[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Bakawali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bakawali
frames
Pengelasan saintifik


Pokok Bakawali merupakan pokok tanaman hiasan, nama botaninya adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae.[1] Pokok bunga bakawali berasal dari amerika selatan-mexico.

Ianya mempunyai pelbagai khasiat terutama bagi penjagaan mata.

Bunga bakawali hanya mekar dalam satu malam sahaja, kecuali yang jenis hibird yang boleh bertahan selama 2-3 hari.[2] Pada umumnya tanaman jenis kaktus agak sulit ditentukan morfologinya, berbeda halnya dengan wijayakusuma.[2] Tanaman ini mudah dikenalpasti setelah berusia tua di mana dapat dilihat daun, batang, dan bahagian-bahagian yang lain.[2]

Batangnya terbentuk dari helaian daun yang mengeras dan mengecil yang mana bentuk batang induknya adalah silinder.[2][3] Tinggi batang dapat mencapai 2-3 meter, sedang daunnya berkisar 13–15 cm.[3] Helaian daunnya sendiri berbentuk pipih serta berwarna hijau dengan permukaan daun halus tanpa duri tidak seperti kaktus-kaktus yang lain.[2] Kemudian setiap tepian daunnya terdapat lekukan-lekukan yang biasanya ditumbuhi tunas daun mahupun bunga.[2]

Adapun diameter bunganya adalah 10 cm, berwarna putih dan hanya mekar di malam hari. Bakawali dikatakan sebagai pokok yang mempunyai 'penjaga' terutamanya semasa ianya sedang kembang. (Pokok bakawali kembang bermula pukul 7 petang dan kembang penuh pada pukul 12 malam sebelum layu sebelum subuh. Satu bunga pokok bakawali hanya akan berkembang sekali sahaja)[3] Bentuk buahnya bulat yang mempunyai warna merah dan mempunyai biji yang berwarna hitam.[3] Pembiakkan biasanya dilakukan dengan penyetekkan ataupun biji.[3]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Masyarakat suku Jawa Yogyakarta dan Surakarta, khususnya di istana keraton percaya bahawa seorang raja yang akan naik takhta haruslah memiliki bunga bakawali atau wijayakusuma (maksudnya "bunga berjaya" dalam bahasa Jawa)[4] sebagai syarat.[5] Bunga ini juga dipercayai sebagai pusaka keraton diduduki Dwarawati yakni jelmaan atau titisan Wisnu sang pelestari alam iaitu Batara Kresna.[5] Peranan bunga bakawali yang cukup signifikan dalam kebudayaan Jawa menginspirasi banyak kesenian rupa, khususnya berkaitan dengan ornamen atau ragam hias. Ragam hias berbentuk kuncup bunga bakawali sering kali dipakai untuk menghiasi pagar-pagar bangunan di pulau Jawa, seperti pejabat pemerintahan, keraton, sekolah dan sebagainya. Selain itu, terdapat batik bermotif bunga bakawali yang diangkat sebagai batik khas dari Cilacap.[6]

Kementerian Sumber Manusia menjenamakan semula kementerian itu dengan akroim Kesuma yang juga merupakan nama lain bagi Epiphyllum anguliger. [7]

  1. ^ Penyembuhan Semula Jadi Dengan Herba, By Noraida Arifin
  2. ^ a b c d e f Thomas (1989). Tanaman Obat Tradisional. 23. Yogyakarta: Penerbit Kanisius. m/s. 20–21. Unknown parameter |= ignored (bantuan)
  3. ^ a b c d e Dalimartha, Setiawan (2007). Atlas Tumbuhan Obat Indonesia. IV. Jakarta: Puspa Swara. m/s. 182.
  4. ^ Zoetmulder, P.J.; Robson, S.O. (2011). "wijayakusuma". Kamus Jawa Kuno Indonesia. m/s. 1433.
  5. ^ a b Ki Juru Bangunjiwa (2009). Belajar Spiritual bersama The Thinking General. Yogyakarta: Jogja Bangkit Publisher. m/s. 95-96. ISBN 978-602-8174-21-3.
  6. ^ "Motif Wijaya Kusuma Jadi Icon Batik Khas Cilacap". Informasi Batik Indonesia. 13 Februari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2018. Dicapai pada 14 Oktober 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2024/03/1219117/ksm-dijenamakan-semula-guna-akronim-kesuma-mulai-esok. Missing or empty |title= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]