[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Amniot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Amniot
Julat zaman: Zaman Mississippi–Kini, 315–0 Ma
Kemungkinan muncul 340 jtd.
Seekor anak kura-kura menetas dari telur amniot
Pengelasan saintifik
Filum:
Subfilum:
Klad

Amniot merupakan kelompok haiwan bertulang belakang atau bersaraf tunjang yang menghasilkan telur yang dilengkapi dengan amnios, iaitu satu adaptasi untuk bertelur di atas darat dan bukan dalam air (seperti anamniot), termasuklah sinapsid (mamalia) dan sauropsid (reptilia dan burung) dan juga leluhur purbanya. Embrio amniot, baik yang dikeluarkan dalam telur atau dikandung oleh induk, dilindungi dan dibantu oleh beberapa membran yang menyeluruh. Bagi mamalia euteria (seperti manusia), membran-membran ini termasuklah pundi amnion yang meliputi janin. Membran-membran ini serta tiadanya tahap larva membezakan amniot daripada amfibia.[1]

Amniot-amniot terawal (iaitu "amniot asas") seperti Casineria menyerupai cicak yang telah berevolusi dari amfibia reptiliomorfa sekitar 340 juta tahun dahulu pada kala geologi Karboniferus. Telurnya boleh hidup di luar air, membolehkan amniot untuk menjangkau ke persekitaran yang lebih kering. Telur itu juga boleh "bernafas" dan menampung sisa, membolehkan telur dan amniot itu sendiri untuk berevolusi menjadi bentuk lebih besar.

Telur amniot melambangkan satu perpecahan yang penting dalam kalangan vertebrat, yang mana makhluk berkenaan boleh membiak di atas tanah kering dan tidak memerlukan lagi air untuk pembiakan seperti yang diperlukan oleh amfibia. Mulai saat ini, amniot tertabur ke merata dunia, lama-kelamaan menjadi vertebrata daratan yang dominan.

  1. ^ Benton, Michael J. (1997). Vertebrate Palaeontology. London: Chapman & Hall. m/s. 105–109. ISBN 0-412-73810-4.