[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

DJ

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
DJ


DJ (atau deejay, singkatan untuk disc (disk) jockey) ialah orang yang memilih dan memainkan muzik rakaman untuk dikumandangkan kepada pendengar. Asalnya, disk memaksudkan piring hitam manakala disc pula memaksudkan Compact Disc (cakera padat); kini, istilah DJ merangkumi semua jenis rakaman muzik tanpa mengira bahantaranya.

DJ ini ada beberapa jenis. DJ radio memperkenalkan dan memainkan muzik yang disiarkan dalam stesen radio AM, FM, gelombang pendek, digital, mahupub internet. DJ kelab pula memilih dan memutarkan lagu dalam bar, kelab malam, disko, ataupun stadium. DJ hip hop pula memilih dan memainkan lagu dengan menggunakan kelengkapan berbilang piring putar (turntable), biasanya untuk menyokong MC, serta juga mengerik-ngerik piring hitam untuk membuat bunyi kegenderangan. Dalam muzik reggae, DJ dalam konteks ini ialah vokalis yang membuat rap, toast, atau berborak-borak apabila muzik bermain manakala yang memilih dan memainkan muzik dipanggil selector (pemilih).[1] DJ mobil pula ke sana-sani dengan sistem bunyi mudah alih sambil memainkan muzik rakaman di pelbagai acara.

Kelengkapan dan teknik

[sunting | sunting sumber]

Kelengkapan DJ biasanya terdiri daripada:

  • Rakaman bunyi dalam bahantara pilihan DJ (cth., rekod vinil, cakera padat, fail media komputer, dsb.);
  • Gabungan dua peranti (atau satu sahaja untuk rakaman digital) untuk memainkan rakaman bunyi, untuk bersilih ganti ulang-alik untuk menghasilkan main balik (playback) muzik yang berterusan (cth., peti nyanyi, pemain cakera padat, pemain media komputer seperti pemain MP3 dsb.);
  • Penjujuk berbilang (multiple Sequencer) yang boleh mengadun runut-runut MIDI dengan Audio Digital;
  • Sistem bunyi untuk menguatkan atau menyiarkan rakaman (cth., sistem audio mudah alih, sistem siar raya) atau sistem penyiaran radio;
  • Pengadun (mixer) DJ, yang merupakan pengadun audio elektronok (biasanya 2 atau 4 saluran) yang lazimnya dilengkapi pemendam silang (crossfader) yang digunakan untuk bertukar lagu dengan lancar dengan menggunakan dua atau lebih peranti main balik;
  • Fon kepala yang digunakan untuk mendengar satu rakaman manakala rakaman lain dimainkan kepada pendengar; dan
  • Sebagai pilihan, mikrofon supaya DJ boleh memperkenalkan lagu serta berucap kepada pendengar.

Selain kelengkapan asas yang dinyatakan tadi, kelengkapan DJ juga diperkaya dengan peranti-peranti yang memainkan manipulasi bunyi yang unik, seperti:

  • Unit kesan elektronik (lengah (delay), penggemaan (reverb), oktaf (octave), penyama (equalizer), korus (chorus), dsb.). Sesetengah DJ kelab menggunakan kesan pensintesis sub-harmonik yang menggandakan frekuensi rendah dengan tenaga yang ditambah seoktaf lebih rendah, atau mensintesiskan harmonik supaya kesan bunyi bes yang amat rendah diisikan dalam adunan.
  • Sistem prestasi berkomputer yang boleh digunakan dengan perisian pelagak vinil (vinyl emulation software) untuk memanipulasi fail-fail digital dalam komputer dalam masa nyata.
  • Perkakas pengawal digital DJ khas boleh memanipulasi fail-fail diigtal dalam PC atau laptop;
  • Sampler, penjujuk, papan nada elektronik (pensintesis/synthesizer), atau mesin dram.

DJ menggunakan sebilangan teknik sebagai cara memperbaiki adunan muzik rakaman. Teknik-teknik ini terutamanya termasuk mengkui, menyamakan, dan mengadun audio dari pelbagai sumber bunyi. Kerumitan dan kekerapan teknik-teknik ini banyak bergantung pada latar tempat kerja DJ. DJ radio tidak banyak memberi tumpuan kepada prosedur pengadunan muzik berbanding DJ kelab yang amat memerlukan peralihan lancar antara lagu dengan menggunakan pelbagai teknik.


  1. ^ Last Night a DJ Saved My Life, written by Bill Brewster and Frank Broughton, Published by Headline, updated 2006


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]