K-Clique
K-Clique | |
---|---|
Berasal dari | Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 2014-kini |
Syarikat rakaman | Black Hat Cat Records (BHC) |
Pengkarya berkait | |
Ahli |
|
K-Clique merupakan kumpulan hip hop Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ditubuhkan pada 2014.[1][2] Ahli kumpulan ini ialah seramai lapan orang, terdiri daripada MK, Noki, Tuju, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello, dan NastyNas.[3][4]
Biarpun sudah lama bergiat aktif di negeri kelahiran mereka, K-Clique mula mendapat perhatian meluas di kalangan penggemar muzik tempatan walaupun mereka bermula dengan konsep indie dan underground. Single keenam mereka, "Mimpi" telah membawa K-Clique, dari puncak populariti ke muzik arus perdana dan disebut-sebut antara yang mempunyai potensi cerah untuk menerima pengaruh lebih besar. Mereka kini bernaung sebagai artis pertama di bawah label Black Hat Cat Records, iaitu syarikat rakaman yang diterajui oleh penyanyi rap Alif yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Sleeq.[5]
Sejarah
Biarpun asing bagi sesetengah pihak, K-Clique sebenarnya sudah lama dikenali di kalangan peminat muzik hip hop tempatan.[6] Mereka terlebih awal mencipta populariti di negeri Sabah, dengan bergerak secara ‘underground’ menerusi lagu-lagu hits seperti "Lane Lain Line", "Sah Tu Satu", "Licik" dan "Warna" yang sehingga kini sudah mengumpul jutaan tontonan di laman YouTube.
Lazimnya, penyanyi yang memperjuangkan genre hip hop lewat ini berada di kalangan mereka yang berjuang secara solo, antaranya Altimet, Joe Flizzow, Caprice, Alif dan SonaOne. Jika ada yang pernah membabitkan diri secara berkumpulan sekalipun, hanya dianggotai secara duo dan trio, atau sejumlah anggaran lima orang. Bagaimanapun, K-Clique mencipta rekod sebagai kumpulan rap dengan jumlah ahli paling ramai di Malaysia iaitu seramai 8 orang, dan yang pertama dalam tempoh dua dekad sejak Naughtius Maximus. Mereka terdiri daripada MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemuanya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.
Mereka mengikat kontrak bersama Black Hat Cat Records (BHC) milik penyanyi rap, Alif sebagai artis naungan pertama. BHC ditubuhkan sebagai usaha untuk mengangkat dan memperjuangkan genre muzik urban di Malaysia.
Tiga anggota kumpulan ini iaitu Tuju, Somean dan MK terbabit dalam projek lagu berjudul "Bossku" hasil kolaborasi bersama MeerFly. Single ini sekaligus merancakkan lagi populariti K-Clique di mana video muziknya yang mula dilancarkan di YouTube pada April 2019 sudah mencatatkan angka tontonan mencecah 8.8 juta.
