Alam semula jadi
Alam semula jadi (Tulisan Jawi: عالم سمولا جادي) merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semulajadi" ialah "persekitaran terbina".
Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan terhadap istilah "alam semulajadi" kerana kebanyakan persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain, baik secara langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak pengaruh manusia diizin tanpa menyebabkan sesuatu landskap dikecualikan daripada status "semula jadi". Biasanya, maksud istilah ini tergantung kepada konteksnya lebih daripada definisi yang ditentukan. Banyak persekitaran alam semula adalah hasil daripada interaksi di antara alam semula jadi dan manusia. Oleh sebab alasan ini, istilah "ekosistem" telah digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semula jadi, termasuknya manusia. Berdasar perkara ini, masalah persekitaran adalah masalah manusia atau sosial. Ada sebilangan orang menganggap bahawa pengasingan "persekitaran" daripada "manusia" amat berbahaya. Ini merupakan pemahaman umum yang telah menjadi dasar environmentalisme, yakni pergerakan politik, sosial dan falsafah yang luas dan yang menyokong pelbagai tindakan dan dasar untuk melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal, atau mengembalikan serta mengembangkan peranan alam semula jadi di persekitaran ini. Sungguhpun tanah gersang semakin jarang, alam liar (umpamanya, hutan yang tidak dikendali, padang rumput yang tidak dikerjakan, binatang liar dan bunga liar) dapat ditemui di banyak tempat yang dahulu dihuni manusia.
Matlamat yang biasanya dinyatakan oleh ahli kaji persekitaran termasuk:
- pengurangan dan pembersihan pencemaran buatan manusia dengan matlamat pencemaran sifar pada masa hadapan;
- pengurangan penggunaan bahan api yang tidak boleh baharu dan pembangunan alternatif yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, bahan yang berkarbon rendah atau sumber tenaga yang boleh baharu;
- pemuliharaan dan penggunaan sumber berkurangan yang boleh kekal, seperti air, tanah dan udara;
- perlindungan ekosistem wakilan, unik ataupun asli;
- pemeliharaan dan pengembangan spesies terancam atau ekosistem dari kepupusan;
- penubuhan rizab alam semula jadi dan biosfera di bawah pelbagai jenis perlindungan; dan
- pada paling umumnya, perlindungan biodiversiti dan ekosistem yang diperlu oleh semua manusia dan hidupan yang lain di bumi ini.
Baru-baru ini, terdapat rasa bimbang yang sungguh mendalam tentang pertukaran iklim yang disebabkan oleh pelepasan antroprogenik gas rumah tanaman, terutamanya karbon dioksida, dan interaksinya dengan penggunaan manusia dan alam semula jadi. Usaha-usaha telah ditumpukan terhadap pengurangan gas rumah tanaman yang menyebabkan pertukaran iklim (iaitu, melalui "Konvensyen Pertukaran Iklim" dan "Protokol Kyoto") dan penciptaan strategi penyesuaian bagi membantu spesies, ekosistem, manusia, negara dan wilayah untuk menyesuaikan diri dengan pertukaran-pertukaran iklim.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Alam semula jadi di hilir Air Terjun Chamang yang terletak dalam daerah Bentong, Pahang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]{{#switch:||Kategori=