[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Aturan Leahy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aturan Leahy
Great Seal of the United States.
Nama hari-hariAturan Leahy
Petikan
Kodifikasi
Legislative history
  • Diperkenalkan di Senate sebagai oleh Patrick Leahy pada {{{introduceddate}}}
Pindaan-pindaan utama
Kes-kes Mahkamah Agung

Aturan Leahy (bahasa Inggeris: Leahy laws atau Leahy amendments) merupakan sebutan kepada dua bahagian dari peraturan perundang-undangan Amerika Syarikat yang melarang Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat memberikan bantuan ketenteraan kepada angkatan tentera negara asing yang melakukan pelanggaran hak asasi manusia. Aturan ini merujuk pada dua seksyen berbeza dalam dua peraturan perundang-undangan persekutuan AS, iaitu:

Aturan ini dinamakan bersempena penaja utamanya, Senator Patrick Leahy (D-Vermont).[1] Aturan ini memerintahkan Jabatan Negara AS, melalui Biro Demokrasi, Hak Asasi, dan Buruh, untuk melakukan penapisan pada negara yang akan menerima bantuan ketenteraan dari anggaran negara AS. Jika unit tertentu pada tentera negara tersebut terbukti dengan meyakinkan atau berkait rapat dengan perlanggaran hak asasi tertentu, bantuan tersebut wajib ditangguhkan hingga negara atau unit tersebut melakukan langkah-langkah konkrit mengubah amalan tersebut dan mengadili pelakunya.[2]

Kerajaan persekutuan AS tidak mengeluarkan laporan eksplisit mengenai tentera asing yang diputus bantuannya oleh kerana aturan Leahy.[3] Laporan media mengindikasikan bahawa tentera atau pegawai-pegawai pertahanan di Bangladesh, Bolivia, Colombia, Guatemala, Mexico, Nigeria, Turki,[4] Indonesia,[5] Lebanon, Saint Lucia, dan Pakistan[6] pernah menjadi sasaran pemotongan atau penangguhan bantuan dari aturan ini.

  1. ^ "Human Rights | U.S. Senator Patrick Leahy of Vermont".
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-26. Dicapai pada 2013-07-26.CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ Schmitt, Eric (2013-06-20). "Military Says Law Barring U.S. Aid to Rights Violators Hurts Training Mission". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-02-27.
  4. ^ Dana Priest, New Human Rights Law Triggers Policy Debate, Washington Post, December 31, 1998.
  5. ^ John Pomfret, U.S. may train Indonesian unit; AN EFFORT TO IMPROVE TIES Aid to Kopassus has been banned since '97, Washington Post, March 3, 2010
  6. ^ Schmitt, Eric; Sanger, David E. (2010-10-21). "Pakistani Troops Linked to Abuses Will Lose Aid". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-02-27.