[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Enver Pasha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ismail Enver
Pemerintah de facto Empayar Uthmaniyah
Dalam jawatan
4 Januari 1914 – 13 Oktober 1918
Berkhidmat with Talaat Pasha dan Djemal Pasha
Menteri Perang Empayar Uthmaniyah
Dalam jawatan
4 Januari 1914 – 13 Oktober 1918
Perdana MenteriSaid Halim Pasha
Didahului olehAhmet Izzet Pasha
Digantikan olehAhmet Izzet Pasha
Maklumat peribadi
Lahir
Ismail Enver

(1881-11-22)22 November 1881
Constantinople, Vilayet Constantinople, Empayar Uthmaniyah
Mati4 Ogos 1922(1922-08-04) (umur 40)
Republik Soviet Rakyat Bukhara (kini Tajikistan)
KewarganegaraanUthmaniyah
Parti politikJawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan
PasanganNaciye Sultan
AnakMahpeyker Hanımsultan
Türkan Hanımsultan
Sultanzade Ali Bey
Tempat belajarMaktab Tentera Uthmaniyah (1903)[1]
TandatanganTandatangan
Perkhidmatan tentera
Cabang/khidmatTentera Uthmaniyah
Tahun khidmat1903–1918
PangkatMirliva, panglima tertinggi de facto
Perang/Pertempuran

Ismail Enver Pasha (Bahasa Turki Uthmaniyah: اسماعیل انور پاشا; Turki: İsmail Enver Paşa; 22 November 1881 – 4 Ogos 1922) merupakan seorang pegawai tentera yang berkhidmat dalam Empayar Uthmaniyah. Beliau merupakan antara tokoh penting dalam Revolusi Turki Muda tahun 1908 serta turut mengetuai Tentera Uthmaniyah dalam kemaraan mereka di Eropah Timur serta menentang pihak Berikat sewaktu Perang Dunia Pertama.

Berikutan suatu rampasan kuasa yang berlaku pada bulan Januari 1913, Enver Pasha dilantik menjadi Menteri Perang Empayar Uthmaniyah. Beliau, Talaat Pasha dan Djemal Pasha membentuk suatu kerajaan langsung de facto dari tahun 1913 sehinggalah tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918. Dalam pemerintahan langsung ini jugalah mereka bertanggungjawab mengarahkan suatu pembunuhan beramai-ramai ke atas masyarakat kaum Armenia[2][3][4] yang mengorbankan sekitar 800,000 hingga 1,800,000[5][6][7][8] orang dari bangsa tersebut.

Awal hidup dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

İsmail Enver lahir di Istanbul pada 22 November 1881. Ayah Enver, Ahmed (s. 1860–1947), merupakan seorang penjaga jambatan berbangsa Gagauz di Monastir[9] manakala ibunya Ayşe berketurunan Albania.[10]

Kerjaya tentera

[sunting | sunting sumber]

Dalam pakatan Pasha

[sunting | sunting sumber]

Pengunduran ke Bukhara

[sunting | sunting sumber]

Enver memutuskan kembali ke Anatolia di Batum untuk menyertai pihak mereka, namun Mustafa Kemal Pasha menghalangnya dengan keras; Mustafa sangat mengutuk keras Ismail atas keterlibatannya dalam Perang Dunia Pertama[11][12] malah melihatnya sebagai seorang yang mampu membinasakan Republik Turki yang baru ditubuhkannya.[13] he

Ismail bertukar fikiran dan bertolak ke Moscow. Di sana, beliau berjaya memenangi hati pihak Soviet yang membawanya masuk menyertai mereka. Pada bulan November 1921, Ismail ditugaskan atas arahan Vladimir Lenin ke Bukhara di Republik Sosialis Soviet Berautonomi Turkestan untuk menghapuskan pemberontakan menentang pihak Bolshevik di sana. Namun, beliau berutus surat secara rahsia dengan beberapa ketua pemberontak, maka dia serta sebilangan pengikutnya, membelot menyertai pihak basmachi; beliau merncang mahu menyatukan semua kelompok basmachi agar dapat mengalahkan tentera Bolshevik sehingga dapat membentuk suatu kuasa Turkik yang sendiri.