Kumpulan ini tampil bersama single sulung mereka di bawah label Black Hat Cat, "Mimpi", berduet dengan Alif. Ia dikatakan berkisarkan pengalaman mereka dalam memburu impian bergelar bintang.[7][8]
Pada 2 Ogos 2019, K-Clique mengadakan persembahan pertama mereka di Singapura yang bertempat di Altimate Singapore.[9]
Pada Disember 2019, K-Clique mencipta rekod tersendiri apabila mereka diiktiraf sebagai Artis Tempatan Yang Paling Banyak Distrim sepanjang 2019 oleh Spotify sekaligus mengetepikan Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.[10]
Pada 17 Julai 2020, K-Clique melancarkan single terbaharu mereka, "Merais", penerbit oleh Wolfy.[11] Kumpulan itu juga mengumumkan akan melancarkan autobiografi mengenai perjalanan kerjaya mereka.[12] K-Clique mengumumkan bahawa mereka dipilih sebagai hos untuk konsert maya secara eksklusif di Bigo Live sebagai tanda sokongan untuk Yayasan MyKasih.[13]
Pada Oktober, mereka dicalonkan bagi kategori Best Southeast Asian Act (Artis Asia Tenggara Terbaik) di Anugerah Muzik Eropah MTV 2020,[14] namun mereka tewas di tangan penyanyi hip hop Vietnam, Jack.[15]
Pada April 2021, K-Clique memeterai kerjasama bersama syarikat rakaman Todak Music untuk beberapa projek antaranya ialah menjadi jurucakap jenama pakaian jalanan yang bakal dilancarkan.[16]
Kontroversi
K-Clique menjadi subjek kontroversi apabila terdapat khabar angin mengatakan mereka akan dibubarkan. Salah seorang ahli K-Clique, MK dalam satu temubual bersama mStar Online pada 7 Februari 2020 menafikan berita tersebut: "Berita perpecahan kami itu tidak benar sama sekali. Agak mustahil untuk kami berpecah kerana anggota K-Clique sudah mengenali antara satu sama lain sudah agak lama. Walau apapun musibah yang akan berlaku kami akan tetap bersama dan menyokong antara satu sama lain".[17]
Filemografi
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | MeleTOP | Artis undangan | Astro Ria | |
Unplugged | Artis undangan |
Diskografi
Single
Sebagai artis utama
Tahun | Judul | Dirakamkan oleh |
---|---|---|
2018 | "Lane Lain Line" | Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean |
"Sah Tu Satu" | Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf | |
"Memorabilia" (feat. XNADS) | Gnello, FareedPF | |
"Licik" | Tuju | |
2019 | "Warna" | Tuju, MK |
"Mimpi" (feat. Alif) | Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean | |
"Beg 2 Back" | Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf | |
"Kamu Okay" | Noki, Gnello, NastyNas, KDeaf | |
2020 | "Kitta Move" | Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf |
"Merais" | Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf | |
"Pulang" (feat. AJ) | MK, Gnello, SoMean |
Sebagai artis undangan/kolaborasi
Tahun | Tajuk |
---|---|
2019 | "Bal" (Tuju, MK, Caprice & Zynakal) |
"BossKu" (MeerFly feat. Tuju, Somean & MK) | |
"Haa Tepok" (MeerFly feat. MK & Kidd Santhe) | |
"Noir" (FareedPF feat. Gnello, MK, AxelJonas & IYB Midnight) | |
"Adakah Kau Menungguku" (Naim Daniel feat. Tuju) | |
"Sampai Mana" (AJ feat. Somean) | |
2020 | "X Missing U" (Tuju bersama Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah & Yonnyboii) |
"Gila" (Noki bersama Kaka Azraff & LOCA B) | |
"Ulang Tahun" (AJ feat. Tuju) | |
"Hati" (AJ feat. Gnello & Noki) | |
"AEWO" (Shiha Zikir feat. Noki) | |
"Peluang Kedua" (Nabila Razali feat. MK) | |
"Jauh" (Alan D, AxelJonas & Somean) | |
"Empati" (TUJULOCA) | |
"Tak Tahu" (Harith Zazman feat. TUJULOCA) | |
2021 | "Ciao" (Joe Flizzow, MK feat. Jay Park) |
"Witness" (Gnello, Benzooloo & Nasty Nas) [Prod. Wolfy] | |
"Camtu" (SENNA feat. MK & Wolfy) |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2019 | ERA Digital Muzik Awards 2019 | Lagu Featuring Hit | "Mimpi" | Menang | [18][19] |
Rappers Paling Onz | K-Clique | Menang | |||
2020 | Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 | Best Southeast Asian Act | Tercalon | [20][21] | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular | Tercalon | |||
Anugerah MeleTOP Era 2020 | Grup/Duo MeleTOP | Tercalon |
Rujukan
- ^ Georgie Joseph (12 Julai 2019). "Perkukuh empayar hip hop". Harian Metro. Dicapai pada 7 Februari 2020.
