[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Dividen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dividen adalah pengagihan sebahagian keuntungan syarikat (sendirian berhad) kepada pemegang saham berdasarkan peratusan pogba saham yang dimiliki. Pembahagian ini akan mengurangkan aset dan modal syarikat, tetapi pembahagian keuntungan kepada para pemilik memang adalah tujuan utama sesuatu perniagaan.

Apabila sesebuah syarikat mencatat keuntungan, sebahagian daripadanya akan dilabur semula dan dipanggil perolehan tertahan, manakala sebahagian yang lain akan diagihkan sebagai dividen. Kekerapan dividen ini berbeza mengikut negara, ada yang diumumkan empat kali setahun, ada juga yang cuma sekali setahun.

Jika sesuatu syarikat mengalami kerugian pada tahun berkenaan, ia boleh memilih membayar sedikit dividen daripada perolehan tertahan, atau tidak membayar sebarang dividen langsung. Jika syarikat tersebut mendapat keuntungan sekali-sahaja, contohnya dari penjualan aset, ia mungkin memberi pemegang saham suatu dividen khas.

Cara pengagihan

[sunting | sunting sumber]

Dividen dapat diagih dengan tiga cara:

  1. Dividen tunai; cara paling umum untuk pembahagian keuntungan. Dibayar dalam bentuk tunai dan dikenakan cukai pada tahun pengeluarannya.
  2. Dividen saham; cukup umum dilakukan dan dibayarkan dalam bentuk saham tambahan, biasanya dihitung berdasarkan perkadaran terhadap jumlah saham yang dimiliki. Contohnya, setiap 100 saham yang dimiliki, diberikan 5 saham tambahan.
  3. Dividen harta; dibayar dalam bentuk aset, sama ada keluaran atau perkhidmatan. Pembahagian dividen dengan cara ini jarang dilakukan.