Dany Nounkeu
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Dany Achille Nounkeu Tchounkeu | ||
Tarikh lahir | 11 April 1986 | ||
Tempat lahir | Yaoundé, Cameroon | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Granada (pinjaman dari Galatasaray) | ||
Nombor | 12 | ||
Kerjaya remaja | |||
2000–2005 | Collège Vogt Atletic | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2005–2006 | Metz B | 13 | (0) |
2006–2008 | CSO Amnéville | 16 | (3) |
2008–2009 | Pau FC | 24 | (0) |
2009–2010 | Toulouse | 18 | (0) |
2010–2012 | Gaziantepspor | 46 | (0) |
2012– | Galatasaray | 30 | (0) |
2014 | → Beşiktaş (pinjaman) | 9 | (0) |
2014– | → Granada (pinjaman) | 0 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2003 | Cameroon B17 | 2 | (0) |
2010– | Cameroon | 18 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 September 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 Ogos 2014 |
Dany Achille Nounkeu Tchounkeu (lahir 11 April 1986) merupakan pemain bola sepak Cameroon yang kini bermain untuk kelab Granada CF secara pinjaman dari kelab Galatasaray dan untuk pasukan kebangsaan Cameroon. Beliau bermain di posisi pertahanan.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Kerjaya awal
[sunting | sunting sumber]Nounkeu memulakan kerjaya bola sepaknya di Collège Vogt Atletic di Yaoundé dan sertai FC Metz pada Julai 2005. Selepas itu, beliau berpindah ke CSO Amnéville yang beraksi di divisyen yang sama.
Pada Julai 2008, Nounkeu berpindah ke Pau FC dan bermain sebanyak 28 perlawanan dalam kempen 2008–09.
Toulouse
[sunting | sunting sumber]Pada 5 Jun 2009, Nounkeu menandatangani kontrak empat tahun bersama Toulouse FC. Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan barunya pada 12 September menentang AS Nancy Lorraine, seri 0-0.[1]
Nounkeu bermain 17 perlawanan liga dalam musim pertamanya untuk Toulouse dan kelabnya menduduki tempat ke-14 liga.
Gaziantepspor
[sunting | sunting sumber]Pada 1 September 2010, Nounkeu menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Turki, Gaziantepspor dengan bayaran yang tidak didedahkan. Beliau membuat debut untuk kelabnya pada 30 Oktober menentang Karabükspor, seri 0-0.
Nounkeu bermain 28 perlawanan liga dan pasukannya menduduki tempat ke-10 liga.
Galatasaray
[sunting | sunting sumber]Pada 8 Jun 2012, Nounkeu berpindah ke Galatasaray S.K. dan menandatangani kontrak empat tahun bersama bayaran €3.3 juta.[2][3] Beliau membuat debut pada 22 September, pasukannya menang 3–1 ke atas Beşiktaş J.K..
Pada 2 Februari 2014, selepas sahaja musim bunga dan pada kempen 2013-14, Nounkeu dipinjam ke Beşiktaş sehingga bulan Jun.[4] Beliau bermain sebanyak sembila perlawanan untuk kelab sebelum kembali ke Galatasaray apabila kontrak pinjamannya telah tamat.
Pada 30 Ogos 2014, Nounkeu sertai Granada CF selama satu musim.[5]
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Nounkeu menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Cameroon pada November 2004 di bawah pengurus Winfried Schäfer.[6]
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]- Galatasaray
- Süper Lig (1): 2012–13
- Süper Kupa (2): 2012, 2013
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ AS Nancy Lorraine – Toulouse FC; Ligue 1, 12 September 2009
- ^ Dany Nounkeu Join Galatasaray; Galatasaray's official website, 8 June 2012
- ^ Nounkeu and Umut sign up for Galatasaray; UEFA.com, 3 July 2012
- ^ Dany Nounkeu Leave Galatasaray; Galatasaray's official website, 2 February 2014
- ^ Dany Nounkeu on Loan to Granada Club De Futbol; Galatasaray's official website, 30 August 2014
- ^ "Dany Nounkeu s'engage avec le FC Toulouse". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-21. Dicapai pada 2014-12-28.