Ahmad C
Ahmad C | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad bin Abdul Hamid 1932 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 14 Januari 2010 (berumur 77–78) |
Sebab kematian | Masalah jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Kota Tinggi, Johor |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1951–2010 |
Anak-anak | 6 |
Mohamad bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Ahmad C (1932 – 14 Januari 2010) merupakan seorang penyanyi dan pelakon veteran Malaysia.[1][2][3][4]
Beliau banyak berlakon dalam beberapa filem terbitan Malay Film Productions, seperti Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Abu Hassan Penchuri, Ibu Mertua-ku, Seniman Bujang Lapok dan Raja Bersiong.
Ahmad C juga pernah menganggotai kumpulan Panca Sitara 1 dan 2 sekitar era 50-an bersama P. Ramlee, Kassim Masdor, Aziz Jaafar dan Normadiah. Beliau juga kadangkala dikreditkan sebagai Mohamad Hamid iaitu nama sebenar beliau dalam filem-filem lakonannya.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Tugas awalnya sebagai buruh kasar dan kemudian barulah beliau diberi peluang menjadi pelakon tambahan seterusnya pelakon pembantu yang sangat diingati.
Ahmad C ialah individu yang menemui bakat P. Ramlee ketika menyanyi di pentas Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1947. Ketika itu, beliau menemani pengarah B. S. Rajhans yang dihantar oleh pihak studio untuk hadir bagi mencari bakat-bakat baru. Ahmad C meminta Rajhans untuk mengambil Ramlee sebagai penyanyi di Jalan Ampas. Rajhans telah menulis satu nota dan diberikan kepada Ahmad C untuk disampaikan kepada Ramlee di belakang pentas. Nota itu mengandungi tujuan menawarkan Ramlee untuk ke Jalan Ampas. Itulah buat kali pertama Ahmad C bersua muka dan bersalaman dengan Ramlee.
"Rupa-rupanya orang yang aku temui itu mempunyai bakat seni yang sungguh besar", begitulah kata-kata yang pernah keluar dari mulut Ahmad C. Ramlee dengan Ahmad C mempunyai satu pertalian persahabatan yang sangat erat. Hubungan kedua-duanya tak ubah seperti abang dan adik. Tetapi dalam apa pun keadaan Ramlee akan menjadi ketua dan Ahmad C sentiasa menjadi pengikut yang setia.
Setelah Ramlee dilantik menjadi pengarah beliau tidak pernah melupakan sahabatnya itu. Menerusi filem pertama arahannya Penarek Becha pada tahun 1955, P. Ramlee mengambil Ahmad C sebagai berlakon sebagai salah seorang penarik beca dalam filem berkenaan. Antara filem-filem lain arahan Ramlee yang turut menampilkan Ahmad C seperti Semerah Padi, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Musang Berjanggut, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan Ibu Mertua-ku.
Ramlee juga telah memberi pengiktirafan kepada bakat Ahmad C dengan melantik beliau sebagai salah seorang ahli kumpulan Pancha Sitara. Sepanjang penglibatan Ahmad C dalam bidang seni beliau telah berlakon lebih dari 60 buah filem di Studio Jalan Ampas.
Beliau merupakan seorang yang mempunyai banyak bakat. Selain daripada berlakon dan menyanyi, beliau juga mahir bermain beberapa alat muzik. Beliau juga seperti Aziz Jaafar telah bermain muzik bersama Chand-Ni Rat Band ketika bekerja di Malay Film Productions di pertengahan tahun 1950an.
Ahmad C sering mengambil watak lucu kerana itu ialah sifat semulajadinya, dan adakalanya beliau menjadi salah seorang anggota kumpulan jahat seperti cerita dalam filem Semerah Padi dan menjadi samseng dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Setelah penutupan Studio Jalan Ampas, beliau telah menjadi kelasi kapal buat beberapa tahun. Kemudian setelah bersara dari belayar, beliau menolong isteri berniaga di kampung.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Ahmad C meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari di Hospital Kota Tinggi, Johor pada usia 78 tahun akibat masalah jantung yang dialaminya. Anak-anaknya Roziah, Wahidah, Shari, Sharudin dan menantunya Iskandar berada di sisi Allahyarham. Selain mereka, beliau mempunyai dua orang anak lelaki lain iaitu Mohd Sari dan Shahruddin. Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kota Tinggi selepas Asar.[5][6]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1951 | Penghidupan | |
1952 | Anjoran Nasib | |
1953 | Kerana Kau | |
Ibu | ||
1954 | Iman | Harun |
1955 | Penarek Becha | kawan Amran |
Abu Hassan Penchuri | Kassim | |
1956 | Hang Tuah | Orang Mengamuk 4 |
Semerah Padi | Kuncu Borek | |
Ribut | ||
Keadilan Illahi | Din | |
1957 | Belantara | |
Seruan Darah | ||
Putera Bertopeng | Pengikut Tengku Ali | |
1958 | Doktor | Rosli |
Taufan | Samad | |
Gergasi | Ah Chee | |
Sumpah Orang Minyak | Kawan Buyong | |
Sri Menanti | ||
1959 | Saudagar Minyak Urat | Pegawai Polis |
Pendekar Bujang Lapok | Ahmad Pendayung Sampan | |
Musang Berjanggut | Samseng Kuncu 2 | |
1960 | Isi Neraka | Bujang |
Pertarongan | Lading | |
1961 | Ali Baba Bujang Lapok | Penyamun Kasut Buruk |
Seniman Bujang Lapok | Encik Ahmad | |
Panji Semerang | Raden Sarikan | |
Singapura Dilanggar Todak | Naka | |
Si Tanggang | Upik | |
1962 | Ibu Mertua-ku | Hussin Jalal |
Gerhana | Taib | |
Labu dan Labi | Penyanyi kumpulan Pancha Sitara | |
1963 | Kasih Tanpa Sayang | Ahmad |
Nasib Si Labu Labi | Osman | |
1964 | Siapa Besar | Jiran 2 |
1965 | Dayang Senandong | Awang |
Sayang Si Buta | Sani (kawan Ani) | |
1967 | Jebak Maut | Taib Tobi |
A-Go-Go '67 | Ahmad | |
1968 | Ibulah Syurga | |
Raja Bersiong | Pengawal Kampung |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kemalia Othman (29 Disember 2010). "SOROTAN 2010 : Pergi Tinggalkan Nama, Jasa Tidak Dilupa". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Julai 2017. Dicapai pada 30 Julai 2017.
- ^ Sakini Mohd Said (16 Januari 2010). "Kenangan rakan seperjuangan". Harian Metro. Dicapai pada 17 November 2021.
- ^ "Di sebalik cerita seniman Ahmad C". Berita Minggu. 17 Januari 2010. Dicapai pada 17 November 2021.
- ^ Adam Salleh (17 Januari 2010). "Kelebihan Ahmad C". Metro Ahad. Dicapai pada 17 November 2021.
- ^ "Pelakon Ahmad C meninggal". Berita Harian. 15 Januari 2010. Dicapai pada 17 November 2021.
- ^ Sakini Mohd Said (15 Januari 2010). "Ahmad C meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 17 November 2021.