[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

406 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat

[sunting | sunting sumber]
  • Callicratidas dilantik sebagai navark armada Sparta untuk menggantikan Lysander. Callicratidas mengumpulkan searmada kapal dan belayar ke Methymna di Lesbos untuk mengepungnya. Langkah ini mengancam bekalan biji-bijian Athens.
  • Alcibiades digantikan oleh sebuah lembaga jeneral, dan Athens menghantar seorang ahli lembaga itu, Laksamana Conon, untuk mengambil alih pengepungan Mytilene. Untuk mempertahankan Lesbos, Conon terpaksa bergerak armadanya yang lebih kecil dari Samos ke kepulauan Hekatonnesi yang terletak dekat Methymna. Apabila Callicratidas dari Sparta menyerangnya, Conon terpaksa kembali ke Mytilene dan di sana, beliau dikepung oleh armada Callicratidas.
  • Athens memenangi Pertempuran Arginusae, dekat Lesbos, dan dengan itu, kepungan Conon dipecah. Untuk melegakan Conon, Athens mengumpulkan sebuah armada yang baru yang terdiri sebahagian besarnya daripada kapal-kapal yang baru dibina yang dianggotai oleh anak-anak kapal yang tidak berpengalaman. Armada ini tidak setanding dengan armada Sparta, tetapi komander-komandernya menggunakan taktik-taktik yang baru dan yang tidak ortodoks untuk mencapai satu kemenangan yang dramatik dan tidak dijangka. Armada Sparta ditewaskan sama sekali, dan Callicratidas dibunuh.
  • Kembali ke Athens selepas pertempuran, Theramenes mengetuai suatu penghasutan terhadap lapan orang jeneral yang memegang kuasa dalam pertempuran; enam orang jeneral yang kembali ke Athens dikutuk kerana kecuaian mereka untuk menyelamatkan askar-askar yang masih hidup daripada kapal-kapal yang dimusnahkan dalam pertempuran. Jeneral-jeneral Athens tersebut (termasuk anak lelaki Pericles) menjalani hukuman mati.
  • Rayuan Sparta untuk perdamaian ditolak oleh Cleophon, ketua Athens. Sparta tunduk kepada desakan Cyrus, satrap (gabenor) Parsi bahawa Lysander memegang kuasa untuk sebuah armada di Hellespont.

Republik Rom

[sunting | sunting sumber]
  • Angkatan tentera Rom memulakan pengepungannya terhadap Veii yang berlangsung selama sedekad.
  • Tentera Carthage semula lagi menyerang Sicily di kota Agrigentum (Acragas). Wabak melanda kem mereka dan Hannibal Mago meninggal dunia. Himilco mengambil alih tempatnya dan menawan Agrigentum (Acragas), Gela, dan Camarina. Gela dimusnahkan dan harta karunnya dijarah. Askar-askar Gela yang masih hidup memperlindungkan diri di Syracuse. Wabak itu dibawa balik ke Carthage oleh askar-askarnya.

Kelahiran

[sunting | sunting sumber]