[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

George V dari United Kingdom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada George V)
George V
Raja United Kingdom, Maharaja India
Pemerintahan6 Mei 191020 Januari 1936
Pertabalan22 Jun 1911
Didahului olehEdward VII
Diikuti olehEdward VIII
Kemahkotaan12 Disember 1911
Pemakaman28 Januari 1936
Gereja St. George, Istana Windsor
PasanganMary dari Teck
AnakandaEdward VIII
George VI
Mary, Princess Royal, Countess of Harewood
Putera Henry, Duke Gloucester
Putera George, Duke Kent
Putera John
Nama penuh
George Frederick Ernest Albert
KerabatKerabat Windsor
Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha
AyahandaEdward VII
BondaAlexandra dari Denmark
AgamaAnglican
TandatanganTandatangan George V

George V atau nama penuhnya George Frederick Ernest Albert (lahir 3 Jun 186520 Januari 1936) merupakan Raja United Kingdom dari tahun 1910 hingga 1936 dan merupakan putera lelaki kedua kepada Edward VII.

Baginda telah berkhidmat dalam tentera laut sehingga kematian kakandanya, Putera Albert Victor pada tahun 1892 yang merupakan calon mewarisi ayahandanya sebagai raja Britain. Baginda telah berkahwin dengan Puteri Mary pada tahun 1893. Pada 6 Mei 1910, baginda telah menggantikan ayahandanya sebagai Raja United Kingdom yang baru setelah kemangkatan ayahandanya.

Baginda mengalami masalah politik ketika awal pemerintahannya. Perjuangan perlembagaan untuk mengekang kuasa Dewan Pertuanan tidak dapat diselesaikan. Selepas kejayaan Parti Liberal dalam pilihan raya bulan Disember 1910, Dewan Pertuanan akhirnya tewas dan meluluskan Akta Parlimen pada tahun 1911.

Sebagai hasil daripada Perang Dunia Pertama (1914-1918), kebanyakan empayar Eropah yang lain jatuh manakala Empayar British masih mahu memperluaskan tanah jajahannya. Pada tahun 1917, George menjadi raja pertama Kerabat Windsor yang dinamakan semula daripada Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha akibat sentimen anti-Jerman orang ramai berikutan Perang Dunia tersebut. Pemerintahannya memperlihatkan kebangkitan sosialisme, komunisme, fasisme, sistem republik Ireland dan pergerakan kemerdekaan India untuk mengubah landskap politik. Akta Parlimen 1911 mewujudkan keluhuran yang ada pada Dewan Rakyat British ke atas Dewan Pertuanan yang tidak dipilih. Pada tahun 1924, baginda memimpin kementerian Parti Buruh yang pertama dan pada tahun 1931, Undang-Undang Westminster mengiktiraf dominion Empayar British yang berasingan dan negara bebas di dalam Negara-Negara Komanwel. Baginda telah digantikan oleh anak sulungnya, Edward VIII selepas kemangkatan baginda pada tahun 1936.

Keputeraan

[sunting | sunting sumber]

George lahir pada 3 Juni 1865, di Marlborough House, London. Baginda adalah anak kedua dari Albert Edward, Putera Wales, dan Alexandra, Putri Wales. Ayahnya adalah putera sulung Ratu Victoria dan Putera Albert, dan ibundanya merupakan puteri dari Raja Christian IX dan Ratu Louise dari Denmark. Baginda dibaptiskan di Istana Windsor pada 7 Julai 1865 oleh Uskup Agung Canterbury, Charles Longley.[N 1]

Sebagai putera turunan Albert, terdapat harapan yang kecil untuknya menjadi raja kerana baginda berada dalam urutan ketiga dalam garis pewarisan takhta, setelah ayahandanya dan kakakandanya, Putera Albert Victor. Usia George hanya terpaut 17 bulan dari kakakandanya tersebut, sehingga dua putera ini menjalani pendidikan bersama. John Neale Dalton ditunjuk menjadi tutor mereka pada tahun 1871. Baik Albert Victor dan George tidak ada yang unggul secara intelektual.[1] Lalu ayahanda mereka datang dengan gagasan bahawa angkatan laut adalah "tempat berlatih terbaik bagi setiap anak lelaki",[2] sehingga pada September 1877, saat George berusia 12 tahun, kedua putera ini bergabung dengan kapal pelatihan kadet AL HMS Britannia di Dartmouth, Devon.[3]

