[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Elcor, Minnesota

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Elcor, Minnesota
Elcor sekitar tahun 1916
Elcor sekitar tahun 1916
Koordinat: 47°30′19″N 92°26′28″W / 47.50528°N 92.44111°W / 47.50528; -92.44111Koordinat: 47°30′19″N 92°26′28″W / 47.50528°N 92.44111°W / 47.50528; -92.44111
NegaraAmerika Syarikat
NegeriMinnesota
KauntiSt. Louis
Aras
1,542 ft (470 m)
Zon waktuUTC-6 (Central (CST))
 • Musim panas (DST)UTC-5 (CDT)
Kod kawasan218
GNIS feature ID661197

Elcor merupakan sebuah pekan hantu, atau lebih tepat sebuah pekan tinggal di Minnesota, Amerika Syarikat yang pernah dihuni sekitar tahun 1987 sehingga 1956. Ia dibina di Banjaran Bijih Timah Mesabi berdekatan bandar Gilbert dalam kaunti St Louis. Sebelum ditinggalkan, Elcor merupadakan komuniti yang tidak diperbadankan dan tidak pernah menjadi kejiranan Gilbert.[1] Tidak diletak dalam banci kebangsaan, penduduk Elcor lebih dianggap sebagai penduduk Gilbert.[2] Kawasan Elcor telah diserahkan kepada Gilbert apabila perluasan sempadan dilakukan selepas tahun 1969.[3]

Pada November 1890, tujuh orang Merritt bersaudara telah menemui bijih berhampiran Mountain Iron.[4] Lobong Elba telah dibuka pada tahun 1897, dan pekan tersebut telah diletak di bawah Don H. Bacon, presiden of Minnesota Iron Company. Lombong kedua berdekataan, Lombong Corsica, pula dibuka pada tahun 1901. Masyarakat setempat digelar "Elba" sempena nama lombong pertama dan kemudiaannya digelar "Elcor" iaitu gabungan bagi Elba dan Corsica. Lombong Elba dan Corsica kemudiannya diserahkan kepada Pickands Mather and Company setelah penubuhan United States Steel Corporation.[5][6][7] Kemasukan masyarakat pelbagai etnik dan negara telah menjadikan Elcor sebagai mikrokosme pendatang Amerika Syarikat, mencerminkan assimilasi budaya pada ketika itu.[8] Ketika zaman puncaknya sekitar tahun 1920, Elcor mempunyai dua buah gereja, sebuah pejabat pos, sebuah kedia, sebuah sekolah, sebuah stesen keretaapi dan mempunyai penguatkuasa undang-undangnya sendiri dengan populasi hampir 1,000 orang.[9]

Elcor merupakan kawasan perlombongan, yang dibangunkan oleh syarikat perlombongan untuk menempatkan pekerja-pekerjanya bagi tujuan perlombongan. [9] Penduduknya dibenarkan untuk memiliki rumah mereka sendiri, namun tanah dimana rumah mereka didirikan adalah milik syarikat perlombonga.[10][11] Selepas lombong Corsica ditutup pada tahun 1954, Pickands Mather and Company mengarahkan penduduk mengosongkan kediamana mereka bagi membolehkan tebus guna tanah lombong dilakukan dan pada tahun 1956, Elcor telah dikosongkan sepenuhnya.[1][12][13] Hartanah yang ditinggalkan sering bertukar tangan melalui pengambilalihan, penggabungan, dan kebankrapan.

  1. ^ a b "Elcor: A gentle, good neighborhood now more than 50 years gone". Mesabi Daily News (MN). 18 March 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2018. Dicapai pada 9 May 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ "Elcor-People and the Place". Gilbert Herald (MN). 14 April 1982. m/s. 1.
  3. ^ "USGS Historical Topographic Map Explorer". United States Geological Survey. Dicapai pada 11 March 2017.
  4. ^ Havinghurst 1958, m/s. 75–76.
  5. ^ "Iron Range History: Elcor (Elba-Corsica) Memories". Mesabi Daily News (MN). 14 October 1976. m/s. 13.
  6. ^ Van Brunt 1921, m/s. 469.
  7. ^ "State Minerals Leases". Minnesota Department of Natural Resources. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 May 2011. Dicapai pada 13 February 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Abramitzky, Ran (12 April 2017). "What history tells us about assimilation of immigrants". Stanford University. Stanford Institute for Economic Policy Research. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2017. Dicapai pada 23 October 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ a b Holten, Jon (5 July 1982). "Elcor, City of Memories, Comes Alive Once Again". Minneapolis Star and Tribune (MN). m/s. 3C, 7C.
  10. ^ Lamppa 1962, m/s. 106.
  11. ^ Phillipich et al. 1982, m/s. 4.
  12. ^ Breining, Greg (July–August 1992). "Mesabi Ghosts". The Minnesota Volunteer. Minnesota Department of Natural Resources: 44–53. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2015. Dicapai pada 19 May 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ Lamppa 1962, m/s. 107.

Bacaan tambahan

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]