Dugong
Dugong[1] | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Gray, 1821
|
Subkeluarga: | Dugonginae Simpson, 1932
|
Genus: | Dugong Lacépède, 1799
|
Spesies: | D. dugon
|
Nama binomial | |
Dugong dugon (Müller, 1776)
| |
Kawasan habitat dugong |
Dugong (Jawi: دوݢوڠ ) atau babi duyung (Dugong dugon)[3] merupakan sejenis haiwan laut yang merupakan salah satu daripada empat spesis Sirenia yang masih hidup selain manati. Ia merupakan satu-satunya haiwan yang mewakili keluarga Dugongidae. Ia juga merupakan satu-satunya sirenia yang boleh didapati di kawasan perairan sekurang-kurangnya 37 negara di rantau Indo-Pasifik,[4] walaupun kebanyakannya tinggal di perairan utara Australia.[5]
Dugong diburu selama beribu tahun kerana daging dan minyaknya.[6] Kawasan taburan semasa dugong semakin berkurangan, dan populasinya semakin menghampiri kepupusan.[4] IUCN menyenaraikan dugong sebagai spesis terancam, manakala CITES mengehadkan atau mengharamkan perdagangan barangan berasaskan populasi terlibat. Sungguhpun spesies ini dilindungi di kebanyakan negara dalam lingkungannya, punca utama penurunan populasinya termasuklah penerokaan kawasan baru, pemburuan, kehilangan habitat serta kematian yang disebabkan aktiviti menangkap ikan.[7] Dengan jangka hayat yang panjang sehingga 70 tahun atau lebih, serta kadar kelahiran yang rendah, dugong terdedah kepada ancaman tersebut.[4] Dugong juga terancam akibat ribut, parasit, serta haiwan pemangsa seperti jerung, paus pembunuh dan buaya.[7]
Penamaan
[sunting | sunting sumber]Perkataan "dugong" menyerap daripada istilah setempat dugon digunakan di Leyte, kepulauan Filipina[8][9][10] sepertimana yang dicatatkan dalam Histoire Naturelle (1765) ditulis Georges-Louis Leclerc, Comte de Buffon. Perkataan ini diturunkan dari akar Austronesia *duyuŋ.[11] Perkataan duyung dalam bahasa Melayu turut diturunkan dari akar ini[11] tetapi perkataan ini kini terkait kuat dengan makhluk manusia berekor ikan.[12]
Nama-nama lain diberikan kepada haiwan ini termasuklah perempuan laut dan puteri duyung.[13][14]
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Dugong mula diklasifikasikan oleh Müller pada tahun 1776 sebagai Trichechus dugon,[15] salah satu ahli genus manatee yang sebelum ini didefinisikan sebagai Linnaeus.[16] Ia kemudian ditetapkan sebagai jenis spesis Dugong oleh Lacépède[17] dan diklasifikasikan lebih lanjut di dalam keluarganya sendiri oleh Gray[18] dan subfamilinya oleh Simpson.[19]
Habitat
[sunting | sunting sumber]Dugong adalah satu-satunya mamalia laut herbivor yang hidup sepenuhnya di laut berbanding dengan kesemua spesis manati yang dapat biasakan diri dengan air tawar sekali-sekala.[4]
Ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Badan dugong besar berbentuk silinder yang meruncing pada dua-dua belah kaki dan kepala. Kulitnya licin dan tebal berwarna kuning susu pada waktu kelahiran sebelum menggelap kepada warna keperangan atau kekelabuan apabila semakin menua; perubahan warna ini juga boleh dipengaruhi adanya alga yang tumbuh secara semulajadi pada kulit.[20]
Bulu-bulu keliling badan dugong halus memudahkan deria sentuhan pada persekitaran[21] terutamanya bertumpu pada bibir atas mulut.[6][20] Muncungnya menghala ke bawah bagi membolehkannya meragut rumpai laut.
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Dugong sangat bergantung kepada rumpai laut sebagai sumber makanan, maka taburannya terhad kepada habitat pantai di mana ia dibesarkan, dengan tumpuan utama dugong lazimnya di kawasan yang luas, cetek serta terlindung seperti di kawasan teluk dan paya bakau.[4]
Hubungan dengan manusia
[sunting | sunting sumber]Tabiat dugong yang sering berapatan dengan anak-anak mereka difahamkan sebagai ilham munculnya kepercayaan mengenai wujudnya manusia separa ikan atau ikan duyung.[22][23] Sesetengah masyarakat yang menduduki dari barat pulau Timor ke utara Sulawesi percaya bahawa dugong muncul dari kelahiran semula perempuan yang meninggal.[13] Masyarakat Cina pulau Hainan percaya bahawa penangkapan dugong boleh mendatangkan bala.[13]
Air mata dititiskan dari haiwan ini dipercayai mampu menaikkan syahwat sehingga dijadikan minyak pengasih.[24][13]
Terdapat catatan mengenai kepercayaan sesetengah masyarakat Melayu dahulu yang menganggap bahawa dugong kononnya muncul dari sisa daging babi yang dimakan secara tidak sengaja oleh nabi Muhammad dan diludah keluar sebaik disedari baginda.[25]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Templat:MSW3 Sirenia
- ^ Marsh, H. (2008). Dugong dugon. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 29 December 2008.
