Ambalat
Ambalat ialah sebuah blok lautan di Laut Sulawesi. Luasnya kira-kira 15,235 kilometer persegi. Blok laut ini kaya dengan minyak mentah dan gas asli. Bahagian Laut Sulawesi yang dipertikaikan adalah hanya blok 6 dan 7. Perairan Ambalat Selatan, kawasan Indonesia, tidak dipertikaikan.
Pertikaian hakmilik
[sunting | sunting sumber]Permilikan Ambalat ini menjadi pertikaian antara Malaysia dan Indonesia. Pertikaian ini timbul kerana perselisihan peta yang digunakan. Pihak Indonesia menggunakan peta Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE), meskipun telah keluar Dekrit 2002 (tentang Sipadan-Ligitan) dengan berdasarkan penghakiman antarabangsa, yang menggunakan sempadan sehingga 12 batu nautika iaitu Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNCLOS) yang diakui PBB. Sedangkan Malaysia menggunakan peta rasmi terbaru 1979 yang dikeluarkan oleh Malaysia.[1] Perlu diketahui, peta Malaysia itu tidak dipersetujui oleh negara-negara jiran kerana didakwa bertindih dengan banyak wilayah. Negara yang tak bersetuju adalah Singapura, Britain yang mewakili Brunei Darussalam, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Pada masa kini kedua-dua negara sedang mengadakan perbincangan peringkat tertinggi bagi menyelesaikan isu ini.
Pertikaian 2005
[sunting | sunting sumber]Sebelumnya, Malaysia dan Indonesia mempertikai hakmilik pulau Sipadan dan Ligitan. Perkara itu dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan kedua pihak mengemukakan bukti-bukti yang ada pada mereka bersama. Berdasarkan bukti yang dikemukakan, pada tahun 2002, Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memutuskan bahawa kawasan-kawasan tersebut milik Malaysia, bagaimanapun, tanpa mengenal pasti sempadan lautan antara Malaysia dan Indonesia di Lautan Sulawesi.[2]
Pertikaian antara 2 negara Asia Tenggara menimbulkan beberapa perselisihan kecil antara dua tentera laut. Pada bulan Mac 2005, Indonesia mendakwa kapal perang Malaysia, KD Renchong, melanggar kapal tentera Indonesia, KRI Tedung Naga. Kejadian ini mengakibatkan sedikit kerosakan kepada kedua-dua kapal.[2] Beberapa hari selepas kejadian tersebut, Menteri Pertahanan Indonesia Juwono Sudarsono mengatakan bahawa kerajaan Malaysia telah meminta maaf tentang kejadian itu.[3] Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib bin Abdul Razak bagaimanapun menafikan dakwaan memohon maaf.[4][5] Kompas mengakui laporan itu tidak tepat dan memohon agar tidak diambil tindakan oleh Malaysia [6]
Tentera Laut Malaysia telah menguatkuasakan pengawalan sempadan dan menghalang nelayan Indonesia dari belayar ke kawasan Malaysia yang dipertikaikan. Indonesia seterusnya menuduh Malaysia ke atas 35 kesalahan di wilayah Indonesia yang dipertikaikan.[7]
Pertikaian 2008
[sunting | sunting sumber]Pada 22 Oktober 2008, Pengerusi DPR Agung Laksono mewakili Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR) membantah tindakan Angkatan Tentera Malaysia berada di perairan Ambalat (Blok ND6 dan Blok ND7), di perairan Kalimantan Timur. Komander Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jeneral Djoko Santoso melihat beberapa elemen ketenteraan Malaysia di Ambalat.
Kerajaan Indonesia telah memberi jaminan kepada Zaitem, sebuah anak syarikat ENI SpA dari Itali, mengenai hak mencari gali di Ambalat. Perairan seluas 15,235 km persegi itu kaya dengan minyak dan gas, dikatakan boleh diterokai untuk 30 tahun.[8]
Isu ini turut dibangkitkan oleh perusuh Indonesia yang turut membakar Jalur Gemilang di Makassar, Jakarta dan Surabaya oleh mahasiswa Front Aksi Mahasiswa Surabaya.[9]
Pertikaian 2009
[sunting | sunting sumber]Pada 17 Mei 2009, masalah tuntutan bertindih ke atas Ambalat di antara Malaysia dan Indonesia tidak akan dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Rais Yatim telah berunding dengan Menteri Luar Indonesia Dr. N. Hassan Wirajuda. Indonesia enggan membawa kes itu kepada ICJ setelah kalah dalam perbicaraan kes pulau Ligitan dan Sipadan, lagipula mengikut ZEE, Ambalat, termasuk blok ND6 dan ND7 merupakan hak milik Indonesia, sebagai negara kepulauan sejak dahulu kala. Malaysia terpaksa beralah kepada Singapura berhubung tuntutan Pulau Batu Putih. Pembangkang di Malaysia menyalahkan Menteri Luar Malaysia ketika itu Datuk Seri Dr Rais Yatim. Alternatif yang ada adalah dengan melantik pakar teknikal dan juga satu kumpulan yang terdiri dari penasihat berkecuali.[10]
Media-media Indonesia telah melaporkan kapal Angkatan Laut Indonesia yang sedang meronda di kawasan perairan bertindih itu pada hujung Mei 2009 hampir melepaskan tembakan terhadap sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana tidak mengendahkan arahan supaya beredar dari perairan terbabit.
Pada 4 Jun 2009, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Hj Zainal menafikan dakwaan laporan media Indonesia yang mendakwa kapal perang TLDM menceroboh kawasan perairan bertindih Ambalat di Laut Sulawesi dan menegaskan sebarang isu hendaklah diselesaikan melalui Jawatankuasa Teknikal yang telah ditubuhkan oleh kedua-dua negara, bukannya melalui media massa.[11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wilayah Maritim Tidak Ditentukan oleh Lobi Perusahaan Minyak, Tempo Interaktif
- ^ a b Energy Security and Southeast Asia: The Impact on Maritime Boundary and Territorial Disputes. Harvard Asia Quarterly. Musim luruh 2005.
- ^ Malaysia admits mistakes by offering apology over Ambalat Antara. March 29 2005
- ^ Najib: No apology made over alleged border violations. New Straits Times. 30 Mac 2005
- ^ Najib Denies Malaysia Has Apologised Over Alleged Ambalat Intrusion, Bernama. 29 Mac 2007.
- ^ "Kompas" dan Deputi Perdana Menteri Malaysia Sepakat Berdamai Diarkibkan 2010-09-15 di Wayback Machine, Kompas. Rabu, 4 Mei 2005
- ^ Malaysian warships chase away Indonesian fishermen from Ambalat Antara
- ^ Indonesia Bantah Dakwaan Pencerobohan M'sia Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine, Bernama
- ^ Kostrad Bersiap ke Ambalat Diarkibkan 2006-02-11 di Wayback Machine, Suara Merdeka
- ^ Ambalat Tetap Tidak Dibawa Ke ICJ, Bernama
- ^ Panglima Angkatan Tentera Nafi Kapal Perang Malaysia Ceroboh Perairan Ambalat, Bernama
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Original misreported on Malaysia admit mistakes.
- (Indonesia) Kompas apologise for misreporting. Diarkibkan 2006-02-12 di Wayback Machine