Dalam tiga tahun mulai 1879, kedua putera ini berdinas di HMS Bacchante, dan ditemani oleh Dalton. Mereka menjelajahi koloni di kawasan Karibia, Afrika Selatan dan Australia Empayar, dan mengunjungi Norfolk, Virginia, terus ke Amerika Selatan, Mediterania, Mesir, dan Asia Timur. Pada tahun 1881 mereka mengunjungi Jepang. George mendapat tattoo naga biru dan merah di tangannya yang digambar oleh artis setempat,[4] dan mereka diterima oeh Kaisar Meiji; George dan kakaknya mempersembahkan dua walabi (hewan endemik Australia) kepada Permaisuri Shōken.[5] Dalton menulis jurnal perjalanan yang berjudul Penjelajahan HMS Bacchante.[6] Di antara Melbourne dan Sydney, Dalton menulis tentang penampakan dari Flying Dutchman, sebuah mitos kapal hantu.[7] Saat mereka kembali ke British, Ratu mengeluhkan dua bersaudara ini yang tidak mampu berbicara Prancis dan Jerman, sehingga mereka menghabiskan 6 bulan di Lausanne untuk belajar bahasa asing namun tidak berhasil.[8] Setelah Lausanne, dua bersaudara ini dipisah; Albert Victor berkuliah di Trinity College, Cambridge, sedangkan George melanjutkan kiprah di Tentera Laut Diraja. Baginda menjelajahi dunia, mengunjungi banyak jajahan British. Dalam karier AL nya, baginda pernah mengomandoi Torpedo Boat 79 di perairan British dan HMS Thrush di kawasan Amerika Utara, sebelum baginda berdinas sebagai komandan di HMS Melampus pada 1891–1892. Dari saat itu kenaikan pangkat AL hanya merupakan kenaikan pangkat kehormatan.[9]

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Kegeringan dan kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Perang Dunia Pertama melemahkan kesihatan George: baginda cedera cukup serius pada 28 Oktober 1915 kerana terlempar dari kudanya saat baginda melakukan inspeksi pasukan di Prancis, dan kebiasaan merokoknya menimbulkan masalah pernafasan. Baginda menderita bronkitis kronis. Pada tahun 1925, berdasarkan instruksi doktornya, baginda secara enggan menuruti untuk melakukan liburan peribadi ke Mediterania; dan itu menjadi perjalanan luar negeri ketiga yang baginda lakukan setelah perang dan menjadi perjalanan luar negerinya yang terakhir.[10] Pada November 1928, baginda jatuh sakit kerana menderita sepsis, dan untuk dua tahun berikutnya, baginda diwakili oleh putranya Edward untuk menjalankan tugas-tugasnya sebagai raja.[11] Pada tahun 1929, saran untuk beristirahat di luar negeri ditolak oleh raja.[12] Sebagai gantinya, baginda beristirahat selama tiga bulan di Craigweil House, Aldwick, berupa resort yang terletak di tepi laut Bognor, Sussex.[13] Kerana ditinggali oleh George, kota tersebut mendapat nama akhiran "Regis", yang berasal dari Bahasa Latin yang bererti "milik raja" (of the King). Sebuah desas-desus berkembang di mana kata terakhir raja saat baginda diberi tahu bahawa baginda akan cukup sihat untuk mengunjungi kota tersebut adalah "Bugger Bognor!" ("Bedebah Bognor!")[14][15][16]

George tidak pernah secara penuh pulih. Di tahun terakhirnya, baginda terpaksa bernafas dibantu dengan oksigen.[17] Kemangkatan adinda paling disayanginya Victoria pada Disember 1935 menyebabkan baginda memurung sangat mendalam . Pada malam tanggal 15 Januari 1936, Bagindabpergi menuju tempat tidurnya di Sandringham House dan mengeluh kedinginan; baginda tetap berada di kamar tersebut hingga nafas terakhir.[18] Baginda menjadi semakin lemah dan kesadarannya timbul tenggelam. Perdana Menteri Stanley Baldwin ada menyatakan keadaan baginda seperti yang diperhatikan beliau:

Setiap kali baginda sadar, maka baginda seperti hendak mengenali seseorang yang ada di depannya dan lalu mengucapkan beberapa ucapan terima kasih. Kemudian baginda bertanya pada sekretarisnya: "Bagaimana Empayar [beta]?" Sebuah pertanyaan yang tidak biasa dan setiausaha baginda menjawab: "Semua dengan Empayar baik-baik sahaja, tuanku", dan Raja memberinya senyuman lalu tenggelam lagi dalam ketidaksedaran.[19]

