[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Ara songsang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ara songsang
Asystasia gangetica dari Kalepolepo, Maui
Asystasia gangetica micrantha dari Amanzimtoti, South Africa
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Lamiales
Keluarga: Acanthaceae
Genus: Asystasia
Spesies:
A. gangetica
Nama binomial
Asystasia gangetica
Sinonim
  • Asystasia intrusa (Forssk.) Blume
  • Asystasia parvula C.B.Clarke
  • Asystasia querimbensis Klotzsch
  • Asystasia pubescens Klotzsch
  • Asystasia subhastata Klotzsch
  • Asystasia quarterna Nees
  • Asystasia scabrida Klotzsch
  • Asystasia floribunda Klotzsch
  • Asystasia coromandeliana Nees
  • Justicia gangetica L.
  • Asystasia bojeriana Nees
  • Asystasia acuminata Klotzsch
  • Asystasia coromandeliana Nees var. micrantha Nees
  • Asystasia multiflora Klotzsch
  • Asystasia ansellioides C.B.Clarke var. lanceolata Fiori
  • Asystasia podostachys Klotzsch[1]

Ara songsang, akar ruas-ruas, pengorak, rumput Israel atau rumput nyonya (Asystasia gangetica)[2] ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Acanthaceae. Ia banyak terdapat di tepi-tepi jalan, belukar dan ladang. Ia dianggap sebagai rumpai dan perosak utama di ladang-ladang getah dan kelapa sawit di Malaysia.

Dalam bidang penternakan, ia boleh dijadikan makanan binatang ternak terutamanya lembu, kambing dan biri-biri. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ubat-ubatan dalam perubatan tradisional.

Tumbuhan ini dikenal dengan nama yang berlainan mengikut tempatan dalam bahasa setempat:[2]

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Daunnya nipis seperti kangkung, dengan urat daunnya yang berselang seli tetapi ada yang bertemu urat. Batangnya lembut berwarna hitam dan berair. Habitatnya menjalar dan menguasai tumbuh-tumbuhan yang berada di sekitarnya.

Taburan pokok ini adalah sekitar Selatan dan Tengah Johor dahulunya tetapi telah merebak ke Negeri Sembilan, Selangor, Barat Pahang, Kedah dan Kelantan. Ia menjadi tumbuhan umum di kawasan terbuka.[perlu rujukan]

Antara khasiat pokok ini adalah dapat menyuburkan lelaki dan wanita jika diamalkan bersama setiap hari sehingga mengandung. Bagi yang belum mendapat anak boleh cuba memakan kapsul dari pokok ini.[perlu rujukan][perlu rujukan]

Tumbuhan herba prolifik; batang lembut, boleh tumbuh sehingga 100 cm dalam keadaan sesuai; Daun oposit, selalu dalam pasangan sama, eliptik, bulat pada dasar; Jambak bunga terminal, banyak; bunga tunggal dengan sepal yang kecil dan tirus, putih berkrim, satu jalur biru-unggu pada lunas kelopak bunga; tiub korola tirus, silinder, mengembang atas; stamen berempat pasangan tak sama dari tiub korola, melengkung ke pistil.

Bagi spesis lain, A. coromandeliana Nees (A. gangetica (L.) T. And.) yang relatif tak berbahaya mempunyai bunga yang lebih besar berbagai warna. Di Utara Perak dan Kedah, bunganya berwarna kuning secara dominan walaupun terdapat warna lain antara putih sehingga ungu gelap.

  1. ^ Jstor Plant Science, Asystasia gangetica synonyms: http://plants.jstor.org/taxon/synonymy/Asystasia.gangetica, retrieved 28 Julai 2010
  2. ^ a b Asystasia gangetica. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/54281. [Didapat kembali 04 Julai 2023]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z