Eric Dane
Eric Dane | |
---|---|
Kelahiran | Eric William Dane 9 November 1972 |
Pasangan | Rebecca Gayheart (2004 - kini) |
Eric William Dane (lahir 9 November 1972) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Dr. Mark Sloan menerusi Grey's Anatomy. Beliau dilahirkan di San Francisco, California.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Kejaya
[sunting | sunting sumber]Setelah muncul di dalam All My Sons, Dane memutuskan untuk menjadikan lakonan sebagai kerjayanya. Beliau muncul sebagai watak sampingan di dalam Saved by the Bell, The Wonder Years, Roseanne, dan Married With Children, dan sebagainya. Namun, pada tahun 2000, beliau menandatangani perjanjian untuk membintangi Gideon's Crossing, dan dua musim untuk siri Charmed. Selain itu, beliau juga pernah muncul di dalam Serving in Silence dan Helter Skelter.
Penampilan pertama untuk watak utama Dane ialah menerusi The Basket (1999). Beliau juga pernah muncul dalam Zoe, Duncan, Jack & Jane, Sol Goode, Feast, Open Water 2, dan X-Men: The Last Stand.
Pada 2005, Dane menjadi pelakon jemputak sebagai Dr. Mark Sloan (atau "McSteamy") menerusi Grey's Anatomy. Pada musim ketiga, berdasarkan sambutan positif dari penonton, Dane diserap menjadi ahli keluarga Grey's Anatomy.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah belajar di Mateo High, California pada tahun 1991.[1] Beliau mengahwini pelakon Rebecca Gayheart pada 29 Oktober 2004.
Pada 6 Februari 2008, majalah berita selebriti OK! melaporkan Dane menghidap barah kulit tetapi telah menjalani rawatan.[2] Walau bagaimanapun, pada 13 Februari 2008, beliau menafikan dakwaan beliau menghidap barah kulit menerusi majalah Us Weekly[3][4] Dane berkata beliau sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.[3]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
1991 | Saved by the Bell | Tad Pogue | Episod ("The Game") |
1993 | The Wonder Years | Brett | Episod ("Nose") |
1995 | Serving in Silence: The Margarethe Cammermeyer Story | Matt | |
Married… with Children | Oliver Cole | Episod ("Radio Free Trumaine") | |
1996 | Seduced by Madness: The Diane Borchardt Story | Nick | |
Silk Stalkings | Justin Whalen | Episod ("Private Dancer") | |
Roseanne | Bellhop | Episod ("Disney World War II") | |
1999 | The Basket | Tom Emery | |
2000 | Zoe, Duncan, Jack & Jane | Alec | Episod ("Kiss of Death") |
2001 | Ball & Chain | Jack | |
Sol Goode | Overly dramatic actor | ||
Gideon's Crossing | Dr. Wyatt Cooper | Musim 1 Episod 5, 10, 11 dan 16 | |
2002 | The American Embassy | Rob Goodwin | |
2003-2004 | Charmed | Jason Dean | Musim 5 Episod 16, 17, 19 dan 21 - Musim 6 Episod 2, 4, 6, 9 dan 13 |
2004 | Las Vegas | Leo Broder | Episod ("The Count of Montecito" dan "Have You Ever Seen the Rain?") |
Helter Skelter | Charles "Tex" Watson | ||
2005 | Feast | Hero | |
Painkiller Jane | Nick | ||
2006 | X-Men: The Last Stand | Jamie Madrox/Multiple Man | |
X-Men: The Official Game | Multiple Man | ||
Open Water 2: Adrift | Dan | ||
Wedding Wars | Ben Grandy | ||
2006-kini | Grey's Anatomy | Dr. Mark Sloan | |
2008 | Marley & Me | TBA |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Eric Dane Biography (1972?-)
- ^ "Eric Dane's Fight Against Cancer". OK! Magazine. 2008-02-06. Dicapai pada 2008-02-14.
- ^ a b "'Grey's' star upset over cancer report". United Press International. 2008-02-13. Dicapai pada 2008-02-14.
- ^ "'Eric Dane Denies Cancer Battle". San Francisco Chronical. 2008-02-14. Dicapai pada 2008-03-10.