[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

333 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat

[sunting | sunting sumber]
  • Raja Alexander dari Macedon menaklukkan Asia Minor barat, selepas menewaskan puak-puak bukit dari Lycia dan Pisidia.
  • Raja Darius III dari Parsi menghukum mati Charidemus, ketua askar upahan Yunani yang hidup dalam buangan di Parsi, kerana mengkritik persediaan-persediaan yang diambil untuk Pertempuran Issus.
  • Alexander mencapai kemenangan yang utama terhadap tentera Parsi dalam Perang Sungai Issus di Cilicia, tetapi Darisu III, maharaja Parsi, dapat melarikan diri. Darius meninggalkan isteri, kedua-dua puteri, ibunya Sisygambis, dan kebanyakan harta karun peribadi. Alexander menangkap keluarga Darius dan memperlakukan mereka dengan baik.
  • Alexander menjadikan salah seorang pegawainya, Nearchus, sebagai satrap (gabenor) kepada Lycia dan Pamphylia yang baru ditaklukkan di Anatolia, serta melantik jeneralnya, Antigonus, sebagai satrap Phrygia.
  • Dari Issus, Alexander mara ke arah selatan masuk ke Syria dan Phoenicia, dengan tujuan untuk memencilkan armada Parsi daripada pangkalan-pangkalannya dan dengan itu, memusnahkannya sebagai sebuah angkatan tentera yang berkesan. Kota-kota Phoenicia di Marathus dan Aradus tidak menentang tentera Alexander. Parmenion dihantar untuk mencuba memiliki Damascus dan harta rampasannya yang kaya, termasuk tabung perang Darius.
  • Selepas menawan Byblos dan Sidon, Alexander terpaksa mengepung Tyre.
  • Sebagai jawapan kepada surat Darius yang menawarkan kedamaian, Alexander mendesak penyerahan Darius tanpa syarat.

Kelahiran

[sunting | sunting sumber]