Pada tanggal 4 Ogos 1922, Yakov Melkumov mengarahkan tentera berkuda Merahnya membuat suatu serangan kejutan di sebuah perkampungan bernama Ab-i-Derya berdekatan Dushanbe, di mana Ismail meraikan Hari Raya Haji bersama sekumpulan askar pimpinannya. Ismail serta 25 orangnya segera menaiki kuda mereka untuk menyerang balas, namun Ismail mati akibat tembakan mesingan bertubi-tubi.[14] Catatan dari adikung Ismail turut menjelaskan butiran kematiannya akibat peluru yang mengena atas jantungnya sewaktu menyerang tentera Soviet.[15] Mayat Ismail dikebumikan di sebuah kawasan berdekatan kampung tersebut.

Pada tahun 1996, mayatnya dibawa kembali ke Turki untuk dikuburkan di Tanah Perkuburan Abide-i Hürriyet di Şişli, Istanbul.

  1. ^ Komutanlığı, Harp Akademileri (1968), Harp Akademilerinin 120 Yılı (dalam bahasa Turki), İstanbul, m/s. 46
  2. ^ Henham, Ralph; Behrens, Paul, penyunting (2009). The Criminal Law of Genocide: International, Comparative and Contextual Aspects. Farnham: Ashgate. ISBN 978-1-40949591-8. The guilty main architects of the genocide Talaat Pasaha [...] and Enver Pasha...
  3. ^ Freedman, Jeri (2009). The Armenian Genocide (ed. pertama). New York: Rosen Pub. ISBN 978-1-40421825-3. Enver Pasha, Mehmet Talat, and Ahmed Djemal were the three men who headed the CUP. They ran the Ottoman administration during World War I and planned the Armenian genocide.
  4. ^ Jones, Adam (2006). Genocide: A Comprehensive Introduction (ed. Repr.). London: Routledge. ISBN 978-0-41535385-4. The new ruling triumvirate – Minister of Internal Affairs Talat Pasha; Minister of War Enver Pasha; and Minister of Navy Jemal Pasha – quickly established a de facto dictatorship. Under the rubric of the so-called Special Organization of the CUP, they directed, this trio would plan and oversee the Armenian genocide...
  5. ^ Göçek, Fatma Müge (2015). Denial of violence : Ottoman past, Turkish present and collective violence against the Armenians, 1789–2009. Oxford University Press. m/s. 1. ISBN 0-19-933420-X.
  6. ^ Auron, Yair (2000). The banality of indifference: Zionism & the Armenian genocide. Transaction. m/s. 44. ISBN 978-0-7658-0881-3.
  7. ^ Forsythe, David P. (11 Ogos 2009). Encyclopedia of human rights (Google Books). Oxford University Press. m/s. 98. ISBN 978-0-19-533402-9.
  8. ^ Chalk, Frank Robert; Jonassohn, Kurt (10 September 1990). The history and sociology of genocide: analyses and case studies. Institut montréalais des études sur le génocide. Yale University Press. m/s. 270–. ISBN 978-0-300-04446-1.
  9. ^ Kaylan, Muammer (2005), The Kemalists: Islamic Revival and the Fate of Secular Turkey, Prometheus Books, m/s. 75.
  10. ^ Mazower, Mark (2004), Salonica, City of Ghosts: Christians, Muslims and Jews 1430–1950, HarperCollins, m/s. 255.
  11. ^ Harris, George Sellers; Criss, Bilge (2009). Studies in Atatürk’s Turkey: The American Dimension. Brill. m/s. 85. ISBN 90-04-17434-6.
  12. ^ Rubin, Barry M; Kirişci, Kemal (1 January 2001). Turkey in World Politics: An Emerging Multiregional Power. Lynne Rienner Publishers. m/s. 168. ISBN 978-1-55587-954-9.
  13. ^ Zürcher, Erik Jan (1 January 1984). The Unionist Factor: The Rôle [sic] of the Committee of Union and Progress in the Turkish National Movement, 1905–1926. Brill. m/s. 59. ISBN 90-04-07262-4.
  14. ^ Kandemir, Feridun (1955), Enver Paşa'nın Son Gũnleri (dalam bahasa Turki), Gũven Yayınevi, m/s. 65–69.
  15. ^ Suphi Bey, Yaver (2007), Enver Paşa'nın Son Günleri (dalam bahasa Turki), Çatı Kitapları, m/s. 239, ISBN 978-975-8845-28-6.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]