[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Force 136

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Force 136 adalah nama samaran umum bagi satu cawangann pertubuhan Eksekutif Operasi Khas (SOE), Britain semasa Perang Dunia II. Pertubuhan ini diwujudkan bagi menggalakan dan membekal pergerakkan penentangan di wilayah dalam kawalan musuh, dan sering kali melaksanakan operasi-operasi sabotaj. Force 136 beroperasi di wilayah-wilayah Kancah Asia Tenggara (Perang Dunia Kedua) yang diduduki oleh tentera Jepun sejak tahun 1941 sehingga 1945.

Sungguhpun pemerintah atas Force 136 merupakan pegawai British dan orang awam, kebanyakan yang dilatih dan digunakannya sebagai agen merupakan penduduk tempatan di kawasan mereka beroperasi. Orang British, Amerika atau Eropah yang lain tidak dapat beroperasi secara senyap di bandar atau kawasan berpenduduk di Asia, tetapi sebaik sahaja pergerakan penentang terbabit dalam pemberontakan secara terbuka, anggota pasukan bersenjata Bersekutu yang mengetahui bahasa dan penduduk tempatan menjadi perhubungan penting dengan pasukan konventional. Terutamanya di Burma, SOE mampu menarik ramai bekas pengurus perhutanan dan sebagainya, yang fasih dalam bahasa Burma atau bahasa tempatan lain sebelum perang, dan yang yang telah dilantik dalam Tentera India British apabila Jepun menjajah Burma.

SOE ditubuhkan pada tahun 1940, dengan penyatuan Jabatan Pejabat Perang dan Kementerian Perperangan Ekonomi. Tujuannya adalah bagi mencetus, mengatur dan membekal pasukan penentang tempatan di wilayah diduduki musuh. Pada awalnya, musuh adalah Jerman Nazi dan Itali, tetapi menjelang akhir tahun 1940, ia menjadi jelas bahawa konflik dengan Jepun juga tidak dapat dielak.

Dua misi dihantar bagi menubuhkan (dan mengambil alih kawalan politik) bagi SOE di Timur Jauh. Yang pertama dipimpin oleh bekas ahli perniagaan, Valentine Killery dari Industri Kimia Imperial ("Imperial Chemical Industries") (ICI), yang menubuhkan ibu pejabatnya di Singapura. Organisasi penentang awal ditubuhkan di Malaya, tetapi SIngapura ditawan pada 15 Februari 1942, tidak lama selepas Jepun memasuki perang.

Misi kedua ditubuhkan di India oleh seorang lagi bekas ahli perniagaan, Colin Hercules Mackenzie dari "J. and P. Coats", pengilang pakaian.

  • Aldrich, Richard James (2000). Intelligence and the war against Japan: Britain, America and the politics of secret service. Cambridge University Press. ISBN 9780521641869.
  • Allen, Louis. Burma: the longest War. J.M. Dent and sons. ISBN 0-460-02474-4.
  • Bayly, Christopher. Forgotten Armies. Penguin. ISBN 0-14-029331-0. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Chapman, Freddie Spencer. The Jungle is neutral. Lyon Press. ISBN 1-59228-107-9.
  • Christie, Arthur. Mission Scapula: Special Operations Executive in the far east. ISBN 0-9547010-0-3.
  • Cruikshank, Charles (1983). SOE in the Far East. Oxford University Press. ISBN 0-19-215873 Check |isbn= value: length (bantuan).
  • Dear, Ian. Sabotage and Subversion: SOE and OSS at War. Cassell. ISBN 0-304-35202-0.
  • Foot, M. R. D. (1984). SOE. BBC Publications. ISBN 0-563-20193-2.
  • Hedley, John. Jungle Fighter. Tom Donovan Publishing Ltd. ISBN 1-871085-34-9.
  • Latimer, Jon (2004). Burma: The Forgotten War. John Murray. ISBN 978- Check |isbn= value: length (bantuan). Text "0719565762" ignored (bantuan)
  • Smiley, David (1994). Irregular Regular. Michael Russell. ISBN 0 85955 202 0. Unknown parameter |city= ignored (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]