- ^ Farhana Ab Rahman (4 Januari 2020). "K-Clique akui bergelut dengan populariti". Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2020.
- ^ "5 fakta mengenai K-Clique yang peminat perlu tahu". Murai.my. Dicapai pada 14 Disember 2019.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (6 September 2020). "Jalan terus!". Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2021.
- ^ Kamaruddin Razal (5 Julai 2019). "Berkolaborasi dengan Alif, K-Clique muncul dengan Mimpi". Astro Gempak. Dicapai pada 5 Julai 2019.
- ^ Mohd Haikal Isa (18 November 2020). "K-Clique kena 'lapar' berkarya". Kosmo!. Dicapai pada 5 Februari 2021.
- ^ "K-Clique pertaruh Mimpi untuk peminat muzik arus perdana". SalamWebToday. 5 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2020. Dicapai pada 11 Disember 2019.
- ^ "K-Clique cipta kelainan dengan Mimpi". XTRA. 7 Julai 2019. Dicapai pada 11 Disember 2019.
- ^ Valerie Yuam (19 Julai 2019). "K-Clique to make first Singapore appearance in August" [K-Clique bakal membuat penampilan sulung Singapura pada Ogos] (dalam bahasa Inggeris). Bandwagon Asia. Dicapai pada 14 Disember 2019.
- ^ "K-Clique cipta rekod peribadi". XTRA. 4 Disember 2019. Dicapai pada 11 Disember 2019.
- ^ Kamaruddin Razal (6 Ogos 2020). ""Tak sangka masih ramai yang sokong biarpun sebelum ini..." - K-Clique". Astro Gempak. Dicapai pada 18 Disember 2020.
- ^ Najiy Jefri (2 Ogos 2020). "Kenali siapa kami sebenarnya". Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2020.
- ^ "Bigo Live and K-Clique to host online charity concert as sign of support for MyKasih Foundation" [Bigo Live dan K-Clique mengacarakan konsert amal dalam talian sebagai tanda sokongan untuk Yayasan MyKasih] (dalam bahasa Inggeris). PRNAsia. 26 Ogos 2020. Dicapai pada 26 Ogos 2020.
- ^ "#Showbiz: K-Clique nominated for an MTV EMA 2020 award" [#Hiburan: K-Clique dicalonkan untuk anugerah MTV EMA 2020] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 12 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Januari 2021.
- ^ Gerogie Joseph (9 Disember 2020). "K-Clique tidak kecewa, mereka tewas". Harian Metro. Dicapai pada 28 Februari 2021.
- ^ Georgie Joseph (14 April 2021). "K-Clique pilihan Todak". Harian Metro. Dicapai pada 16 April 2021.
- ^ Fahmirul Aizat Basri (7 Februari 2020). ""Apa pun musibah kami akan tetap bersama" - MK nafi K-Clique berpecah". mStar Online. Dicapai pada 29 Februari 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (17 Januari 2020). "EDMA 2019: K-Clique bolot 2 kategori". Harian Metro. Dicapai pada 7 Februari 2020.
- ^ "#AWANIByte: EDMA: K-Clique Dominasi Muzik Digital, Donde Dinobatkan Lagu Paling Viral". Astro Awani. 20 Januari 2020. Dicapai pada 19 Mac 2020.
- ^ Anne Grace Savitha (8 Oktober 2020). "Sabahan hip hop group K-Clique nominated for MTV Europe Music Awards 2020's Best Southeast Asian Act" [Kumpulan hip hop Sabah K-Clique dicalonkan untuk Artis Asia Tenggara Terbaik di Anugerah Muzik MTV Eropah 2020] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 11 Disember 2020.
- ^ "K-Clique calon Anugerah Muzik Eropah MTV 2020". Berita Harian. 11 Oktober 2020. Dicapai pada 11 Disember 2020.