[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Charlie Chaplin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sir

Charlie Chaplin

Charlie Chaplin
Kelahiran
Charles Spencer Chaplin

(1889 -04-16)16 April 1889
Meninggal dunia25 Disember 1977(1977-12-25) (umur 88)
PekerjaanPelakon, pengarah filem, penerbit filem, penulis skrip, penggubah, mimik
Tahun aktif1895–1976[1]
PasanganMildred Harris (k. 1918–1921)
Lita Grey (k. 1924–1927)
Paulette Goddard (k. 1936–1942)
Oona O'Neill (k. 1943–1977)

Sir Charles Spencer Chaplin KBE (16 April 1889 – 25 Disember 1977) adalah seorang pelawak, pelakon dan pengarah filem Inggeris. Chaplin menjadi salah seorang pelakon dan pembuat filem, komposer dan pemuzik terkenal pada awal hingga pertengahan era sinema Klasik Hollywood di Amerika Syarikat. Beliau juga terkenal kerana kemahiran berlawak dan komedi slapstik.

Chaplin merupakan satu personaliti yang paling kreatif dan berpengaruh pada era filem-senyap. Dia telah dipengaruhi oleh pelawak sebelumnya, pelawak filem senyap Perancis, Max Linder, yang dia tujukan salah satu filemnya.[2] Kehidupannya dalam dunia hiburan merentangi selama lebih daripada 75 tahun, dari pementasan era Victoria dan dewan muzik di United Kingdom sebagai pelakon kanak-kanak, sehingga hampir dengan kematiannya pada umur 88. Kehidupan awamnya yang berprofil tinggi dan persendirian merangkumi kedua-dua sanjungan dan kontroversi. Chaplin telah dikaitkan dengan politik berhaluan kiri ketika era McCarthy dan dia akhirnya terpaksa berpindah ke Eropah dari 1952.

Pada tahun 1999, Institut Filem Amerika meletakkan kedudukan Chaplin ke-10 legenda skrin besar lelaki sepanjang masa.[3] Pada tahun 2008, Martin Sieff, dalam semakan buku "Chaplin: A Life", menulis: "Chaplin tidak hanya 'besar', beliau adalah gergasi (dalam bidang hiburan). Pada tahun 1915, dia menembusi dunia yang sering dilanda peperangan itu dengan membawa hadiah komedi, gelak-ketawa dan pelepasan ketika dunia melalui Perang Dunia I. Dalam tempoh 25 tahun akan datang, kerjayanya melalui Kemelesetan Besar dan kebangkitan Adolf Hitler, dia tinggal di tempat kerja .... Adalah diragui bahawea terdapat mana-mana individu lain yang pernah memberikan hiburan, keseronokan dan pelepasan pada makhluk manusia dengan sebegitu banyak ketika mereka paling amat memerlukannya".[4] George Bernard Shaw menggelar Chaplin "satu-satunya genius untuk keluar dari industri filem".[5]

Tahun-tahun awal (1889-1913)

[sunting | sunting sumber]

Latar belakang dan kesukaran zaman kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]

Charles Spencer Chaplin dilahirkan pada 16 April 1889 oleh ibunya Hannah Chaplin (née Hannah Harriet Pedlingham Hill, 1865–1928) dan bapanya Charles Chaplin Sr. (1863–1901). Tidak terdapat rekod rasmi kelahirannya, sungguhpun Chaplin percaya bahawa dia dilahirkan di East Street, Walworth, di Selatan London.[6][note 1] Ibu dan bapanya telah dilahirkan empat tahun sebelumnya, pada masa yang mana Chaplin Sr. menjadi penjaga sah bagi anak luar nikah Hannah, Sydney Chaplin (1885–1965).[9][note 2] Pada masa kelahirannya, keluarga Chaplin kedua-duanya adalah penghibur di dewan hiburan tradisi: Hannah, anak pada pembuat kasut,[10] mempunyai kerjaya ringkas dan tidak berjaya menggunakan nama pentas Lily Harley,[11] sementara Charles Sr., anak tukang penyembelih,[12] bekerja sebagai penyanyi popular.[13] Keluarga Chaplins menjadi renggang sekitar 1891;[14] setahun kemudian, melahirkan anak ketiga — Wheeler Dryden bersama penghibur dewan muzik Leo Dryden. Anak tersebut diambil oleh Dryden ketika berusia enam bulan dan tidak menyertai kehidupan Chaplin selama 30 kemudian.[15]

