Tudung
Dalam Islam, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya." Sebelum berkembangnya agama Islam, tudung dipakai oleh wanita Parsi, sama ada ahli keluarga diraja mahupun orang awam. Kerana wujudnya jalur perdagangan antara negeri Parsi dan negeri Arab, tudung akhirnya menjadi bahagian daripada budaya Arab selepas berkembangnya agama Islam.
Darjah pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat.
- Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
- Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
- Di Malaysia artis turut mempengaruhi gaya pemakaian tudung kerana semakin ramai artis Malaysia yang memakai tudung.
- Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya di Dunia Barat, terdapat larangan untuk memakai tudung di tempat-tempat tertentu.
Fesyen dan jenis tudung juga berbeza-beza mengikut adab setempat:
- Burqa menutup seluruh badan manakala niqab menutup seluruh kepada.
- Tudung labuh atau mini telekung.
- Tudung bersegi seperti tudung bawal.
- Tudung sarung atau tudung mini.
- Selendang.
- Skarf.
Wanita Kristian yang bertudung
Banyak para wanita Kristian pada Zaman Pertengahan Eropah memakai tudung serta berpakaian menutup aurat, yang sangat mirip dengan wanita Muslim kini yang memakai jilbab. 1 Corinthians 11:5, menjelaskan bahawa, “Setiap wanita yang bersembahyang atau beramalan dengan kepalanya tidak ditutup tidak memuliakan kepalanya, dan itulah dan adalah sama seperti jikalau rambutnya dicukur.” [1] Oleh itu, wanita Kristian pada zaman itu bertudung bukan hanya sewaktu sembahyang, tetapi banyak juga bertudung di tempat awam, oleh kerana wanita yang telah berkahwin diwajibkan memakai tudung. Terdapat juga banyak lukisan, patung dan gambar di tingkap menunjukkan [id:Maria] memakai jilbab, bercadangkan cara pemakaian umat Kristian pada zaman pertengahan Eropah. Sehingga zaman 1960an, perempuan Katolik memakai tudung ketika bersembahyang di gereja atau katedral. Sekarang, hanya kebanyakannya para biarawati gereja yang sering bertudung, demi mengkhidmati diri mereka kepada Tuhan. Tudung kepala serta menutupi leher pada Zaman Pertengahan Eropah ini dipanggil wimple dalam bahasa Inggeris. Kini, banyak Orang Barat mengatakan bahawa wanita yang memakai wimple, menindaskan wanita, walaupun tiada bukti yang diberikan dalam Bible yang mengatakan demikian, dan anggapan ini juga kelihatan bertentangan dengan kepercayaan biarawati.
Wanita Yahudi Ortodoks
Wanita Yahudi Ortodoks masih memakai tudung hingga ke hari ini. Tudungnya digelar tichel, dan alasan memakainya adalah berasaskan koda berpakaian menutup aurat yang dikenali sebagai Tzniut.
Isu tudung di Turki
Pada 28 Januari 2008, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mahu larangan memakai tudung di Turki dihapuskan melalui arahan Parlimen Turki. Larangan ini disokong oleh golongan badan kehakiman, pegawai tentera dan ahli akademik yang berfahaman sekular. Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Recep Tayyip Erdogan melihat isu peraturan melarang memakai tudung ini melanggar kebebasan dan hak untuk pendidikan.[2]
Lihat juga
Bacaan lanjutan
Pautan luar
- "Tudung, hijab dan… — Aisha Adam" (Archive). The Malay Mail. October 16, 2015.
- Woman's Costume of the Time of William the First - Early English and Norman Women's Fashion Diarkibkan 2011-10-16 di Wayback Machine
Rujukan
- ^ http://www.scrollpublishing.com/store/head-covering-history.html The Christian Woman’s Head Covering Through the Centuries
- ^ [1] Larangan bertudung dihapus