Cuti umum di Brunei
Penampilan
Ini ialah senarai cuti di Brunei.
Tambahan pula, cuti hujung minggu di Brunei adalah pada hari Jumaat dan Ahad.
Hari-hari kelepasan awam
[sunting | sunting sumber]Tarikh | Hari kelepasan | Catatan |
---|---|---|
1 Januari | Awal Tahun Masihi | Meraikan pemulaan Tahun Baru Masihi. |
23 Februari | Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam | Kemerdekaan daripada United Kingdom pada tahun 1984. |
31 Mei | Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei | Penubuhan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. |
15 Julai | Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam | Memperingati hari keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun 1946. |
25 Disember | Hari Krismas | Cuti Kristian meraikan selepas lahirnya Jesus Christ. |
1 Ramadan | Awal Ramadhan (Puasa) | Perayaan Islam ini meraikan pemulaan sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. |
17 Ramadan | Memperingati Nuzul Al-Qur'an | Memperingati penurunan ayat pertama al-Quran. |
1-3 Syawal | Hari Raya Aidil Fitri (3 hari) | Perayaan Islam ini meraikan habisnya sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. |
10 Zulhijjah | Hari Raya Aidil Adha | Perayaan Islam ini meraikan kesanggupan Nabi Ibrahim mengorbankan putera baginda Nabi Ismail sebagai tanda kepatuhan kepada Allah. |
1 Muharram | Awal Tahun Hijrjah | Meraikan pemulaan takwim Islam. |
12 Rabiulawal | Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam | Sambutan Islam ini meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad. |
27 Rejab | Isra' Dan Mi'raj | Cuti Islam ini meraikan Nabi Muhammad berlaku pada satu malam sekitar tahun 621 Masihi. |
Hari pertama bulan qamari pertama takwim Cina | Tahun Baru Cina | Meraikan bermulanya kalendar Cina. |
Hari kelepasan lama
[sunting | sunting sumber]Hari kelepasan yang jatuh pada hari Jumaat hanya akan mendapat perhatian oleh Daerah Brunei-Muara, Daerah Tutong dan Daerah Temburong.
Tarikh | Hari kelepasan | Catatan |
---|---|---|
Mac/April | Good Friday | Cuti Kristian memperingati penyaliban Jesus Christ dan kewafatannya di Calvary. |
10 Jun | Hari Kebebasan | Memperingati mendaratnya Pihak Berikat di Muara untuk membebaskan Brunei daripada Empayar Jepun pada Perang Dunia Kedua. |
12 Jun | Hari Lahir Queen | Memperingati hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Ratu Elizabeth II, Ratu United Kingdom pada tahun 1926. Hari kelepasan ini tidak lagi diraikan selepas kemerdekaan Brunei. |
23 September | Hari Lahir Duli Yang Maha Mulia | Memperingati hari keputeraan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada tahun 1914. Hari kelepasan ini tidak lagi diraikan selepas baginda turun takhta. |
Rabu terakhir bulan Safar | Mandi Safar | Perayaan orang Melayu berkumpul mandi-manda. Perayaan ini mula kurang disambut pada tahun 1960-an kerana dianggap syirik. |
1-2 Syawal | Hari Raya Puasa (2 hari) | Diraikan selama 2 hari. |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]{{Navbox | name = Topik Asia | title = Cuti umum di Asia | titlestyle = | state = autocollapse | border = | navbar = | image = | groupstyle = | liststyle = | listclass = hlist
| group1 = Negara berdaulat | list1 =
- Negara Palestin
- Afghanistan
- Arab Saudi
- Armenia
- Azerbaijan
- Bahrain
- Bangladesh
- Bhutan
- Brunei
- China
- Cyprus
- Emiriah Arab Bersatu
- Filipina
- Georgia
- India
- Indonesia
- Iran
- Iraq
- {{#if:♦|[[{Templat:IL