[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Jata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5607532 pada 16:32, 6 Julai 2022 oleh 2001:e68:5409:905f:38e3:eee6:6501:c35b (bincang)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Mengikut tradisi Eropah, jata atau lambang kebangsawanan ialah lambang pengenalan yang dimiliki oleh seseorang individu (atau sekumpulan) untuk pelbagai tujuan. Pada asalnya, jata dipakai oleh kesatria agar mudah dibezakan daripada tentera musuh. Di Tanah Besar Eropah, orang keramaian juga dibenarkan memakai jata burgher. Reka bentuk jata sewajarnya dihuraikan secara berjabar jika dibandingkandengan mohor dan lambang.

Pada abad ke-21, jata masih digunakan oleh berbagai-bagai institusi dan individu (misalnya, sesetengah universiti menetapkan garis panduan kegunaan dan perlindungan jata).[1][2][3]

Seni reka bentuk, pempameran, menghuraian dan merakam jata dikenali sebagai ilmu jata. Penggunaan jata oleh negara, negeri, wilayah, bandar dan desa dipanggil ilmu jata sivik.