Abad ke-2 SM
Penampilan
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: | |
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Abad ke-2 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 200 SM hingga 31 Disember 101 SM dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 14 Mac 190 SM: Gerhana suria dicatatkan di Rom [Livy: Ab Urbe Condita 37.4.4].
- 175 SM - Antiochus IV Epiphanes merampas takhta Syria yang secara sah merupakan hak anak saudaranya, Demetrius I Soter, pada pembunuhan abangnya, Seleucus IV Philopator.
- 168 SM - Perang - Barisan pertahanan Macedon ditewaskan oleh Rom.
- 2 Jun 168 SM: Gerhana qamari dicatatkan di Rom [Livy: Ab Urbe Condita 44.37.8].
- 21 November 164 SM: Judas Maccabaeus, anak lelaki Mattathias dari keluarga Hasmonean, membaik pulih Candi di Jerusalem. Peristiwa ini diperingati setiap tahun melalui perayaan Hanukkah.
- 148 SM - Rom menewaskan Macedon
- Rom memusnahkan Carthage dalam Perang Punik Ketiga.
- Rom menaklukkan Corinth.
- 147 SM - Kemenangan-kemenangan Kemaharajaan Hasmonean mengembalikan autonomi kepada Judea.
- 129 SM - Kejatuhan Empayar Seleucid.
- 113 SM –101 SM - Penghijrahan orang-orang Cimbri dan Teuton yang ditewaskan dalam pertempuran-pertempuran Aquae Sextiae dan Vercellae.
- 108 SM - Dinasti Han akhirnya berjaya memusnahkan Wang-geom seong, ibu kota Gojoseon, dan mengasaskan Sagunhyeon untuk memerintah Gojoseon.
- Buddhisme Theravada diperkenalkan secara rasmi di Sri Lanka oleh Venerable Mahinda.
Tokoh-tokoh
[sunting | sunting sumber]- Andriscus, raja bebas Macedon yang terakhir.
- Antiochus IV Epiphanes, raja berkesan Empayar Seleucid yang terakhir.
- Antiochus VII Sidetes, raja terakhir Empayar Seleucid Bersatu.
- Apollonius dari Perga, geometer Yunani.
- Apollonius dari Rhodes, penulis karya Jason dan Argonaut-argonaut
- Boiorix, raja Cimbri.
- Flaccus, penggubah Terence.
- Hipparchus yang dianggap sebagai pencerap astronomi yang teragung.
- Jonathan Maccabaeus, ketua pemberontakan Hasmonean, serta raja autonomi yang pertama di Judea.
- Judas Maccabeus, ketua pemberontakan Hasmonean, serta jeneral pertamanya yang berjaya.
- Lucius Aemilius Paullus Macedonicus, jeneral dan ahli politik Rom.
- Lucius Cornelius Sulla, jeneral dan ahli politik Rom.
- Lucius Mummius Achaicus, penakluk Corinth.
- Marius, jeneral dan ahli politik Rom.
- Perseus dari Macedon, raja terakhir Dinasti Antigonid.
- Plautus, penulis drama Latin.
- Quintus Lutatius Catulus, jeneral Rom.
- Scipio Aemilianus Africanus, penakluk Carthage.
- Terence, penulis drama Latin.
- Teutobod, raja puak Teuton.
- Maharaja Wu dari Han yang telah dianggap sebagai salah seorang maharaja yang teragung pada sepanjang Sejarah China.
- Zhang Qian, diplomat dan penjelajah Cina.
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
[sunting | sunting sumber]- Jalan Sutera antara Eropah dan Asia.
- Hipparchus menemui liukan ekuinoks-ekuinoks Bumi, dan menyusun jadual-jadual trigonometri yang pertama.
- Liu An mereka tofu.
- Konkrit Rom (puzzolana) digunakan buat pertama kali.
- Kilang putar direka oleh orang Yunani.
- Sebuah sistem untuk menghantar isyarat supaya dapat berhubung dengan pantas pada jarak jauh diperihalkan oleh Polybios.