[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Garis (geometri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Garisan)
Contoh satu ruas garisan
Tiga garisan merah dan biru memiliki kecerunan yang sama, sementara garisan merah dan hijau memiliki persilangan y yang sama.

Dalam geometri Euclid, sebuah garisan adalah sebuah lengkungan lurus. Ketika geometri digunakan untuk memodel dunia nyata, garisan digunakan untuk menggambarkan objek lurus dengan lebar dan tinggi yang berbeza. Garisan adalah idealisasi daripada objek seperti itu dan tidak mempunyai lebar atau tinggi dan panjangnya dianggap ketakterhinggaan

Dalam geometri, sebuah garisan biasanya merupakan satu anggapan primitif daripada sistem aksioma. Garisan terdiri daripada himpunan titik dan merupakan subhimpunan daripada bidang. Dalam geometri diferensial, konsep garisan diumumkan menjadi geodesi. Dalam geometri sintetis, sebuah garisan adalah satu anggapan lama dalam sistem Euclid, Karl von Staudt, dan David Hilbert. Sebuah garisan adalah sebutan termaksud dalam sistem Giuseppe Peano, Mario Pieri dan Alessandro Padoa.

Sebuah ruas garisan adalah sebahagian daripada garisan yang dikelilingi oleh dua hujung berbeza dan terdiri daripada setiap titik di garisan antara kedua hujungnya. Tergantung cara ruas garisan ini dideginisikan, satu daripa dua hujung tersebut boleh terjadi atau bukan sebahagian daripada ruas garisan. Dua ruas garisan atau lebih dapat memiliki hubungan yang sama seperti garis, seperti selari , perpotongan, atau kecerunan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


  • Faber, Richard L. (1983). Foundations of Euclidean and Non-Euclidean Geometry. New York, United States: Marcel Dekker. ISBN 0-8247-1748-1.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]