PSV Eindhoven
PSV | |||
Nama penuh | Philips Sport Vereniging NV | ||
Gelaran | Boeren (Peasants) Rood-witten (Red-whites) | ||
---|---|---|---|
Ditubuhkan | 31 Ogos 1913 | ||
Stadium/Padang | Philips Stadion Eindhoven | ||
Kapasiti | 35,000 | ||
Pengerusi | Tiny Sanders[1] | ||
Pengurus | Phillip Cocu[1] | ||
Liga | Eredivisie | ||
2023/24 | Eredivisie, ke-1 | ||
|
Philips Sport Vereniging (Bahasa Inggeris: Philips Sports Union), dikenali sama ada PSV atau PSV Eindhoven, merupakan kelab bola sepak dari Eindhoven, Belanda. Asas kelab PSV masa kini iaitu Philips Elftal ditubuhkan pada 1910 oleh sekumpulan perunding syarikat janakuasa untuk mengisi masa berkualiti untuk keluarga pekerja Philips dan menimbulkan semangat kekitaan dalam kalangan penduduk Eindhoven. Namun pada 1912, kelab tersebut dibubarkan akibat mogok yang dilakukan pekerja. Kemudian, sebuah kelab baru iaitu kelab PSV sekarang diwujudkan ketika sebuah karnival sukan selama dua hari yang sangat berjaya. Bahagian kelab bola sepak pula ditubuhkan pada 31 Ogos 1913. Kelab ini mempunyai kaitan yang sungguh rapat dengan syarikat Philips, syarikat yang menghasilkan mentol ketika itu sehingga kedua-dua entiti tersebut menjadi identiti kebanggaan bandar di mata dunia.[2]PSV ialah antara gergasi dalam liga Eredivisie bersama Feyenoord dan Ajax.[3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Era Philips Elftal
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1910, syarikat Philips ingin mewujudkan lebih banyak masa berkualiti kepada para pekerjanya. Maka, 8 orang perunding syarikat janakuasa menubuhkan Philips Elftal atau Pasukan Philips. Kelab tersebut ditubuhkan dengan hasrat untuk menyaingi pasukan-pasukan bola sepak lain di Belanda. Dalam perlawanan pertama pada musim bunga 1911, pasukan Elftal berjaya memenangi perlawanan dengan jaringan 4-0. Kemudian, beberapa siri perlawanan bersama pasukan setempat, EVV Eindhoven turut diadakan. Mereka juga mengadakan perlawanan bersama pasukan dari Hasselt, Horn dan Mönchengladbach. Namun, akibat mogok pekerja pada 1912, kelab Elftal terpaksa dibubarkan.[2]
Latihan
[sunting | sunting sumber]Pasukan utama menjalankan latihan mereka di De Herdgang.[4]
Gelaran
[sunting | sunting sumber]Kejuaraan | Tahun |
---|---|
Eredivisie |
1929, 1935, 1951, 1963, 1975, 1976, 1978, 1986, 1987, 1988, 1989, 1991, 1992, 1997, 2000, 2001, 2003, 2005, 2006, 2007, 2008, 2015, 2016, 2018, 2024 |
Piala KNVB | 1950, 1974, 1976, 1988, 1989, 1990, 1996, 2005, 2012 |
Piala Super Belanda | 1992, 1996, 1997, 1998, 2000, 2001, 2003, 2009, 2012 |
Liga Juara-Juara Eropah | 1988 |
Piala UEFA | 1978 |
Skuad
[sunting | sunting sumber]Skuad utama
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 31 Ogos 2022[5]
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Pemain dipinjam
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Organisasi kelab, Capaian pada 8 Julai 2014
- ^ a b Sejarah kelab, Capaian pada 13 Julai 2014
- ^ http://www.fifa.com/classicfootball/clubs/club=1914838/index.html
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-14. Dicapai pada 2014-07-13.
- ^ "PSV-selectie 2012–2023". PSV.nl. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2015. Dicapai pada 15 August 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman rasmi kelab (Belanda) / (Inggeris) / (Korea)
- Laman rasmi kelab peminat (Inggeris) / (Belanda)
- Berita tentang PSV Diarkibkan 2006-10-14 di archive.today (Inggeris)
- Artikel tentang PSV (Inggeris)
- Formasi pasukan PSV[pautan mati kekal] (Inggeris)
- Koleksi foto PSV (Inggeris)