Bahasa Isyarat Nicaragua
Bahasa Isyarat Nicaragua | |
---|---|
Idioma de Señas de Nicaragua, ISN | |
Asli kepada | Nicaragua |
Kawasan | The Managua region and spreading throughout the country |
Penutur bahasa | (3,000 orang setakat 1997)e18 |
Deaf-community sign language: developed as a creole language from a home and idioglossic sign, with the addition of an ASL-influenced manual alphabet | |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | ncs |
Glottolog | nica1238 |
ELP | Nicaraguan Sign Language |
Bahasa Isyarat Nicaragua (Sepanyol: Idioma de Señas de Nicaragua , ISN) ialah sebuah bahasa isyarat dituturkan dalam kalangan masyarakat tuli Nicaragua. Ia mempunyai ciri unik di mana bahasa ini terbentuk hasil pengumpulan dan penyeragaman gerak isyarat mereka yang mula mendapatkan pendidikan lengkap dan disebarkan sesama mereka pada tahun 1980-an.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Individu-individu yang bermasalah pendengaran di Nicaragua sebelum 1970-an sering terasing dari masyarakat umum dan hanya cukup berkomunikasi menggunakan gestur (mímicas) dan isyarat membawa makna-makna tersendiri dengan saudara mara dan sahabat handai.[1]
Revolusi Nicaragua pimpinan para pejuang Sandinista yang menggulingkan pemerintahan Anastasio Somoza Debayle segera memulakan suatu pergerakan membanteras kebutahurufan di mana setiap lapisan masyarakat akan mendapat peluang pendidikan termasuklah golongan yang pekak. Sebuah sekolah pekak khas didirikan pada tahun 1977 di Managua yang disertai 50 orang pelajar sebelum meningkat pada tahun 1979, sebuah sekolah vokasional untuk belia pekak didirikan 2 tahun kemudian keseluruhannya berjumlah 400 pelajar.
Pada awalnya, para pengajar cuba mengajar mereka bahasa Sepanyol secara mengeja dengan jari namun ia gagal dapat difahami mereka. Namun, pelajar-pelajar pekak mula berkomunikasi sesama mereka dengan menggabungkan isyarat-isyarat yang dibawa dari rumah mereka membentuk suatu bahasa campuran yang dapat difahami sesama mereka.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Meir, Irit; Sandler, Wendy; Padden, Carol; Aronoff, Mark (2010). "Chapter 18: Emerging sign languages" (PDF). Dalam Marschark, Marc; Spencer, Patricia Elizabeth (penyunting). Oxford Handbook of Deaf Studies, Language, and Education. vol. 2. New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-539003-2. OCLC 779907637. Dicapai pada 2016-11-05.
|volume=
has extra text (bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- A Life Without Words, dokumentari mengenai bahasa isyarat ini.