Fath al-Bari
Umum | |||
---|---|---|---|
Pengarang | Ibn Hajar Al-Asqalani | ||
Tajuk asal | Fath Al-Bari bisyarhi Shahih Al-Bukhari | ||
Negara | Mesir | ||
Bahasa | Bahasa Arab (utama) dan pelbagai bahasa. | ||
Subjek | Hadis, aqidah, fiqh | ||
Genre | Syarah | ||
Penerbitan | |||
Penerbit | Pelbagai penerbit | ||
Tarikh penerbitan | sekitar 773-852 H / 1372-1449 M | ||
Kronologi | |||
|
Fatḥ al-Bārī fī Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (فتح الباري ; "Kurniaan Pencipta") ialah ulasan berbilang jilid koleksi hadis Sahih al-Bukhari yang dikarang oleh Ibn Hajar al-'Asqalani. Dianggap sebagai magnum opus, ini ialah koleksi kitab ulasan hadis yang paling terkenal.[1] Diriwayatkan bahawa Ibn Hajar mengambil masa 25 tahun untuk menyelesaikan kerjanya.
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Abd al-Hayy ibn Abd al-Kabir al-Kattani berkata: “Ketika pengarang al-Hittah menukilkan Ibn Khaldun sebagai berkata bahawa penjelasan Sahih Bukhari ialah suatu hutang ke atas umat Islam, beliau berkata, "Hutang ini telah telah dibayar melalui penjelasan al-Hafiz Ibn Hajar." Oleh sebab itu, apabila dicadangkan kepada Muhammad ibn 'Ali al- Syawkani agar beliau menulis sebuah penjelasan Sahih Bukhari sebagaimana yang dilakukan oleh orang lain, beliau menjawab, "tidak ada hijrah selepas al-Fath," merujuk kepada Fath al-Bari.[2]
Abd al-Hakim Murad berkata tentang Fath al-Bari dalam pengenalan terjemahan ulasan Ibn Hajar al-Asqalani tentang hadis-hadis terpilih (diterbitkan sebagai buku kecil oleh Muslim Academic Trust):
"Kepentingan kesusasteraan ini boleh diukur oleh fakta bahawa sekurang-kurangnya tujuh puluh ulasan penuh telah ditulis mengenai Sahih agung Imam Bukhari... yang paling dihormati tidak diragukan lagi ialah Fath al-Bari yang agung (Kemenangan Pencipta) oleh Imam Ibn Hajar al-'Asqalani, sebuah karya yang menjadi mahkota kedua-dua genre dan kerjaya akademik Imam. Ia dihargai oleh ulama kerana kemantapan doktrin pengarangnya, liputannya yang lengkap tentang bahan Imam Bukhari, penguasaannya terhadap ilmu-ilmu Arab yang relevan, kebijaksanaan yang ditunjukkan dalam mengambil pelajaran (fawaid) daripada hadis-hadis yang dihuraikannya, dan kebijaksanaannya, serta kemahiran dalam menyelesaikan pertikaian kompleks mengenai bacaan yang pelbagai."
Pengkaji sejarah Islam, Norman Calder menyifatkan karya Ibn Hajar sebagai "pencapaian wacana eksegetikal yang paling mengagumkan".[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Abdal Hakim Murad. "Fath al-Bari: Commentary on Sahih al-Bukhari". Sunnah.org. Muslim Academic Trust.
The importance of this literature may be gauged by the fact that at least seventy full commentaries have been written on Imam al-Bukhari’s great Sahih [...] However the most celebrated is without question the magnificent Fath al-Bari (‘Victory of the Creator’) by Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani
- ^ Fahras al-Faharis, vol. 1, pg. 322–3, slightly abridged. 'There is no migration after al-Fath' is a reference to a well-known hadith.
- ^ Blecher, Joel (April 2017). "Revision in the Manuscript Age: New Evidence of Early Versions of Ibn Ḥajar's Fatḥ al-bārī". Journal of Near Eastern Studies. 76 (1): 39–51. doi:10.1086/690766.