Zaman kanak-kanak Chaplin ini adalah dipenuhi dengan kemiskinan dan kesusahan, mendorong penulis biografinya David Robinson untuk menerangkan trajektori akhirnya sebagai "cerita yang paling dramatik dari kemiskinan kepada kekayaan yang pernah diceritakan."[16] Tahun-tahun awalnya dihabiskan bersama ibu dan adik beliau di daerah Kennington, London; Hannah tidak mempunyai cara pendapatan, selain daripada kejururawatan sekali-sekala dan menjahit, dan Chaplin Sr tidak memberikan sokongan untuk anak-anaknya.[17] Disebabkan kemiskinan ini, Chaplin telah dihantar ke rumah kerjaketika berusia tujuh tahun. Majlis perbandaran menempatkannya di Sekolah Daerah Pusat London untuk orang miskin, yang diingati Chaplin sebagai "satu kewujudan yang menyedihkan".[18] Dis disatukan bersama ibunya sekejab ketika berusia sembilan tahun, sebelum Hannah terpaksa memasukkan keluarganya kembali ke rumah kerja pada Julai 1898. Budak-budak tersebut segera dihantar ke Sekolah Norwood, satu lagi institusi kebajikan.[19]

Saya tidak menyedari krisis kerana kami hidup dalam krisis berterusan; dan, sebagai kanak-kanak, saya menyingkirkan masalah kami dengan limpah kealpaan.[20]

—Chaplin on his childhood

Pada September 1898, Hannah Chaplin telah dimasukkan ke pusat mental "Cane Hill" kerana dia kelihatannya mengidap psikosis yang disebabkan oleh kekurangan zat dan jangkitan sifilis.[21] Chaplin teringat kesedihan akibat berita itu: "Mengapakan ini berlaku? Ibu, begitu penyayang dan gembira, bagaimana dia boleh jadi tidak siuman?".[22] Untuk dua bulan ketika dia berada di sana, Chaplin dan adiknya telah dihantar untuk tinggal bersama bapa mereka, yang mereka hampir-hampir tidak kenali.[23] Charles Chaplin Sr, ketika itu merupakan penagih alkohol yang teruk, dan kehidupan bersama lelaki tersebut adalah cukup buruk untuk menyebabkan lawatan dari Persatuan Kebangsaan bagi Pencegahan Kekejaman Kanak-kanak.[24] Dia meninggal dunia dua tahun kemudian, ketika berusia 37 tahun, akibat sirosis hati.

Kemasyhuran

[sunting | sunting sumber]

Akhir usia

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Trivia for A Woman of Paris: A Drama of Fate (1923)". Internet Movie Database. Dicapai pada 22 Jun 2007. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  2. ^ Kelly, Shawna (2008). Aviators in Early Hollywood (ed. illustrated). Mount Pleasant, SC: Arcadia Publishing. m/s. 16. ISBN 978-0-7385-5902-5. |access-date= requires |url= (bantuan)
  3. ^ "AFI's 100 YEARS...100 STARS". American Film Institute. Wed, 16 June 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-22. Dicapai pada 4 June 2010. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ Sieff, Martin.Washington Times -Books 21 December 2008
  5. ^ Walsh, John (25 November 2009). "The Big Question: Does Charlie Chaplin merit a museum in his honour, and what is his legacy? – News, People". The Independent. UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-18. Dicapai pada 21 April 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ a b Robinson, p. 10.
  7. ^ "MI5 files: Was Chaplin really a Frenchman and called Thornstein?". The Telegraph. 17 February 2012. Dicapai pada 11 April 2012.
  8. ^ "Charlie Chaplain was 'born into a Midland gipsy family'". Express and Star. 18 February 2011. Dicapai pada 17 February 2012.
  9. ^ Robinson, p. 4 for marriage, p. 3. for Sydney's birth, p. 19 for Charles Chaplin Sr.'s legal responsibility over Sydney.
  10. ^ a b Robinson, p. 3.
  11. ^ Robinson, pp. 5–7.
  12. ^ Weissman (2009), p. 10.
  13. ^ Robinson, pp. 9–10, 12.
  14. ^ Robinson, p. 13.
  15. ^ Robinson, p. 15.
  16. ^ Robinson, p. xv.
  17. ^ Robinson, p. 16.
  18. ^ Chaplin, p. 29 for quote; Robinson, p. 19 for factual details.
  19. ^ Robinson, pp. 24–26.
  20. ^ Chaplin, p. 10.
  21. ^ Weissman (2009), pp. 49–50.
  22. ^ Chaplin, p. 33.
  23. ^ Chaplin, pp. 15, 33.
  24. ^ Robinson, p. 27.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Tunas-pengarah-filem


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/> yang berpadanan disertakan