Pada 20 Januari, baginda sudah dekat dengan kematian. Pasukan doktor yang diketuai Lord Dawson dari Penn mengeluarkan buletin dengan kata-kata yang cukup terkenal: "Hayat baginda bergerak damainya menuju akhirnya" (The King's life is moving peacefully towards its close.)[20][21] Buku harian Dawson yang digali dari makamnya dan dipublikasikan pada tahun 1986, mengungkapkan bahawa kata-kata terakhir raja adalah gumaman "Terkutuklah kau!" (Goddamn you!)[22] ditujukan kepada perawatnya, Catherine Black, beliau memberinya ubat penenang malam itu. Dawson, yang mendukung "suntik mati secara beransur-ansur",[23] mengakui di dalam buku hariannya bahawa beliau mempercepatkan kemangkatan George dengan suntikan yang terdiri dari ​34 gram morfina diikuti dengan 1 gram kokaina setelahnya, setlah jam 11 malam.[22][24] Dawson menulis bahawa beliau melakukan hal tersebut untuk melindungi martabat Raja, mencegah ketegangan sesama kerabat serta agar kematiannya tepat pada pukul 11:55 malam lalu dapat mudah diumumkan pada edisi pagi surat khabar The Times yang lebih diberi tumpuan dibandingkan dengan surat khabar edisi petang.[22][24] Baik Ratu Mary, yang sangat kuat beragama dan sangat mungkin menentang usul ini dan Putera Wales tidak diberitahu mengenai hal ini. Keluarga kerajaan bersikap bahawa mereka tidak ingin Raja mengalami penderitaan yang panjang dengan memberinya alat-alat penunjang kehidupan, namun mereka juga tidak menyetujui apa yang dilakukan Dawson.[25] British Pathé mengumumkan belasungkawa diraja keesokan harinya di mana baginda digambarkan sebagai "lebih dari raja, baginda adalah ayahanda dari kerbaat masyhur".[26]

  1. ^ Clay, p. 39; Sinclair, pp. 46–47
  2. ^ Sinclair, pp. 49–50
  3. ^ Clay, p. 71; Rose, p. 7
  4. ^ Rose, p. 13
  5. ^ Keene, Donald Emperor of Japan: Meiji and His World, 1852–1912 (Columbia University Press, 2002) pp. 350–351
  6. ^ Rose, p. 14; Sinclair, p. 55
  7. ^ Rose, p. 11
  8. ^ Clay, p. 92; Rose, pp. 15–16
  9. ^ Sinclair, p. 69
  10. ^ Rose, pp. 301, 344
  11. ^ Ziegler, pp. 192–196
  12. ^ Arthur Bigge, 1st Baron Stamfordham, to Alexander Cambridge, 1st Earl of Athlone, 9 July 1929, quoted in Nicolson p. 433 and Rose, p. 359
  13. ^ Pope-Hennessy, p. 546; Rose, pp. 359–360
  14. ^ Roberts, Andrew (2000), Antonia Fraser (penyunting), The House of Windsor, London: Cassell and Co, m/s. 36, ISBN 978-0-304-35406-1
  15. ^ Ashley, Mike (1998), The Mammoth Book of British Kings and Queens, London: Robinson Publishing, m/s. 699
  16. ^ Rose, pp. 360–361
  17. ^ Bradford, Sarah (1989), King George VI, London: Weidenfeld and Nicolson, m/s. 149, ISBN 978-0-297-79667-1
  18. ^ Pope-Hennessy, p. 558
  19. ^ The Times (London), 22 January 1936, p. 7, col. A
  20. ^ The Times (London), 21 January 1936, p. 12, col. A
  21. ^ Rose, p. 402
  22. ^ a b c Watson, Francis (1986), "The Death of George V", History Today, 36: 21–30, PMID 11645856
  23. ^ Lelyveld, Joseph (28 November 1986), "1936 Secret is Out: Doctor Sped George V's Death", The New York Times, dicapai pada 18 September 2016
  24. ^ a b Ramsay, J. H. R. (28 May 1994), "A king, a doctor, and a convenient death", British Medical Journal, 308 (6941): 1445, doi:10.1136/bmj.308.6941.1445, PMC 2540387, PMID 11644545 (Subscription required)
  25. ^ "Doctor Murdered Britain's George V", Observer-Reporter, Washington (PA), 28 November 1986, dicapai pada 18 September 2016
  26. ^ "The Death of His Majesty King George V 1936", British Pathé, dicapai pada 18 September 2016


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "N", tetapi tiada tag <references group="N"/> yang berpadanan disertakan