[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Aotearoa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Aotearoa (IPA: [aɔˈtɛaɾɔa], Jawi: اءوتياروا) adalah nama lain bagi negara New Zealand. Nama ini berasal dari bahasa Māori menggabungkan ao 'awan', 'hari', tea 'putih', 'terang' dan roa 'panjang' sekaligus membawa maksud paling popular iaitu "Awan Putih Panjang".[1] Ia pada asalnya diberi kepada Pulau Utara sejak kurun ke-20;[2] masyarakat Māori moden melanjutkan gelaran tersebut kepada seluruh kepulauan New Zealand. Nama ini juga biasa digunakan dalam bahasa Inggeris New Zealand kadangkala digandingkan dengan nama Inggerisnya yang lain sebagai "Aotearoa New Zealand".[3]

Pada 14 September 2021, Parti Māori memulakan petisyen untuk mengubahkan nama negara dari New Zealand ke Aotearoa.[4] Petisyen tersebut mencapai lebih daripada 51,000 tandatangan dalam 2 hari.[5]

  1. ^ McLintock, A. H., penyunting (1966). "Aotearoa". An Encyclopaedia of New Zealand. Dicapai pada 19 Julai 2020 – melalui Te Ara.
  2. ^ King (2003) pg 41.
  3. ^ "Using 'Aotearoa' and 'New Zealand' together 'as it should be' - Jacinda Ardern". Newshub (dalam bahasa Inggeris). 17 December 2019. Dicapai pada 2021-07-18.
  4. ^ "Change our official name to Aotearoa". Parti Māori. 14 September 2021.
  5. ^ "Numbers top 50,000 for petition on name change to Aotearoa". Radio New Zealand. 17 September 2021. Dicapai pada 17 September 2021.