- ^ ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997[pautan mati kekal]
- ^ a b c d e Marsh et al. 2002. Dugong : status reports and action plans for countries and territories Diarkibkan 2007-05-08 di Wayback Machine. IUCN.
- ^ Lawler et al. 2002. Dugongs in the Great Barrier Reef : Current State of Knowledge Diarkibkan 2014-02-21 di Wayback Machine. CRC for The Great Barrier Reef World Heritage Area.
- ^ a b Marsh, Helene. Fauna of Australia: Volume 1B Mammalia: Chapter 57 Dugongidae. CSIRO. ISBN 978-0-644-06056-1.
- ^ a b Reeves et al. 2002. National Audubon Society Guide to Marine Mammals of the World. Knopf. ISBN 0-375-41141-0. pp. 478-481
- ^ Leclerc, Georges-Louis (1765). Histoire Naturelle, Générale et Particuliére, avec la Description du Cabinet du Roi. L'Imprimerie Royal. m/s. 374.
Dugon, Dugung, nom de cet anìmal à l'île de Lethy ou Leyte, l'une des Philippines,& que nous avons adopté.
- ^ Weekley, Ernest (2013). An Etymological Dictionary of Modern English. Courier Corporation. m/s. 484. ISBN 9780486122878.
- ^ Burnell, A.C.; Yule, Henry, penyunting (1995). Hobson-Jobson: Glossary of Colloquial Anglo-Indian Words And Phrases. Routledge. m/s. 330. ISBN 9781136603310.
- ^ a b Blust, Robert; Trussel, Stephen. "*duyuŋ₂ - dugong". Austronesian Comparative Dictionary, web edition. Dicapai pada 7 Ogos 2021.
- ^ "duyung". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
III: wanita yg kononnya berbadan separuh manusia dan separuh ikan (bahagian ekor) dan tinggal di laut...
CS1 maint: date and year (link) - ^ a b c d Marsh, Helen; Penrose, Helen; Eros, Carole; Hugues, Joanna. Dugong: Status Reports and Action Plans for Countries and Territories (PDF). UNEP/DEWA/RS.02-1. UNEP. ISBN 92-807-2130-5.
- ^ Medrano, Anthony. "Crying Dugongs and Ocean Encounters in Southeast Asia". Edge Effects. Dicapai pada 22 May 2021.
- ^ Dugong dugon. The Paleobiology Database. Retrieved on 22 July 2007.
- ^ Trichechus. The Paleobiology Database. Retrieved on 22 July 2007.
- ^ Dugong. The Paleobiology Database. Retrieved on 22 July 2007.
- ^ Dugongidae. The Paleobiology Database. Retrieved on 22 July 2007.
- ^ Dugonginae. The Paleobiology Database. Retrieved on 22 July 2007.
- ^ a b Fox, David L. (1999). "Dugong dugon: Information". Animal Diversity Web. University of Michigan Museum of Zoology. Dicapai pada 29 April 2007.
- ^ Reep, R.L.; Marshall, C.D.; Stoll, M.L. (2002). "Tactile Hairs on the Postcranial Body in Florida Manatees: A Mammalian Lateral Line?" (PDF). Brain, Behavior and Evolution. 59 (3): 141–154. doi:10.1159/000064161. PMID 12119533. S2CID 17392274. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 January 2012.
- ^ "Dugong". National Geographic. Dicapai pada 26 March 2011.
- ^ Jøn, A. Asbjørn (1998). "Dugongs and Mermaids, Selkies and Seals". Australian Folklore: A Yearly Journal of Folklore Studies. University of New England (13): 94–98. Dicapai pada 30 October 2015.
- ^ Rajamani, Leela; Cabanban, Annabel S.; Rahman, Ridzwan Abdul (August 2006). "Indigenous Use and Trade of Dugong (Dugong dugon) in Sabah, Malaysia". AMBIO: A Journal of the Human Environment. 35 (5): 266–268. doi:10.1579/05-s-093.1.
- ^ Skeat, Walter William (1900). "Chapter 5: Magic Rites connected with the Several Departments of Nature". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 308 – melalui Project Gutenberg.
Similarly, the Dugong (Malay duyong) is asserted by some Malays to have sprung from the remains of a pig, which Muhammad himself dined off before he pronounced pork to be the accursed thing. Being cast by the Prophet into the sea, it revived and took the shape of the dugong...
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Dugong. |
- Pak Atan Rindu Si Tenang[pautan mati kekal] - kisah mengenai Pak Atan yang mengenang semula Si Tenang, seekor dugong yang pernah menggemparkan Malaysia pada tahun 1999.