Lebuhraya Trans-Sumatera
Lebuhraya Trans-Sumatera merupakan sebatang jalan raya utama di Pulau Sumatera, Indonesia, dengan panjang keseluruhan lebih kurang 2,500 km, menghubungkan bahagian utara pulau tersebut di Banda Aceh sehingga ke Bandar Lampung di sebelah selatan, yang melalui banyak bandar raya utama, termasuklah Medan dan Padang di sepanjang laluannya.
Terdapat 3 jalan raya utama di pulau Sumatera iaitu Jalan Raya Lintas Timur, Jalan Raya Lintas Tengah, dan Jalan Raya Lintas Barat. Jalan raya tersebut merupakan jalan raya paling utama di situ, membawa transmigran dari Jawa ke kawasan berpopulasi rendah di Sumatera, serta membawa pelancong dari Sumatera ke Jakarta dan Jawa. Lebuhraya Trans-Sumatera membentuk keseluruhan jajaran laluan Rangkaian Lebuh Raya Asia AH25.
Lebuhraya Tol Trans-Sumatera
[sunting | sunting sumber]Sumatera adalah pulau yang memiliki potensi perkembangan kedua terbesar selepas Jawa. Sungguhpun kerajaan Indonesia sering menghadapi krisis berpanjangan namun kerajaan tetap memperuntukkan dana bagi pembangunan rangkaian lebuh raya tol di Sumatera. Namun demikian, oleh kerana kekurangan peruntukan tersebut maka setakat tempoh 2005-2010, Sumatera hanya mempunyai 2 buah lebuh raya tol iaitu Jalan Tol Medan-Binjai (20.5 km) dan Jalan Tol Palembang-Indralaya (24.5 km), sedangkan panjang keseluruhan lebuh raya tol yang dirancang untuk dibangunkan di seluruh Indonesia dalam tempoh 5 tahun tersebut adalah sejumlah 1640 km.
Pada masa akan datang, kerajaan Indonesia membuat perancangan jangka panjang untuk membangunkan rangkaian Lebuhraya Tol Trans-Sumatera yang memberikan capaian pengangkutan yang lebih baik antara bahagian hujung utara dan bahagian hujung selatan Pulau Sumatera.