[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

440 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat

[sunting | sunting sumber]
  • Samos, ahli autonomi Liga Delos yang merupakan salah satu sekutu utama Athens dengan armada sendiri yang cukup besar, bergaduh dengan Miletus dan meminta bantuan daripada Athens. Pericles memutuskan untuk menyebelahi Miletus dan oleh itu, Samos memberontak. Pericles belayar ke Samos dengan sebuah armada untuk menggulingkan kerajaan oligarkinya dan menggantikannya dengan sebuah kerajaan demokrasi. Sparta mengugut akan masuk campur tetapi dalam kongres Liga Peloponnesus, ahli-ahlinya mengundi supaya tidak masuk campur bagi pihak Samos terhadap Athens.

Republik Rom

[sunting | sunting sumber]

Mengikut topik

[sunting | sunting sumber]
  • Democritus mencadangkan kewujudan zarah-zarah tak boleh bahagi yang dipanggilnya atom.
  • Polykleitos menyiapkan "Doryphorus" ("Pelembing"), salah satu daripada arca-arcanya yang teragung (tarikh anggaran).
  • Lapith berlawan dengan sentora, ukiran timbul metop dari kerawang Dorik di sisi Parthenon, dibuat dan kini berada di Muzium British, London (tarikh anggaran).
  • Demeter, Persephone, dan Triptolemos, batu-batu bersurat dari Eleusis dibuat (tarikh anggaran), dan kini berada di Muzium Arkeologi Negara, Athens.

Kelahiran

[sunting | sunting sumber]