Optics". Basic Optics: Principles and Concepts. Elsevier. pp. 1–140. doi:10.1016/B978-0-12-805357-7.00001-0. ISBN 978-0-12-805357-7.
  2. ^ "Green Rays". mintaka.sdsu.edu.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Rossing, T. D., & Chiaverina, C. J. (1999). Light science: Physics and the visual arts. Springer. ISBN 0-387-98827-0
  • Greenler, R. (1999). Rainbows, halos, and Glories. Elton-Wolf Publishing. ISBN 0-89716-926-3
  • Können, G. P. (1985). Polarized light in nature (G. A. Beerling, Trans.). Cambridge Univ. Pr. ISBN 0-521-25862-6
  • M.G.J. Minnaert, Light and Color in the Outdoors, ISBN 0-387-97935-2
  • Naylor, J. C. (2002). Out of the blue: A 24-hour skywatcher’s guide. Cambridge University Press. ISBN 0-521-80925-8

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]