[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Anzalna Nasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anzalna Nasir
Kelahiran
Nur Anzalna binti Md Nasir

(1988-01-09) 9 Januari 1988 (umur 36)
Pusat pendidikanBrooks High School, Launceston
Launceston College, Tasmania
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–kini
PasanganHanif Zaki (k. 2016)
Anak-anak2
Ibu bapaProfesor Dr. Md Nasir Ibrahim (bapa)
SaudaraMia Nasir (adik)
Afifah Nasir (adik)

Nur Anzalna Md Nasir (lahir 9 Januari 1988) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah, Azar Azmi dan Syatilla Melvin. Beliau merupakan kakak kepada pelakon dan model, Mia Nasir, Afifah Nasir.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Anzalna merupakan anak kedua daripada lima beradik yang kesemuanya perempuan, dilahirkan pada 9 Januari 1988 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan memiliki darah kacukan Melayu, Cina ,Pakistan dan Bugis. Bapanya berketurunan Cina manakala ibunya berketurunan Pakistan, Anzalna dibesarkan di beberapa tempat. Beliau bersekolah di Montreal, Kanada dari 1996 hingga 1998 sementara mengikut ayahnya, Dr. Md. Nasir Ibrahim melanjutkan pengajiannnya di McGill University, Kanada. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Coronation Elementary School dan kemudiannya belajar di Sinclair Laird Elementary School dan diikuti oleh Bancroft Elementary School.

Selepas bapanya menamatkan pelajaran, Anzalna kembali ke Malaysia dan bersekolah di SMK Munshi Abdullah dan SMK Khir Johari. Beliau meninggalkan Malaysia pada 2004 untuk mengikut bapanya yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Universiti Tasmania, Australia. Beliau menyambung pelajarannya di Brooks High School, Launceston dan Launceston College di Tasmania untuk mendapatkan Diploma.

Anzalna membuat penampilan pertamanya sebagai salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, yang turut disertai oleh Neelofa, Izara Aishah, Ramona Zamzam, Syatilla Melvin dan Azar Azmi. Selepas Dewi Remaja tamat, beliau kemudiannya melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2011.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan teman lamanya yang juga seorang ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 2016.[1] Beliau mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung lelaki selepas tiga tahun berkahwin.[2][3][4]

Dalam tahun 2012, Anzalna dikatakan pernah berkrisis dengan Neelofa, sehingga kedua-duanya tidak bertegur sapa akibat kontroversi yang menyelubungi mereka.[5] Hubungan Anzalna dan Neelofa kembali damai selepas kedua-dua mereka membuat permohonan maaf secara terbuka.[6][7] Beliau bagaimanapun tidak pernah mencemburui Neelofa mahupun Tasha Shilla.[8]

Pada 31 Mei 2019, Anzalna dan suami, Hanif dikurniakan cahaya mata lelaki yang bernama Mohamad Eidress. Beliau dilaporkan berkata bapanya inginkan anak lelaki kerana adik-beradik Anzalna semuanya perempuan.[9][10][11]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Sepah The Movie Ayu Sofea Filem pertama
Kahwin 5 Farra
2020 Tyickoouns Ramona
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Suria Di Cordoba Astro Prima
Ramadhan Terakhir Rossa TV3
2012 Gemersik Kalbu Tasha
Mahabbah Katrina
Aishiteru TV9
24 Hari Sebelum Jatuh Cinta TV1
Sirrun Surina TV9
Indera Joned Dr. Sara TV3
2013 Maskara Hani TV1
Love You Mr. Arrogant Farizah TV3
Bangkitnya Seorang Perempuan Balqish
Tentang Hati Shireen TV2
Buletin Cinta TV3
Orang Gaji IQ Shahira/Erni Wibowo TV2
2014 Aku Isterinya Mya Arlissa TV3
Kalau Itu Jodoh Kita TV AlHijrah
Jauh Dari Cinta Nysa Sakinah Astro Prima
2015 Memori Cinta Suraya Suraya
2017 Arluna Nia Arluna
Dendam Aurora Putri Adrina
2018 Mamu Mami Gosip TV1

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Ajaibnya Cinta Musliha TV3
2012 Cik Paris Diva Kampung Astro Prima
Aku Janda Belum Kaya
2 Dalam 1 Mia TV3
2013 Salahkah Aku Allysa
Destinasi Cinta Sara Liza Astro Ria
Cinta Dari Syurga Nurul Hannan TV3
2014 Sayang Harissa Harissa TV1
Klon Ustaz TV9
2015 Member Superstar Balik Raya Astro Ria
2016 Jauh
2018 Vlog Laura Munirah ntv7
Renyai Takbir Raya Astro Ria

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012–2013 Karoot Komedia Artis Undangan Astro Warna
Kilauan Emas Astro Prima
2016 Sepahtu Reunion Live (2016) Sofea Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Gila Tak Kenal Siapa"
2017 Sepahtu Reunion Live (2017) Ayu Artis Jemputan: Episod "Selamat Tinggal Ayah"

Komersial

[sunting | sunting sumber]
  • Trenz (Indonesia TV)
  • Celcom
  • Franch Oil
  • Ecpi
  • Safi Balqis
  • Qu Puteh
  1. ^ SEKALI LAFAZ - ANZALNA NASIR & HANIF ZAKI KINI SAH SUAMI ISTERI, MYARTIS.COM.
  2. ^ Kamaruddin Razal (9 Januari 2019). Tahniah, dah 4 bulan Anzalna Nasir hamil anak sulung Astro Gempak. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  3. ^ It's a boy for Anzalna The Star Online (1 Mei 2019). Dicapai pada 26 Mei 2019.
  4. ^ Syahirah Mokhtazar (9 Januari 2019). #Showbiz: The moment I’ve been waiting for - Anzalna New Straits Times. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  5. ^ Feride Hikmet Atak (12 Jun 2012). "Tasha Shila, Anzalna & Neelofa Terima Padah Jika Terus Bergaduh". mSTAR Online. Dicapai pada 4 Mac 2013.
  6. ^ Wahiduzzaman (3 Julai 2012). Anzalna apologises for defaming Neelofa The Star Online. Diperoleh pada 4 Julai 2012.
  7. ^ Anzalna mohon maaf pada Neelofa mStar Online (2 Julai 2012). Diperoleh pada 3 Julai 2012.
  8. ^ Farhana Abd Rahman (20 Ogos 2015). Anzalna tak mencemburui Neelofa, Tasha Shilla Berita Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2015.
  9. ^ Anzalna Nasir selamat lahir bayi lelaki 31 Mei lalu Astro Awani (3 Jun 2019). Dicapai pada 17 Jun 2019.
  10. ^ Feride Hikmet Atak (9 Jun 2019). Mohamad Eidress lengkapi kebahagiaan Anzalna dan suami Berita Harian. Dicapai pada 17 Jun 2019.
  11. ^ Aqmar Mustaza (3 Jun 2019). Anzalna Nasir selamat bergelar ibu Jumaat lalu Sinar Harian. Dicapai pada 17 Jun 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]