[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Feta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5614948 pada 18:08, 14 Julai 2022 oleh 2001:e68:5409:905f:f85c:e54b:15d5:2ccf (bincang)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Feta
Maklumat umum
JenisKeju kambingmixed milk cheese (en) Terjemahsheep milk cheese (en) TerjemahGreek cheese (en) Terjemahbrined cheese (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
PensijilanPenetapan asalan dilindungi Sunting nilai ini di Wikidata
Asalan
NegaraYunani
Ciri-ciri
Sumber susuBebiri
Kambing
DipasteurkanTergantung variasinya
TeksturLembut
Kandungan lemak45%[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Feta
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 1,103 kJ (264 kcal)
Karbohidrat 4 g
Lemak 21 g
Protein 14 g
Vitamin A 422 IU
Riboflavin (vit. B2) 0.84 mg (70%)
Asid pantotenik (B5) 0.97 mg (19%)
Vitamin B6 0.42 mg (32%)
Vitamin B12 1.7 μg (71%)
Kalsium 493 mg (49%)
Natrium 1116 mg (74%)
Zink 2.9 mg (31%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Feta (Yunani: φέτα, rumi: féta) adalah keju yang istimewa dihasilkan di Yunani yang dibuat dengan menggunakan susu bebiri yang dipasteurkan dan kadangkalanya ditambahkan susu kambing.[1] Keju Feta telah dihasilkan sejak zaman purbakala dan telah menyebar ke seluruh rantau Balkan.[1]

Keju ini tidak memiliki kulit dan memiliki konsistensi yang padat.[1] Feta memiliki warna yang putih dan disimpan dalam air bergaram atapun air dadih[1] yang terserap menjadikan rasa keju ini sangat masin.[2] Ketulan atau potongan keju yang hendak dimakan hendaklah direndam dalam air dingin ataupun susu selama beberapa minit untuk menghilang kemasinan tersebut.[2] Keju ini boleh dimakan segar dengan minyak zaitun ataupun dalam sandwic malah juga boleh dimasak termasuk dibakar.

Pengistilahan

[sunting | sunting sumber]

Nama keju ini serapan bahasa Itali fetta turunan bahasa Latin offa "potongan".[3][4] kerana sifatnya yang dipotong-potong muat balang-balang sebelum dijual; nama ini meluas sejak abad ke-19.[5] Nama keju ini juga diusulkan dari kata "fetas" dalam bahasa Yunani yang berarti "cakera".[1]

Undang-undang dagang Kesatuan Eropah 2002 mengaturkan feta sebagai suatu barang dagang yang dilindungi asal-usulnya (protected designation of origin) di 27 negara anggota[6][7] di mana nama "feta" hanya dibenarkan untuk keju yang dihasilkan khususnya di tanah besar Yunani and pulau Lesbos[8] berasaskan susu bebiri tulen atau dicampurkan susu kambing setempat sehingga sebanyak 30%.[9]

Homeros dalam karya Odýsseia nukilan beliau mengisahkan mengenai seorang gergasi bernama Polyphemos membuat keju kambing yang dijemur-jemurkan; keju ini difikirkan kononnya duluan kepada keju feta yang ada sekarang.[2][10][11] Keju ini sendirinya wujud hasil perkembangan para penggembala kambing di Yunani mengusahakan ternakan mereka.[12]

  1. ^ a b c d e f Iburg, Anne (2004). Dumont's Lexicon of Cheese (dalam bahasa Inggeris). Lisse, Belanda: Rebo International b.v. m/s. 108–111. ISBN 978-90-366-1689-8.
  2. ^ a b c Harbutt, Juliet (2006). The World Encyclopedia of Cheese. Anness Publishing Ltd. m/s. 122. ISBN 978-1-84309-960-4.
  3. ^ Harper, David (2001–2020). "feta (n.)". Online Etymology Dictionary.
  4. ^ Babiniotis 1998.
  5. ^ Adams 2016, halaman 271.
  6. ^ "oriGIn Worldwide GIs Compilation". ORIGIN-GI. Dicapai pada 1 September 2021.
  7. ^ Foo Yun Chee (14 Julai 2022). "'Feta' is Greek, EU top court says in snub to Denmark". Reuters. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  8. ^ "Φέτα / Feta". GI View - European Union. Dicapai pada 1 September 2021.
  9. ^ Gooch, Ellen (Spring–Summer 2006). "Truth, Lies, and Feta: The Cheese that Launched a (Trade) War". Epikouria: Fine Foods and Drinks of Greece. Triaina Publishing. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2009.
  10. ^ Odýsseia 9:219-249
  11. ^ Hatziminaoglou & Boyazoglou 2004, halaman 126: "Homer in his famous ancient Greek book, the Odyssey, describes the use of dairy goats during the Mycenean times (about 1200 B.C.), when the Cyclops Polyphemus in his cave sat down to milk his goats and sheep, then put aside half of the milk to be curdled in wicker baskets with the previous day’s whey".
  12. ^ Öncel, Fatma (2020). "Transhumants and Rural Change in Northern Greece Throughout the Nineteenth Century" (PDF). International Review of Social History (dalam bahasa Inggeris) (diterbitkan 2021). 66 (1): 49. doi:10.1017/S0020859020000371. ISSN 0020-8590. Every summer, from time immemorial, shepherds have brought their flocks to the high pastures of the Pindos Mountains in the northwest corner of Greece. […] Milk, feta cheese, and the meat from the lambs are the shepherds' principal source of income.
Sumber utama