Escape
Escape | |
---|---|
Pengarah | Ikhwansha Hazer |
Penulis | Ikhwansha Hazer |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi |
|
Disunting oleh | Ikram Daud |
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 95 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 600,000 |
Escape ialah sebuah filem thriler serebral Malaysia 2023 arahan dan tulisan oleh Ikhwansha Hazer terbitan Dreamland Productions dan DMY Creation. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon ensembel terdiri daripada Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham, Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Filem ini telah ditunda dari tayangan pada 19 Mac 2020 berikutan pandemik COVID-19[1]dan bakal ditayangkan pada 5 Januari 2023.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Kamal Adli sebagai Adam / Kapten Khalif
- Riz Amin sebagai Inspektor Azizul
- Pablo Amirul sebagai Hitman Laskar Timur 1
- Kim Fukazawa sebagai Hitman Laskar Timur 2
- Jue Aziz sebagai Reen, Operator Polis
- Jalaluddin Hassan sebagai Mejar Dzulkarnain (suara)
- Zamarul Hisham sebagai Imam Muljain
- Elizabeth Tan sebagai Eva
- Amar Asyraf sebagai Hamzah
- Ayie Lee sebagai Lelaki Misteri/Mayat
- Amir Amezan sebagai Suara Lelaki Misteri
- Harez Azez sebagai Suara Pembaca Berita
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Escape ialah filem sulung arahan Ikhwansha Hazer. Beliau sebelum ini pernah menulis skrip filem Sejoli: Misi Cantas Cinta arahan Osman Ali.[2]
Kos penerbitan filem ini dianggarkan berjumlah kurang RM600,000.[3]
Keluaran
[sunting | sunting sumber]Escape pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 19 Mac, namun ditunda kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19 yang turut mengakibatkan penutupan pawagam di seluruh Malaysia. Tarikh tayangan baru untuk filem ini akan diumumkan kelak.[4] Menurut kenyataan pengarahnya, Ikhwansha:
"Setelah diteliti, dikaji dan mendengar pandangan dan nasihat daripada beberapa pihak, maka pihak produksi mengambil keputusan untuk menundakan tarikh tayangan filem Escape ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak menyokong dan membantu untuk mempromosikan filem Escape ini,".[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Norhayati Nordin (12 Mac 2020). "Tayangan Escape ditunda". Harian Metro. Dicapai pada 12 Julai 2020.
- ^ Tahir Alhamzah (20 Mac 2020). "#Showbiz: The great Escape". New Straits Times. Dicapai pada 12 Julai 2020.
- ^ Georgie Joseph (24 Januari 2020). "Bajet rendah filem 'mahal'". Harian Metro. Dicapai pada 12 Julai 2020.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (11 Mac 2020). "COVID-19: Filem Escape tangguh tayangan". Berita Harian. Dicapai pada 12 Julai 2020.
- ^ "Filem Escape ditunda sebab Covid-19". Malaysiakini. 11 Mac 2020. Dicapai pada 12 Julai 2020.